Sunday, December 17, 2023

Sejarah Darjah 4 ; Unit 5 Zaman Air Batu

  •  Peningkatan suhu bumi telah mengakibatkan berlakunya kecairan air batu.
  • Bentuk muka bumi dan kehidupan manusia turut mengalami perubahan.
  • Unit ini akan membincangkan maksud dan garis masa Zaman Air Batu, perubahan Zaman Air Batu Akhir dan kesan perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara.
Kenali Zaman Air Batu
  • Zaman Air Batu ialah Zaman bumi dilitupi oleh air batu yang disebabkan oleh penurunan suhu yang ketara. Zaman Ini berlaku dalam tempoh yang lama.
  • Pada zaman air batu akhir berlaku proses pengglasieran atau kecairan air batu akibat peningkatan suhu bumi dan menyebabkan paras air laut meningkat.
  • Dalam sejarah dunia, zaman air batu berlaku sebanyak lima kali. 
  • Zaman air batu akhir berlaku pada kala kuaterner yang dibahagikan kepada dua epok. iaitu Pleistosen dan Halosen.
Dua Epok Zaman Air Batu Akhir

1. Epok Pleistosen 
  • Suhu bumi rendah dan banyak kawasan dilitupi air batu.
  • Manusia mula mengetahui cara membuat api
  • Tanah dataran menjadi lebih luas.
2. Epok Holosen
  • Suhu bumi mula meningkat
  • Air batu mula mencair
  • Paras air laut meningkat
Garis Masa Zaman Air Batu Akhir
  • Kala Kuaterner
    • Epok Pleis tosen  - 2.5 juta hingga 11 700 tahun dahulu
    • Epok Holosen - 11 700 tahun dulu hingga kini
  • Haiwan pada epok pleistosen\
    • Harimau bertaring lengkung
    • Sloth
    • Mamot (seperti gajah)
Perubahan Zaman Air Batu Akhir
  • Berlaku perubahan suhu
  • Suhu dunia meningkat dan berlaku kecairan air batu.
  • Perubahan ini telah memberikan kesan yang besar terhadap bentuk fizikal dan hidupan bumi.
    •  Perubahan Bentuk Muka Bumi
      • Suhu Bumi meningkat
      • Ais mula mencair
      • Air melimpah ke kawasan rendah membentuk tasik dan laut
    • Iklim
      • Iklim berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk
      • Perubahan iklim disebabkan sinaran matahari dan pemanasan bumi
    • Rupa Bentuk Fizikal Bumi
      • Perubahan bentuk fizikal bumi
      • Paras air laut meningkat sehingga 100 meter
  • Kesan peningkatan suhu juga memberikan kesan kepada bentuk muka bumi, hidupan manusia dan haiwan.
    • Bentuk Fizikal Bumi yang Baru
      • Berlaku pembentukan tasik air tawar
      • Aliran air sungai berubah
    • Kepupusan Haiwan
      • Kepupusan berlaku akibat perubahan suhu
      • Haiwan seperti harimau bertaring lengkung dan mamot telah pupus
    • Petempatan Manusia
      • Manusia bergerak keluar ke kawasan yang lebih panas
      • Manusia mencari tempat untuk membina petempatan baru.
  • Kesan Perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara
    • Perubahan yang berlaku pada zaman air batu akhir seperti pengglasieran, perubahan iklim dan bentuk muka bumi turut memberikan kesan di Asia Tenggara.
    • Antaranya kenaikan paras air laut di pentas sunda dan berlakunya pergerakan manusia dan haiwan.

Pentas Sunda - kawasan tanah luas di Asia Tenggara yang menghubungkan daratan dengan kepulauan.

Asia Tenggara terdiri daripada Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myammar, Timor Leste dan Vietnam.

Glosari 
    • Penglasieran - bongkah air batu yang besar bergerak perlahan-lahan dan mencair ke permukaan bumi.
    • Kala - masa, waktu
    • Kala Kuaterner - zaman yang bermula 2.5 juta tahun yang lalu
    • Epok - subunit masa dari 70 juta tahun dahulu hingga kini.

