Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Kematian Suatu Kemestian

Pagi tadi, time on the way gi office..
Abang aku citer kisah kawan die yang balik berbuka puasa di rumah mertuanya hari Ahad baru2 ni..
Mereka sekeluarga balik kampung di Kuala Terengganu untuk berbuka bersama-sama family..
Pagi Semalam (pg Isnin) selepas bersahur, mereka bertolak balik dari Kuala Terengganu ke KLIA kerana kawan abg aku tu keje di KLIA.

Entah macamana, nak dijadikan cerita,
Mereka sekeluarga kemalangan di Seremban.
Aku tak sempat nak tanye kenderaan ape yg langgar mereka. 
Tetibe je rs xleh nk cakap, so dengar je lah time tu..

Isteri, dan kedua-dua anak kembarnya meninggal..
dan adik bongsu terpaksa ditahan di wad ICU,
masih belum tahu keadaan macamana

Dia pulak patah tulang rusuk..
Time pengebumian tu..
Dia pergi ditolak dengan kerusi roda..
Hanya mampu melihat dan menangis,
Tak mampu nak berbicara.. :(

Sedih plak aku dengar.. 
Semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang terpilih..
Amin-amin ya Robbala'lameeenn..


Kematian ni sentiasa mengekori kita..
Entahkan esok entahkan lusa plak giliran kita..
:(
Setiap hari kite dengar kematian menjemput sahabat2 kita..
Bilakah kematian akan menjemput kita pulak?
Bersediakah kita untuk menempuhinya?
Cukupkah bekalan akhirat kita yang telah berjaya kita kumpul?
Atau bekalan dunia je yg kita mampu kumpul selama hidup kita di dunia ni?

Ya Allah,
Kau matikanlah aku ketika aku dalam redhaMu ya Allah..
Ketika segala dosaku telah terhapus dengan RahmatMu ya Allah..
Ketika timbangan amalanku melebihi dosaku ya Allah..
Ketika hutang2ku terlangsai ya Allah..
Ketika pintu syurga terbuka untukku ya Allah..
Ketika pintu neraka tertutup untukku ya Allah..
Aku tak layak untuk meminta syurgaMu..
Namun aku takj berupaya menahan api nerakaMU..
Ampunlahkan dosa2ku ya Allah..
Ameeenn2 ya Robbala'lameeenn..

"Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)"

Monday, August 16, 2010

:D :D

Tadi aku baru je dapat komen daripada abang taufiQ, :D tentang blog aku ni yang berubah ubah.. ni kali ke-3 blog aku ni bertukar wajah.. :D..

NI komennye : "Salam dan selamat berpuasa.. pe khabo? hopefully sihat.. ermm sejak kebelakangan ni bile sy bace komen2 balas dr ika pada sy mcm ade kelainan jer.. kelainan pade nickname juge isi2 komennye itu.. rase kekok plak nk bace.. ntahler.."

hihi.. kenapa ek.. blog ni mmg bertukar wajah.. tapi pemilik blog masih sama.. :).. cume sekarang try tuk bertukar citarasa.. yelah usia semakin menginjak tua.. try tuk menjadi lebih matang..  tp semua tu bergantung pd hati, kita x boleh ubah diri kita.. cume boleh ubah templates blog jerk.. huhuhu..  ika masih seperti ika yg dulu.. :P.. x berubah langsung.. cume try tuk berubah.. pls pray for me.. 

Berkaitan dengan nick name. nick name ika kan banyak :P.. kepelbagaian nick name :D.. hihihi..

Salam Ramdhan jugak tuk abang TaufiQ sekeluarga, nanti kalau nak buat kenduri jangan lupekan adik yg duk jauh ni yer.. huhuhu
 ................................................................................................
Jap ika nak pikior, ape yg berubahnya blog ika ni..

Nick name, mula2 Ika gune Ika, kemudian Putri, lepastu Eizza, kemudian Isyrak.. perubahan2 ni disebabkan mslh2 tertentu. Blog ni banyak masalahnya, hanya admin sahaja yang tahu sehingga terpaksa mendelete, kemudian wat blog lain, dan kemudian terpaksa tukar url..

