Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Muhasabah Diri


"Barangsiapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barangsiapa berbuat kejahatan di balas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)" [6:160]



Dalam hidup ini, kita tidak pernah dapat memilih ketentuan hidup sendiri.. Kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi anak kepada seorang perdana menteri atau pun seorang petani biasa. Kita tidak pernah ditanya adakah kita ingin menjadi perempuan atau pun lelaki, berkulit cerah atau berkulit gelap, hidung kemek atau berhidung mancung, semua itu telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Semua ketetapan itu adalah terbaik  untuk kite sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini.

Kita membesar dengan keadaan yang Allah telah takdirkan untuk kita. Dari sehari ke sehari kite berganjak daripada bayi, kanak-kanak dan kemudian ke usia remaja dan kemudian meniti hari-hari tua. Sepanjang perjalanan hidup, kita ditakdirkan untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, melalui pelbagai peristiwa yang telah tersurat dan semua itu merupakan anugerah dan ujian bagi Allah untuk kita.  Jika pertemuan kita itu berdasarkan syariat Allah, maka baiklah kesudahannya, dan jika pertemuan itu berdasarkan nafsu semata-mata, maka buruklah kesudahannya. Allah memberi kita pilihan untuk menentukan sendiri berdasarkan pengetahuan dan didikan agama yang kita dapat sepanjang hidup kita hingga ke saat ini. Allah tidak pernah mentakdirkan keburukan kepada makhluk ciptaan-NYA. Hanya kitalah yang menentukannya berdasarkan akal kita. yang baik dari Allah, dan yang buruk dari kita sendiri.

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Apa yang kita lalui sekarang, samada baik atau buruk adalah disebabkan oleh masa lalu kita yang telah jauh kita tinggalkan. Ia merupakan cermin masa lalu yang hampir kita lupakan. Setiap apa yang kita buat masa lalu kita samada baik atau buruk, Allah akan tetap membalasnya samada di dunia sekarang mahupun di akhirat nanti. Allah akan tetap membalasinya walaupun hanya sebesar zarah, dan Allah tidak akan pernah lupa untuk membalasnya, lebih-lebih lagi dosa-dosa yang berkaitan dengan makhluk ciptaanNya. 

Kita gembira hari ini, mungkin kita pernah menolong orang suatu waktu dahulu, mungkin kita pernah membahagiakan org suatu waktu dahulu, dan kita sengsara hari ini, kemungkinan kita pernah membuat orang lain sengsara suatu ketika dahulu. Allah tidak pernah bertindak kejam. Kesengsaraan itu mungkin ujian yang Alalh bagi untuk menyedarkan kita, dan menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau.. dosa-dosa maksiat yang telah kita lakukan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, kita hanyalah makhluk ciptaan-Nya sahaja. Dan mungkin juga ujian yang Allah turunkan pada kita untuk menguji sejauh mana keimanan dan tahap kebergantungan kita pada Allah, kalau kita sabar dan redha dengan ujian tersebut, insyaAllah Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda di syurga nanti yang nilainya jauh lebih besar. Ujian di dunia ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan nikmat dan rahmat Allah.

Saban hari kita akan melalui suatu yang baru, dengan pengalaman yang baru. Dan setiap apa yang kita lalui itu  kita diberi aqal dan fikiran untuk memilih jalan yang mana berdasarkan iman dan keyakinan pada Allah. Kita cubalah untuk melaluinya berdasarkan jalan yang telah Allah tentukan, setiap apa yang kita hendak lakukan, janganlah keluar daripada landasan yang Allah tetapkan kerana apa yang kite pilih sekarang menentukan masa depan kita, masa depan kita di dunia mahupun di akhirat. Setiap orang bertanggungjawab terhadap apa yang diperbuatnya. Allah tidak menjadikan seseorang manusia itu baik atau jahat, bahkan manusia sendirilah yang membuat pilihan untuk melakukan kebaikan atau kejahatan, untuk mengikut hidayah atau kesesatan. 