Sejarah Darjah 4 ; Unit 4 Sejarah Tempat Tinggal

  •  Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia. Unit ini menceritakan maklumat lengkap tentang bentuk muka bumi, sejarah dan tokoh setempat.
  • Dalam topik ini, anda perlu mengetahui meklumat lengkap, bentuk muka bumi, sejarah dan tokoh setempat di tempat tinggal anda.
Di Sinilah Saya Tinggal
  • Tempat tinggal kita mempunyai alamat.
  • Dalam alamat perlu ada Nombor rumah, nama jalan, poskod, nama bandar, dan nama negeri.
  • Contoh : Lot 3103 B Lorong Gagak, Kampung Durian Burung, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.
Kawasan tempat tinggal perlu dihargai kerana mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.

Kawasan Tempat Tinggal Saya
  • Kawasan tempat tinggal kita mempunyai bentuk muka bumi berbeza seperti tanah tinggi, tanah pamah, pesisir laut, dan pinggir sungai.
  • Bentuk muka bumi mempengaruhi kegiatan masyarakat dan mempunyai keunikan tersendiri.
  • Contoh :
    • Miri, Sarawak - berbukit bukau dan tanah pamah. Membolehkan tanaman seperti kelapa sawit.
                                            - Batu berbentuk kuda laut dan mempunyai keunikan gua batu kapur.

Sejarah Tempat Tinggal

  • Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah yang tersendiri. Sejarah tempat tinggal menceritakan asal usul nama tempat dan peristiwa penting yang pernah berlaku.
  • Contoh Miri, Sarawak 
    • pernah dikuasai oleh kesultanan Brunei dan keluarga Brooke.
    • Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak 1910.
    • Diiktiraf sebagai bandaraya pada 1950 an.
  • Tanjung Puteri 
    • Nama asal Johor Bharu
    • Diasaskan oleh Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1855.
    • Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru pada 1866.
  • Ranau
    • Berasal dari perkataan Ranahon (kawasan sawah padi)
    • Pernah dijadikan kubu pertahanan Mat Salleh ketika menentang British.
    • Taman Negara Kinabalu yang terletak di Ranau diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada tahun 2000.
Tokoh Setempat
  • Individu yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada komuniti.
  • Mereka dikenali oleh penduduk setempat dan biasanya memegang jawatan tertentu dalam komuniti.
  • Contoh - 
    • Junaydie bin Sihan
    • Dilahirkan pada 10 Julai 1977
    • Bertugas sebagai Ketua Malim Gunung (orang yang bertugas sebagai penunjuk jalan semasa mendaki gunung) di Gunung Kinabalu.
    • Tugas beliau menjaga keselamatan pendaki serta membantu pihak Taman Negara Kinabalu dalam penjagaan alam sekitar.
    • Menyampaikan ceramah tentang tugas malim gunung dan membantu mempromosikan kawasan ekopelancongan berasaskan komuniti.
Cinta akan Negara
  • Kita harus bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal. Kita perlu menjaga kawasan tempat tinggal demi kesejahteraan generasi akan datang.

Saturday, December 16, 2023

Sejarah Darjah 4 ; Unit 3 Sejarah Sekolah

Sejarah sekolah perlu dipelajari supaya kita dapat mengenali latar belakang sekolah. Pengetahuan tentang sejarah sekolah membolehkan kita mengenali sekolah dengan lebih mendalam. Mengetahui nama, alamat, lokasi, sejarah dan maklumat lengkap sekolah.

Tempatku Menimba Ilmu.

Setiap sekolah mempunyai namanya sendiri.

Nama sekolah merupakan identiti sesebuah sekolah.

Nama sekolah lazimnya diambil sempena dengan nama tempat, jalan, atau tokoh terkenal.

Alamat sekolah mengandungi Nama tempat, nama jalan, poskod dan nama negeri.

Terdapat pelbagai aliran sekolah di negara kita.

Sek Keb menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sek Jenis Kebangsaan menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa Pengantar.

Sejarah Sekolah :

    - Perlu dipelajari supaya kita sentiasa menghargainya.

Identiti Sekolah :

    - Lencana, Lagu, Bendera sekolah

Organisasi Sekolah :

- Untuk Menguruskan pentadbiran menjadi lebih teratur.