Terlalu banyak bende yang menyebabkan perubahan demi perubahan terpaksa dilakukan,  Perubahan tuk merangsang diri supaya turut berubah, berubah dalam menerime ketetapan hidup yang telah Allah tetapkan.. semua masalah tu adalah disebabkan oleh diri ini sendiri.. :).. Allah memberi ujian untuk mematangkannya.. dan org lain hanyalah penyebab sahaja..

Ape lagi ek yang berubah, ermmm.. chat box xde.. :).. ika syg sgt chatbox tu, InsyaAllah nanti ika letak balik :).. apabila masa mengizinkan :D.. insyaAllah..

lagi.. warnenye.. dulu hijau, skrg jingga.. xpelah.. 2 2 warne tu anugerah Allah.. :D.. tapi ika tetap hijau :D.. hehehe.. my peberet kaler tu.. 

rasanya yg lain xde dah kot.. cume dulu kebudak budakan dan skrg nmpk lebih ketuaan.. moga diri ini sedar yg dia dah tua :P..

Friday, August 13, 2010

Mahmudah vs Mazmumah

Dalam aku mencari kekuatan diri, bermonolog sendiri.. mencari sisa-sisa kekuatan dalaman tuk aku jadikan tonggak dalam meneruskan perjuangan hidupku yang entah berapa lama lagi bersisa.. 

Saban hari aku cube berbicara sendiri.. mohon agar Allah membekalkan kekuatan untukku menempuhi liku-liku kehidupan yang masih aku perlu terokai sebelum aku menutup mata.. Jauh di sudut hati, aku betul2 terasa putus asa.. namun, aku kuatkan kenyakinan yang rahmat Allah akan sentiasa mengiringiku jika aku tetap berusaha dan bersyukur kepada-Nya.

Setiap manusia akan diuji berdasarkan keupayaan dan kemampuan yang Allah telah berikan padanya.. Allah tidak akan memberi ujian jika ujian tersebut tidak mampu untuk dirinya menanggung.. Setiap saat Allah melatih kita untuk menjadi kuat dengan memberi ujian yang pelbagai untuk kita tempuhi.. Ujian demi ujian dan cabaran demi cabaran terpaksa kite tempuhi dan lalui bermula dari kita dilahirkan sehinggalah tibanya saat kematian kita.. semua ujian2 tersebut bukanlah diberi sia-sia tanpa sebab.. Hanya Allahlah yang mengetahui rahmat di sebalik setiap kejadian yang ditimpakan pada kita.. 

Dalam aku bermuhasabah diri.. aku terbaca coretan di dalam Solusi edisi-22.. berkaitan Sifat Mahmudah dan Mazmumah yang menghuraikan tentang sifat MENGHARAP dan PUTUS ASA. 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut" 
(Surah al-anbiya' 21 : 90)

Seorang Mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.

Hadis Qudsi telah menyebut, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

"Aku terlalu dekat dengan prasangka hamba-Ku. Maka hendaklah dia berprasangka 
terhadap-Ku atas apa yang dia inginkan." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh sebba itu, kalau kita hendaklah kebaikan, hendaklah sentiasa berprasangka hal-hal yang baik-baik. Doakan benda2 yang baik. Jangan sesekali biarkan lintasan-lintasan negatif menguasai hati. 

Manakala sifat Mazmumah yang telah dihuraikan dalam majalah ni plak adalah berlawanan dengan sifat Mengharap iaitu Putus Asa. 

Secara jujurnya aku cakap, aku dah hampir putus asa.. terlalu putus asa.. aku meneruskan perjalanan hidup ini dengan keputus asaan.. Aku redah je ape yang ada depan mata tanpa ada apa2 perasaan.. kalau ade duri di perjalanku, aku redah jerk..kalau terluka aku letak ubat.. kalau ade orang tolong alihkan duri2 tu.. aku bersyukur sangat2.. tapi kalau setiap kali orang tu alihkan duri tu.. aku rasa menyampah sangat2.. sebab duri tu akan sentiasa mengekori hidupku walaupun orang berusaha untuk membuangnya.. duri itu dah sebahagian dari diriku, kecuali die sama2 pikul duri tu bersamaku.. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, Sesungguhnya tidak yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang yang kafir."
(Surah Yusuf 12:87)

Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah: Hai hamba2-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Zumar 39 : 53)

Ya Allah, ampunilah dosaku.. ampunilah kesilapanku.. InsyaAllah aku akan sentiasa berusaha selepas ini.. tunjukkanlah jalan untukku meneruskan kayuhan langkahku yang masih bersisa ini untuk aku mendapat kehidupan yang lebih diredhai-Mu.. ameeeennn...