Kehidupan kita sekarang merupakan cermin peribadi kita di masa lalu. Kalau baik, alhamdulillah, dan kalau buruk, janganlah menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya berfikirlah, carilah di mana kesilapan kita, dan kita perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah memberi kita peluang untuk kita bertaubat kepadanya, dan jika kesalahan kita pada makhluk Alalh yang lain, Allah membuka ruang untuk kita memohon maaf dengan kesilapan kita itu. Ingat, kesilapan kita pada Allah, Allah akan ampunkan jika kita bertaubat tetapi kesilapan kita dengan orang lain, selagi dia tidak memaafkan selagi itulah Allah tidak akan memaafkannya. Lihatlah, begitu adil dan sayangnya Allah pada kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama untuk membuat kebajikan/ kebaikan.. moga-moga dengan kebaikan kita yang sedikit itu Allah merahmati kehidupan kita. InsyaAllah..

Allahua'lam..


"Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun jua rembulan, tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan yang ada hanya hari ini dan akan datang, gunakanlah hari ini dengan sebaiknya, kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya" - Imam Al-Ghazali



p/s :aku merepek jer ni.. sekadar tuk melepaskan tekanan di hati.. mana2 yang baik ambiklah.. dan mana2 yang buruk, delete je dr kepala.. :D aku hanya nak merungkaikan ape yg duk di dalam kepala aku ni.. supaya hilang sedikit demi sedikit.. Kehidupan ini suatu dugaan, sebaik-baik jalan adalah kembali pada Allah. Dan aku sedang berusaha ke arah itu. doakan aku berjaya yer.. :) 

Thursday, June 3, 2010

Hukum Hudud

Wednesday, May 19, 2010

Hidup Ada Kitarnya

Hidup ni ade kitarannya..
tidak pernah ade istilah yg lepas biarkan berlalu..
kerana apa yang akan kite lakukan skrg,
habuannya akan kite dapat balik di kemudian hari..
yg baik kite buat, baiklah ganjarannya..
buruk yg kite buat,
buruklah jugak balasannya.

Saturday, January 16, 2010

Dont Give Up


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, January 9, 2010

Semangat Si Ketam




"Ha..ha..ha.. Teruknya cara kamu berjalan, Ketam. Binatang lain semua berjalan betul, kamu berjalan senget" kata ikan sambil ketawa mengejek cara si Ketam berjalan.


Si ketam yang terkenal dengan sikap ego dan angkuh itu tidak mahu menerima kekurangan dirinya. Dia mahu segalanya nampak hebat. Dia mahu disanjung bukan ditertawakan. Dia berusaha sedaya upaya untuk berjalan betul. Dia menghabiskan waktu yang berbulan-bulan berlatih tanpa kenal erti penat dan lelah. Dia tidak peduli jika kakinya jadi tempang dan penyepitnya patah. Kawan-kawannya menasihatkan dia agar menghentikan perbuatannya itu dan memujuknya supaya menerima kenyataan bahawa ketam memang semula jadi jalannya tidak lurus. Si Ketam tetap berdegil.

Pada suatu hari, seorang nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan terlihat kumpulan ketam itu. Nelayan itu terus mengejar ketam-ketam tersebut. Ketam-ketam lain berlari dengan pantas untuk menyelamatkan diri. Tinggallah Si Ketam terkial-kial di situ. Dia tidak dapat berlari pantas kerana kakinya telah tempang dan penyepitnya pula telah patah. Akhirnya dia telah ditangkap oleh nelayan tersebut.

Melihat kepada semangatnya, kita harus memuji Si Ketam tersebut namun sayang sekali, semangat yang berkobar-kobar itu diletakkan di tempat yang salah. Dia cuma membuang masa untuk melawan apa yang menjadi sifat semulajadinya. Tentulah ia satu usaha yang sia-sia.

Kita juga akan menjadi seperti Si Ketam jika semangat dan usaha, kita letakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Fokuskan semangat dan usaha kita pada perkara yang boleh membawa kita kepada kebaikan dan manfaat.