Sekolah merupakan tempat menimba ilmu bagi memajukan diri, membangunkan masyarakat dan membina negara.

    - 

Sejarah Darjah 4 ; Unit 2 Saya dan Keluarga

 Keluarga mempunyai peranan penting dalam menentukan masa depan diri, masyarakat dan negara.

    - Membincangkan biodata diri, keluarga asas, keluarga kembangan, peranan anggota keluarga dan perkembangan diri mengikut garis masa.

    - Biodata diri merujuk maklumat diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh dan tempat kelahiran. Terdapat dalam sijil kelahiran, MyKid dan kad pengenalan.

    - Sijil Kelahiran digunakan untuk 

  •         Sebagai dokumen pengenalan diri untuk urursan rasmi
Keluarga Saya

- Keluarga Asas - ibu, bapa, adik, abang, kakak.
- Keluarga Kembangan - atuk nenek belah ayah
                                       - atuk nenek belah emak
                                       - keluarga asas

Peranan Anggota Keluarga Saya

  • Peranan Ibu Bapa terhadap Keluarga
    • Menyara Keluarga
    • Memberi Kasih Sayang
    • Menjaga Keselamatan
    • Menyediakan Segala Keperluan Asas
    • Menjadi Contoh Teladan Yang Baik
    • Memberikan Pendidikan Yang Sempurna
  • Peranan Anak-Anak Terhadap Keluarga
    • Menjaga Nama Baik Keluarga
    • Membantu Ahli Keluarga
    • Saling Menghormati
    • Mendengar Nasihat
    • Belajar Bersungguh-sungguh
Perkembangan Diri Saya
  •   Perkembangan diri boleh digambarkan dalam bentuk garis masa
    • 2010 Saya dilahirkan
    • 2014 Berpindah ke Kuala Lumpur
    • 2016 Datuk dan Nenek menunaikan fardhu haji
    • 2017 Saya Memasuki Tahun 1
    • 2020 Saya belajar di tahun 4




Tuesday, December 12, 2023

Sejarah Darjah 4 ; Unit 1 Mengenali Sejarah


Berkaitan dengan pengenalan ilmu sejarah yang mencakupi pengertian, konsep masa, sumber, kaedah, sebab dan akibat serta kepentingan sejarah.

PENGERTIAN SEJARAH : Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. Supaya kita lebih memahami peristiwa sejarah. 

Pengertian dari SEJARAWAN : 👇

                         Herodotus : Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

                         Ibn Khaldun : Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku.

                         E.H. Carr : Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau.

                         Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim : Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.

                         Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim : Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.


Contoh sejarah :

1. Pengumuman tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Bandar Hilir, Melaka.[gambar]


2. Hari AnugerahKecemerlangan Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat Johor pada tahun 2018. [gambar]

Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peritiwa yang berlaku pada masa lalu. Oleh itu, sejarah memberikan ikhtibar dan teladan untuk kehidupan manusia.

SUMBER SEJARAH : Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

                     Terbahagi kepada 2 

  • Sumber Primer - Dikenali sebagai sumber pertama. Ia dalam bentuk asal, seperti fosil, manuskrip, dokumen rasmi dan artifak.
  • Sumber Sekunder - Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal. Contoh buku, majalah, risalah dan surat khabar.
KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH👇

- Untuk membuktikan peristiwa sejarah yang telah berlaku.


3 kaedah -

Kaedah Arkeologi - proses untuk mendapatkan maklumat dari tinggalan sejarah, contohnya melalui proses galicari. [cth : Rangka Perak Man di lenggong Perak dan tapak arkeologi di Sungai Batu, Kedah.

Kaedah Lisan - Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temubual. [Orang Sumber - mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah. Melihat atau mendengar dari orang lain]

        Langkah-langkah dalam kaedah lisan :

        1. Mengenalpasti orang sumber dan menyediakan soalan berkaitan.
        2. Menemubual dan merakam perbualan
        3. Menyalin rakaman, menyimpan data perbualan dan membuat penulisan.

Kaedah Bertulis - Proses mendapatkan maklumat daripada lukisan dan lakaran, cth di dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak.]