Tip-tip Mengelakkan daripada Berputus Asa

# Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.

# Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

# Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.

# Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.


Nota kepala lutut : Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat berputus asa.. ameeennn..


"Kita tidak dapat nak penuhi semua kehendak, kita tidak dapat buat sesuatu serentak dan kita tidak dapat puaskan hati semua pihak"


"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan." 

"Perjuangan ibarat tiram di laut. Dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara.."

Tuesday, June 15, 2010

Message yang Mengejutkan Aku

2 3 hari ni aku agak kelam kabut buat statistik untuk present kat YB Razif 17 hb ni.. Kepenatan baru pulang dari Johor masih terasa.. Semua bende aku abaikan.. lepas balik keje jer tidur.. badan penat.. jiwa penat.. kepenatan aku takdelah sampai membuatkan aku marah orang.. masih mampu dicontrol..

Tapi tengahari tadi.. lunch hour.. aku duyk relax2 depan pc.. tup tup aku dapat message dari mobile aku..

"Salam. Aishah telah kembali ke rahmatullah pd jam 11 pagi tadi setelah koma sejak kemalangan semalam.. kepada yg mengenalinya dimohon menghadiahkan al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat.."

Menggigil lutut aku membaca message ni.. terhenti sekejap degupan jantung aku.. mana taknya, dia seorang yang baik sangat.. dialah yang selalu tolong aku.. seorang yang banyak memberi sumber inspirasi pada aku untuk meneruskan hidup. Aku tak tahu nak bayangkan perasaan aku tadi.. gementar tangan aku mendail nombor telefonnya, sambil membaca ayat kursi untuk menenangkan hati aku yang degupannya dapat didengari oleh telingaku sendiri..

Setelah menunggu beberapa ketika, panggilanku disambut.. terdengar suara seorang perempuan menyambutnya.. terketar-ketar aku menyusun kata-kata.. hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku tadi.. setelah aku berjaya menyusun kata-kataku.. dan setelah die memperkenalkan dirinya sebagai makcik Aishah.. tetiba die ketawa berdekah-dekah di hujung talian..

Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku tadi.. rasa kepanasan hati aku.. kalau tadi mukaku pucat, sekarang dah berapi.. rasa nak maki hamun jerk.. kalau aku tak waras, aku dah maki hamun dah.. tetapi aku masih di bawah pemikiran rasional.. aku mendiamkan diri dan membiarkan die menerangkan situasi sebenar.. tetapi tahap kesabaran aku semakin menipis.. sebelum aku memaki hamun dia, baik aku mematikan talian..

Sampai sekarang aku ignore dia.. perasaan aku masih berasap menahan kemarahan.. malas aku layan manusia mcm tu.. sakit hati aku.. takde bende lain ke nak bergurau.. alasannya adalah ingin menguji aku menyayangi die atau tak.. alasan bodoh dan tak logik.. mood aku memang betul2 lari sampailah sekarang.. sampai sekarang aku belum makan lagi.. huhuhu.. tension tul aku..

Thursday, May 6, 2010

Engkaulah WIRA di Medan Derita


Tersentuh hati melihat penderitaan mereka..
Semoga Allah memberi mereka ketabahan di dalam mengharungi kehidupan ini..
Setiap manusia yang Allah sayang akan diuji dengan pelbagai ujian..
Bila kita redha dengan setiap kesusahan kita, insyaAllah syurga ganjarannya..
Janganlah berkeluh resah jika ade musibah,
musibah yang Allah turunkan itu mempunyai nikmat yang tak pernah terjangkau di fikiran kita..
Janganlah bersedih jika hidup kita tak seperti orang lain..
Sebaliknya bersyukurlah sebab Allah pilih kita..
Kesusahan yang kita lalui dengan tabah..
Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..
Mungkin kerana kesusahan kita sekarang menyebabkan senangnya kita di akhirat nanti..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Allah terlalu sayang pada kita.. melebihi sayang seorang ibu kepada anak-anaknya..
Allah tidak akan sesekali mentaQdirkan sesuatu yang akan memberi keburukan kepada makhluknya.. 
Melainkan segala ujian tu merupakan rahmat dariNya.. 