Kisah motivasi ini aku ambil daripada blog Kak Tirana : http://meniti-hari.blogspot.com/

Aku suka dengan kisah si ketam ini. Dia berusaha untuk mengubah taqdir yang telah ditetapkan oleh Allah untukNya, tetapi walau sekuat mana pun dia berusaha untuk melawan taqdir tersebut, dia tetap tidak berjaya kerana Allah telah menetapkannya begitu. Dan setiap apa yang Allah telah tetapkan untuk hamba-hambaNya adalah jalan yang terbaik untuk hamba-hambaNya lalui kerana Allah amat menyayangi hambaNya dan tidak akan sesekali menganiaya hambaNya walaupun hambaNya selalu tidak menurut perintahNya.

Taqdir yang Allah telah tetapkan kepada kita terbahagi kepada dua, iaitu taqdir yang boleh berubah melalui usaha, doa dan taqdir yang tidak sesekali akan berubah walaupun kita berusaha sekuat hati untuk mendapatkannya. Contoh taqdir yang tidak akan berubah adalah mati, Allah tidak akan melewatkan atau mempercepatkan waktu kematian seseorang, dan contoh taqdir yang boleh berubah adalah kejayaan hidup seseorang. Kita boleh berjaya andaikata kita berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berserah diri kepada Allah. Walau bagaimanapun, jika kita tidak berjaya, mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah.

Allah sentiasa menyuruh kita untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh, bertawakal, TIDAK BERPUTUS ASA  dan sentiasa berdoa kepadaNya . Allah akan mengabulkan setiap permintaan hamba-hambaNya, insyaAllah. Yang penting kita yakin Allah akan mengabulkan permintaan kita dan sentiasa menyerah diri kepada Allah. Allah tidak akan mensia-siakan permintaan hamba-hambaNya jika kita sentiasa mengingatinya dikala senang dan susah.

Never Give Up On Your Dreams

As life goes by,
We always search for meaning,
And look for love,
And why we seem to fall
There we are, not knowing what the future finds
But it's just a matter of time,
B'fore our rhythm finds a rhyme
B'fore our bells to start to chime
Before we end our uphill climb

We should never give up,
We should never give in
Always fight for a brighter tomorrow
When the going gets tough,
Then the victory begins
No mountain's as high as it seems
So never give up on your dreams

Our time will tell
If we're not what we seem
The things we do, don't match the things we are
Look inside, our happiness is always there
We are simply one of a kind
Can't let others make us blind
With some patience we will find
We can do what's on our mind

Work will win when wishing won't,
You've got to pay the price.
No pain no gain don't fizzle out
It's time to roll the dice.
It's not over till it's over
Hang on till the end
You've got to keep the dream alive
You were born to win

Monday, January 4, 2010

Cinta Oh Cinta



Masuk tahun baru ni, macam macam2 masalah menyelubungi lubuk hati kawan-kawan aku..
isk isk isk.. aku jugak tempat yang diorang luahkan..
xpelah..memang aku ni sesuai tuk jadi kaunselor kot..
pening-pening..
Macam-macam masalah, campur tolak dengan masalah aku sekali.. masalah bersih menjadikan aku biol.. :P

Manusia ni macam-macam karenah ek, takde masalah nak cari masalah..
Masalah lama tak selesai lagi, cari masalah lain lak..
macam-macamlah korang ni..
Menjadikan aku yang "xde masalah" ni bermasalah jugak..

Xpe2x.. asalkan korang bahagia, meh sini kumpulkan masalah korang kat aku, aku tolong simpankan..
Mungkin tahun ni tahun bermasalah kot bagi korang (termasukla aku)..

Masalah daripada masalah tersebut adalah masalah cinta.. macam-macam hallah korang ni.. kenapalah dalam banyak2 masalah kat dunia ni korang suke ceritekan kat aku masalah cinta.. yang aku sendiripun x mampu nak selesaikan.. kuang3x.. oleh sebab aku ni pun menghadapi masalah "cinta" ni, aku taknak selesaikan masalah korang.. tapi aku nak menambahkan masalah korang, sebab korang sengaja mencari penyakit, termasuklah aku ni ha.. tapi aku takpelah, bakal suami aku Allah dah ambik, tapi korang lain.. sengaja mencari penyakit.. ngeh3x..