        Langkah-langkah dalam kaedah bertulis :

        1. Mengenalpasti sumber sejarah yang tepat
        2. Mengumpulkan sumber sejarah
        3. Mentyafsir maklumat dalam sumber
        4. Membuat penulisan

RUANG DAN MASA

Sejarawan menggunakan urutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah yang telah berlaku [KRONOLOGI].  

Dibahagikan kepada dekat (10 tahun), abad(100 tahun) dan alaf(1000 tahun).

Boleh juga dibahagikan mengikut zaman iaitu zaman sebelum masihi dan zaman selepas masihi.

Sebelum Masihi = zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s
Masihi = zaman selepas kelahiran Nabi Isa a.s

Ruang dan Masa memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku dan dapat menulisnya dengan baik.

SEBAB DAN AKIBAT DALAM PERISTIWA SEJARAH

Setiap peristiwa sejarah yang berlaku mempunyai sebab dan akibat.

Contoh 1 : Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik - 

                Sebab ; Menghargai murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

                Akibat ; Murid belajar dengan tekun

Contoh 2 : Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 -

                Sebab ; British menjajah Tanah Melayu

                Akibat ; Rakyat berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Sebab dan Akibat dalam peristiwa sejarah akan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa dan bagaimana serta kesan peristiwa sejarah yang telah berlaku. Maka kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah.

Mengetahu Sejarah mewujudkan perasaan Cinta akan Negara.

Diri Sendiri : Menguasai kemahiran ilmu sejarah mewujudkan semangat menyayangidan berbakti kepada negara.

Masyarakat : Semangat sayang akan negara dapat mengukuhkan hubungan dalam kalangan warganegara.

Negara : Hubungan kukuh dalam kalangan warganegara akan mewujudkan semangat mempertahankan kedaulatan negara.

Saturday, January 7, 2012

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Diary Hearty..

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi blog Diary Hearty yang sudah lama ditinggalkan tanpa penghuninya..

Kini admin Diary Hearty telah menukarkan rumahnya ke LadyBird's Life..

Kalian dijemput untuk hadir ke sana..

Terima Kasih..

Tuesday, January 4, 2011

Ujub Zaman Moden

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

- Artikel iluvislam.com

Friday, November 26, 2010

Bolehkah Perigi Cari Timba?

Maklumat Artikel
Bolehkah Perigi Cari Timba?
REZZA KHANAFIAH | Perkahwinan
(tazkirah)



MENGUBAH persepsi manusia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi mereka yang telah lama berpegang pada sesuatu adat sehinggakan terlalu sulit untuk mengubahnya berlandaskan syariat. Mendidik  manusia  tidak semudah  membawa seekor lembu untuk meragut rumput di padang.  Pendidikan  berasaskan Islam perlulah diterap bermula dari kecil supaya tidak berlaku kejanggalan yang tidak bertempat apabila syariat diutamakan berbanding dengan budaya turun temurun. Terutama sekali dalam konteks pencarian jodoh.

Masyarakat kita sering memandang serong kepada wanita yang melamar lelaki sehinggakan terbit peribahasa Melayu yang berbunyi perigi mencari timba yang dicipta khusus untuk wanita yang melamar lelaki. Golongan "perigi mencari timba" ini seolah-olah dipandang keji dan dianggap seperti telah melakukan kesilapan besar semata-mata kerana adat tanpa melihat dari sudut syariat Islam. Seolah-olah syariat diketepikan dan adat diutamakan. Inilah budaya yang merantai pemikiran kita, sehinggakan pelbagai persoalan timbul apabila terdapat pihak yang mencuba mengubah persepsi masyarakat dengan berpandukan syariat. Pelbagai pertanyaan timbul di benak apabila persoalan ini diperjelaskan.

“Biar betul ustaz, tak kan perempuan yang datang melamar lelaki”

“Ehh, malulah macam ni ustaz”

“Boleh ke buat seperti tu. Nanti apa kata orang”

Saya tidak risau bagi mereka yang ada rupa, digilai oleh ramai lelaki, tapi bagaimana pula mereka yang sekadar cukup-cukup makan, atau bujang terlajak (andalusia). Tidakkah dianggap ‘sial’ atau aib oleh masyarakat. Sudah pasti aib itu bukan sahaja disandang oleh andalusia sebagai individu, tetapi tempiasnya juga terkena kepada keluarganya. Inilah penghalang utama dan satu-satunya 'musibah' bagi perempuan yang hendak melamar lelaki.