Tuesday, February 16, 2010

Happy Lah Plak

Semalam kawan aku cakap blog aku sedih..
Semua entry yang aku masukkan dalam ni sedih2..
Dan lagu2 yang aku bagi kat die pun sedih2..
Dan telah membuatkan dirinya bersedih..

Dan kerana tu jugak..
Berguni2 nasihat free yang die telah bagi kat aku..
Mujurlah just dalam email..
Kalau dalam YM memang jenuh tuk aku menjawabnyer..
2 page mail box aku hanya email die jerk..

Hehehehe..
Aku hanya menjadi pendengar ajerk..
Dia bagi nasihat tanpa mengetahui masalah sebenar aku..
Kih3x.. poyo jerk aku..
Dia hanya tahu aku ada masalah cinta..
Tetapi tak tahu hujung pangkal masalah aku tu..

Tq ek Dik..
Kerana sudi menghayati blog aku nih..
Walaupun ko tak tahu mslh akak..
Tetapi akak menerima secara terbuka nasihat itu..
Jazakallah..
:D

Tuesday, February 9, 2010

Kata-Kata Berhikmah


Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang..
Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya..
Di mana ada keraguan, di situ kita menebarkan harapan..
Di mana ada kesedihan, di situ kita berkongsi ceria..
Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

-Cikgu Rashid



P/s : Putri petik kata-kata ini daripada laman blog Cikgu Rasyid, http://kerdipanbintang.blogspot.com Aku suka membacanya.. Selama ini mungkin aku menantikan kehadiran "kita" hadir apabila aku memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka.. Aku betul2 mendambakan kehadiran "kita" supaya aku mampu bangkit setelah aku terjatuh.

Tetapi apabila aku membaca kata2 ini, aku terpanggil untuk menjadi "kita" tersebut.. 

Seorang "kita" yang mampu menyayangi orang yang memerlukan kasih sayang, perhatian..
Seorang "kita" yang akan menghiburkan dikala seseorang mengalami kesedihan..
Seorang "kita" yang menaburkan harapan kepada seseorang yang telah putus asa..
Seorang "kita" yang menceriakan, membahagiakan seseorang yang berduka lara..
Dan seorang "kita" yang akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan..

Apabila kita telah menjadi seorang "kita".. kita tak perlu lagi rungsing.. dan sedih.. kerana sudah pasti Allah akan mengurniakan kita seorang "kita" untuk kita. Kerana Apabila kita sentiasa berbuat baik kepada orang lain, Allah akan sentiasa membantu kita apabila kita menghadapi masalah. Kerana hidup ini ada kitaran pasang surutnya.. Apabila orang ada masalah, kita tolong.. dan InsyaAllah apabila kita menghadapi masalah.. orang lain akan tetap menolong kita. 

Friday, February 5, 2010

Kenangan

Rindunye kat roomate merangkap senior aku..
Aku rindu Kak Tina..
Aku rindu zaman aku kejutkan die dari tidur semata-mata nak main air hujan..
Dalam setahun tu, hanya 2 3 kali jer hujan kat tempat aku belajar tu..
So kalau hujan turun tu, aku betul2 gembira..
Aku ambil peluang nak bermandi manda..

Aku rindu time kami tidur beratapkan langit yang ditaburi bintang-bintang di padang kawad..
Waktu tu Kak Tina tahun akhir..
Dia nak release tension sebab projek tahun akhir..
Dan aku waktu tu tension sebab lab report yang menimbung..
Tak pernah habis..
Waktu tu kami habiskan waktu malam dengan berpeleseran di padang kawad..
Tidur ramai-ramai di atas padang sambil bercerita..
Sambil memandang langit yang ditaburi bintang..

Setelah puas di padang kawad, 
Kami bertenggek di atas jejantas..
Berpaut-pautan di situ seolah-olah ingin membunuh diri..
Apabila penat duk di atas jejantas memerhatikan kereta yang lalu lalang..
Kami balik ke hostel melalui Dewan Peperiksaan..