Yang korang ni satu hal, sebelum bercinta tu, check ler sape pasangan kekasih korang.. janganla laki orang lak korang kebas.. bahaya jugak zaman sekarang ni.. berkenalan secara maya.. cinta lahir dari hati jatuh ke mata.. kalau dulu, dari mata jatuh ke hati.. Oleh sebab itu sekarang ni, sebelum nak teruskan tu..check, risik, kalau dah puas hati.. just kahwin.. xyah ler bercinta.. buang masa jerk.. last2 menungging.. aku jugak yang korang carik.. huhuhuhuhu.. Ramai jer yang kenal melalui dunia maya, akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.. tak salah mencuba.. :) contoh yang kita dpt tengok adalah Wardina dan pasangannya.. Ape-pun berhati2..

Yang dah bercinta tu plak.. bercinta lah baik2.. janganlah lepas puas bercinta.. senang2 korang tinggalkan pasangan korang.. ingat pasangan korang tu xde perasaan ke? Ingat.. kalau korang buat pasangan korang macamtu, lambat laun korang akan terima pembalasan yang sama atau jauh lebih teruk dari itu. Doa orang yang teraniaya ni dimakbulkan Allah.. Janganlah kerana dah jumpa gading bertuah, tanduk tak berguna lagi.. ingatlah ketika takde gading.. tanduk tu jugaklah yang support korang time korang susah, tanduk tu jugaklah yang bersengkang mata doakan kebaikan korang.. korang tak pernah fikir ke semua tu??? Sebabtulah sebelum korang nak bercinta ni, korang kene tanye diri korang.. bercinta kerana Allah ke kerana nafsu korang semata2? Kalau kerana Allah, gading ke, tanduk ke, akar ke.. InsyaAllah takkan ditinggalkan..

Bagi yang telah bercinta ngn suami orang lak.. fikirlah dua tiga kali sebelum nak kahwin tu.. dugaannya banyak.. tapi tak salah kalau nak jadi isteri ke-2, ke-3, mahupun ke-4.. jangan jadi yang ke-5 dah.. Kalau dah fikir masak2 tu, fikir negatif, positif.. baru boleh buat keputusan.. dan sekali keputusan dibuat.. jangan sesekali menyesal.. kehidupan perlu diteruskan..

Ha, ni salah satu masalah jugak ni.. masalah bila terjatuh cinta dengan orang jauh.. orang luar negara.. aku bukan cakap kat org lain, ni pengalaman diri aku sendiri.. dan salah sorang drp kawan aku menghadapi masalah yang sama.. so aku ambikla peluang ni tuk aku nak bgtahu mslh2 yg bakal timbul jika terjatuh cinta ngn org "luar". Cinta ni memang x kenal sape.. sape2 jer leh terjatuh cinta.. tapi cinta ngn org luar ni memang byk risikonyer.. kita terpaksa berubah hampir 95% kehidupan kita tuk merealisasikan impian kita tu.. kalau berjaya alhamdulillah. Tetapi kene prepare dari segi perbezaan cara beragama(walaupun Islam tetapi banyak bezanya masyarakat kita ngn luar), budaya, adat resam.. tp kalau x berjaya.. mungkin boleh timbul kes pembunuhan.. ade satu kes ni kawan seuniversiti ngn aku dibunuh dengan kejam oleh buah hatinya warga pakistan kerana kes cemburu.. kes anak dilarikan ke negara asal pasangan, kes murtad.. macam2 kes melibatkan warga asing.. so berhati2lah.. Warga luar ni agak agresif, mcm2 yang diorang akan lakukan untuk mencapai matlamat diorang..