Saya pernah menerima banyak persoalan berkaitan jodoh terutama golongan terlajak ini. Kadang-kadang saya melihat salah satu masalah kita ialah sikap, walhal melihat pada kemampuan, kedudukan, pendapatan boleh sahaja memiliki atau lebih senang bisa ‘memancing’ lelaki tetapi masih sukar untuk mendapat pasangan. Sikap kita pada suatu ketika dahulu yang mungkin agak memilih, mahu cari yang sepadan atau lebih daripada diri. Mana ada kelas seorang doktor kahwin dengan ustaz, mana padan seorang business women berjaya nikah dengan tukang kebun. Maka kalian telah membawa fitnah kepada agama.

Tidak kurang juga di kalangan ahli gerakan, mencari pasangan antara ahli gerakan, tidak boleh berbeza fikrah atau bukan daripada satu jamaah yang sama. Maka menunggulah dengan penuh hiba si perempuan dalam gerakan tadi jejaka idaman satu jamaah datang menyunting. Kalau ahli gerakan itu berjuta-juta mungkin tiada masalah, tapi kalau sekerat jangan bermimpi di siang hari. Maafkan saya, mungkin sedikit agresif (panas), cuma saya ingin ubah sedikit persepsi kita kerana syarat sah kahwin dan rukunnya tidak pernah menyebut perkara yang dirumitkan tadi.

PERSEPSI

Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh persepsi yang kolot ini? Persoalannya kembali kepada sikap individu tersebut, apakah dia lebih mengutamakan persepsi atau kebahagiaan hidup yang sejati? Kita meraih syurga cinta Allah melalui pasangan bukan kerana fikrah kita sama atau sebagainya. Sebuah kebahagiaan, amanah kepada rukun rumahtangga.

Apakah kita terasa jijik apabila mengetahui Saidatina Khadijah yang datang melamar baginda, hanya seorang anak yatim piatu, tiada siapa dan apa-apa di sisi. Sedangkan kedudukan Khadijah di sisi masyarakat adalah seorang yang berkedudukan, hartawan, ahli perniagaan berjaya, dan dihormati oleh kaum Quraisy. Beliau menepis persepsi tidak sihat demi mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi. Nafisah binti Munabih menjadi saksi bukti cinta Khadijah kepada insan al-Amin ini. Siapa kita kalau hendak dibandingkan dengan Khadijah?

“Saya teramat sedih ustaz. Kami dah bertunang, memang dah nak kahwin tiba-tiba putus di tengah jalan,” rintih seorang wanita mengenang nasib malangnya.

Malah lebih parah lagi masalah bertunang dan kemudian terputus sebelum diijab-qabulkan ini berlaku berulang kali dan kesannya menimbulkan ketakutan kepada mereka untuk terus mencuba lagi. Bak kata pepatah, luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapakah yang tahu betapa parahnya ia.

Para ulama’ bersetuju bahawa jodoh ialah salah satu qada’ ketentuan Allah Taala seperti rezeki, ajal seseorang hamba. Semuanya itu termaktub sejak azali lagi. Namun kita tidak boleh berserah bulat-bulat hingga terkulat, apabila sampai suatu masa kita telah berputus asa dan mengatakan ini adalah takdir Ilahi. Apakah kita tahu itu ialah takdir Ilahi? Maka sebab kita tidak tahulah kita masih mempunyai satu lagi talian hayat, iaitu ikhtiar.

IKHTIAR, USAHA

Manusia diberi hak seluas-luasnya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Kita teringin mahu makan sesuatu yang enak, tapi bolehkah ia hadir tanpa kita berusaha seperti gigih bekerja, mencari duit yang halal sebelum memiliki makanan yang enak tadi. Maka usaha itulah yang akan menjadi penentu pada ketentuan takdir Ilahi. Kalau tidak, kalian tidak ubah seperti Mat Jenin di era moden.

Tidak menjadi kesalahan apabila melihat pada kemaslahatan perempuan memulakan dahulu, soal jodoh selagi mana ia tidak menyalahi syara’ maka dihalalkan dalam Islam, bahkan amat digalakkan. Hendaklah difahami sejelasnya, Islam tidak pernah meletakkan bebanan ke atas bahu lelaki sahaja untuk memulakan terlebih dahulu dalam persoalan mencari jodoh. Buang jauh-jauh persepsi dangkal terhadap peribahasa Melayu; “Perigi mencari timba” atau “Langkah bendul”, dalam Islam ia masih terjaga dan tidak mengaibkan.

BERUSAHA MENCARI KEBAIKAN DAN REDHA ALLAH

Pernah suatu ketika, telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita arab menyatakan hasrat secara terus terang tanpa perantaraan untuk bersuamikan Rasulullah s.a.w. Tapi baginda s.a.w menolak dengan cara baik dan atas simpati, Baginda s.a.w sendiri yang tolong mencarikan suami buat wanita itu dari kalangan para sahabatnya dan mereka kemudian hidup dalam kerukunan rumahtangga yang bahagia.

Bagaimanapun haruslah diingatkan bahawa, wanita yang ingin menggunakan kaedah ini untuk mendekatkan jodohnya perlu menyedari hakikat sopan santun dan tidak melampaui batas hukum syara’ yang menjadi benteng terpelihara.

Mereka perlu berwaspada agar tindakan itu tidak menjejaskan maruah dan harga diri di mata masyarakat kita yang berpegang kepada nilai-nilai agama dan adat. Tujuannya mesti jujur dan hendaklah mendekati lelaki dengan niat yang benar-benar untuk dibuat suami. Tidak perlulah bercinta dulu, atau mahu mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah serasi, aturlah masjlis perkahwinan secepat mungkin.

BERDOA

Jangan lupa juga untuk bekalkan doa bagi menguatkan usaha kita tadi. Doa adalah senjata orang mukmin. Mendekatkan jodoh dengan doa adalah amalan para solifus soleh.

Biarlah malu kita bersalut iman dan bertempat. Perempuan mudah mendapat fitnah ketika bujang berbanding apabila telah berumahtangga, mencari sesuatu kebaikan amat dianjurkan dalam Islam. Jangan salahkan takdir andai kita sendiri silap membuat perhitungan.

Kalian masih diberi peluang untuk membuat pilihan. Andai kita mahu ke arah kebaikan dengan usaha yang gigih, maka kalian akan merasai kesan sampingannya yang sementara seperti penat dan hampir berputus asa, tetapi ia hanyalah seketika cuma. Imbuhannya kalian akan mendapat kesan kebaikan yang abadi.InsyaAllah, yang penting berusaha dan kemudian bertawakkal.

Allahua'lam.

Monday, November 15, 2010

Apa Yang Dirasa

Maklumat Artikel
Apa Yang Dirasa
Syauqah Mujahidah | Motivasi
(tazkirah)



Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal “air mata” ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita. Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu’ walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan. Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara. Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

 “Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka".” 
( Al-Hijr: 39-40 )


Tuesday, November 9, 2010

Warkah Untukmu


Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.

Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.

Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim : 6)

Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.

"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)

Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.

Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :
"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)

Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.

Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan  di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?

Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)

Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.

Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak di jaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Aku menyeru dengan seruan sayang dan kasih sebagai adik atau abangmu, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah. Singkirkan segala pakaian ahli maksiat dan pakaikan pakaian solehah.

Moga Allah memberi kekuatan untuk kembali kepada fitrah. Rapatlah dengan-Nya, pasti kekuatan itu timbul tanpa dipinta. Aku menyeru dan menasihati diriku terlebih dahulu.

Buatlah pilihan tekad. Mulakan dengan dirimu. Pasti sahabatmu yang lain mengikutimu. Walau pada awal mereka kelihatan menentang atau tidak suka perubahanmu namun hatinya juga seperti hatimu. Ingin jua menjadi muslimah sejati. Hanya kekuatan belum muncul.

Ayuh, tanggalkan segala pakaian ahli neraka itu. Pakaikanlah pakaian fitrah. Pakaian ahli syurga. Tutuplah auratmu. Rapatlah dengan-Nya.

Junaidi Ahmad
kelanafaqir.blogspot.com
Kangar, Perlis.