Oleh sebab itu, berhati-hatilah apabila nak meletakkan cinta hati korang.. pilih tempat yang sepatutnya.. dengan cara yang betul/halal. Yang penting perbetulkan niat.. kalau niat tu betul, kalau gagal pun..xdelah korang luak ape2.. Gagal tu boleh mematangkan hidup korang.. Buat korang tabah.. Kalau korang tabah, Allah akan naikkan darjat korang, insyaAllah..

Kalau yang masih belum menemui cinta hati tu.. janganlah korang gusar.. lambat laun insyaAllah korang akan diketemukan jugak dengan jodoh yang telah Allah tetapkan tuk korang.. Janganlah korang main redah jerk mencari cinta.. main terima jerk.. x kira penagih dadah ke.. semua korang bedal.. yang penting ada cinta hati.. Tu cara yang silap, cara orang yang tak percaya jodoh, ajal, maut ni di tangan Allah.. cara ni bakal menempah masalah jugak ni.. Janganlah korang merendahkan diri korang semata2 untuk mendapatkan cinta dari manusia.. Janganlah korang menangis2 meraung2 semata2 gagal mendapat cinta daripada manusia.. Alangkah baiknya kalau korang menangis dan meraung kerana tidak berjaya mendapatkan cinta dari Allah..

p/s : ni adalah motivasi tuk diri sendiri, xde kene menggene dengan org lain.. salah satu cara tuk terapi jiwa.. merungkai simpulan2 hati.. :D. kalau terkena kat korang, ampun dipinta.. maaf di mohon.. huhuhuhu.. :P

Friday, January 1, 2010

Perbaiki Diri Anda, Maka Allah Akan Redha Terhadap Anda



Sekarang, aku banyak menghabiskan waktu terluang dengan membaca buku-buku yang boleh merangsang diriku untuk berfikir secara positif tentang kehidupan yang aku lalui.

Setiap orang mempunyai masalah, melalui masalah tersebutlah membuatkan kita lebih matang dalam bertindak tanpa dipengaruhi emosi. Jika dibandingkan masalah aku dengan masalah orang lain yang lebih hebat, aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku ruang untuk aku melalui dugaan ini secara lebih rasional walaupun pada mulanya aku tidak mampu untuk melaluinya. Allah memberi aku masalah dan Allah menunjukkan aku jalan penyelesaiannya. Ya Allah, aku begitu bersyukur kerana Kau mendidikku dengan pelbagai masalah. Kini kusedar, ujian-ujian yang kau sediakan di dalam hidupku adalah sebagai persediaan kepadaku untuk menerima "sesuatu" yang lebih berharga di dalam hidupku.

Setiap dugaan yang Allah sediakan untuk kita adalah bersesuaian dengan fitrah kehidupan kita yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Allah tidak akan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan sesuatu jika hambaNya tidak mampu untuk melaluinya. Setiap ujian yang diturunkan pada kita adalah untuk memberi peluang kepada kita meningkatkan keimanan kepadaNya jika kita redha dan sentiasa berfikiran positif terhadap Allah. Ia merupakan jalan untuk kita memperbaiki diri menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita.

Setiap kali kita diduga, anggaplah dugaan itu sebagai jambatan untuk kita melalui titian siratolmustakim nanti. Semakin banyak dugaan yang Allah berikan kepada kita, setiap kali itu jugalah jambatan kita semakin melebar dan melebar jika kita berjaya melaluinya dengan tabah tanpa sedikitpun berfikiran negatif kepada Allah. Allah sayang kepada hamba-hambaNya, Dia tidak akan sesekali menganiaya hambaNya, sebab itulah Dia sentiasa mencuba hamba-hambaNya untuk menghapuskan dosa hambaNya sehingga semua dosa kita terhapus. InsyaAllah.

Setiap kali Allah menguji kita, sepatutnya kita sentiasa bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk menghapuskan dosa-dosa kita kepadaNya. Semoga dengan ujian-ujian tersebut membuatkan kita mendapat tempat disisiNya. Amin-amin Ya Rabbala'laminnn..

coretan dari putri isyrak