Bila kami merentasi padang kawad sekali lagi..
Baru kami perasan ade sesusuk badan manusia mengekori kami..
Menakutkan betul di saat itu..
Tetapi setelah diamat amati rupanya pakcik guard..
Rupa2nye pakcik guard mengekori kami semenjak kami tidur di tengah padang..

Hehehe.. malu apabila diingati kembali..
Kenangan..

Saturday, January 30, 2010

La Tahzan Putri Isyrak

 

Dont be sad Putri..
Biarkan orang membenci kita..
Jangan Allah bencikan kita..

Jangan menangis kerana dibenci orang..
Tetapi menangislah andai dibenci Allah..

Jangan sedih kerana orang yang kita sayang x menyayangi kita..
Tetapi sedihlah kerana tidak mendapat kasih sayang Allah..

p/s :ayat ape merepek nih..
esok aku edit balik..
otak aku biol sekarang..
esok aku edit :P 
peace..

Friday, October 23, 2009

Binatang Peliharaan Kami


Ni kucing jantan kami.. hehehe.. x bagi nama ape pun. Aku panggil Miow jerk.. die suke ikut mak aku gi surau.. huhuhuhu.. susah giler suh die balik.. aku bukan ape, takut die kene langgar.. :(


Ni kucing yang sama, posisi berlainan.. kucing ni la peneman aku bile aku duk kat pintu rumah.. :D.. kalau aku keluar jerk, mesti diorang semua akan datang kat aku, walaupun aku x bagi diorang makan.. diorang suke nak manja2.. kih3x..


Ni kucing betina lak, adik kepada kucing kat atas tu.. namanya pun Miow.. die dah ade baby sekor.. baby die tu aku x tahu kemana..


Tu tangan aku tu, terpaksa pegang muka die sebab die xnak tengok kamera handset aku.. mentang2la kamera encet jerk.. huhuhuhu.. ngade2 betulla ko kucing.. ape2 pun aku tetap cayang kat ko.. muah muah muah.. 3 kali kiss.. :P


Time aku main2 ngn kucing2 aku tu, tetibe lak lembu ayah aku melintas.. hehehe.. so aku snapla.. sesape nak beli lembu tuk korban blehla sms aku.. kih2x.. tu rumah kecik kat lembu aku tu adalah rumah padi, tempat ayah aku simpan padi.. :P
p/s: tp ayh aku x jual kot, die sayang sebab lembu die comel..

P/s : kepada adik2 aku yang duk baca blog ni, kalau korang rindu kat kucing2 dan lembu2, copyla gambarnyer.. lain kali aku ambik gambar kambing kiter lak ek.. peace..

Thursday, October 22, 2009

Lagu NegaraKu



Dah lama aku x menyanyikan lagu Negaraku..
Meh kite ramai-ramai nyanyi lagu ni..
Jom kite sama-sama berdiri tegak..dan nyanyi..

Wednesday, October 21, 2009

"Something" from "Someone"



Coklat ni Ain dapat pada 25.08.09.. Ni my fovourite.. Ain amat hargai sangat-sangat.. Ain bagi semua orang rasa coklat ni :), dan Ain hanya sempat makan 3 bijik.. huhuhuhuhu.. sedehnyer.. kih3x.. xpe, lain kali ain mintak lagi ek.. boleh kan????



Ni plak Ain dapat jugak, sekali dengan coklat. TQ ek, sebab risaukan kesihatan Ain, Ain memang suka sakit, tp sekarang dah lama x sakit.hehehe..sorry ek sebab selalu buat orang bimbang..




Kerongsang ni Ain dapat sehari sebelum raya.. cantik sangat2 kerongsang ni.. TQ ek makcik sebab tolong pilihkan. Ain pakai waktu hari raya ke dua.. :) sesuai jer dengan baju raya Ain..
Pada hari raya lak, Ain dapat tudung, juga daripada makcik, warne ungu cerah.. tapi Ain x upload sebab Ain x snap gambar tudung tu.. Sebab makcik suruh Ain snap tudung tu time Ain pakai.. hehehe..




TQ ek yang ni.. ingatkan tak ingat kat Ain time gi lawatan ke Kelantan & Terengganu ritu.. hehehehe.. tq ek..
p/s : Pulang sebagai pelancong, kembali sebagai pendatang.. ;)



boleh tak Ain nak buat permintaan.. nak hadiah kamera sebuah boleh? kih kih kih, dasar materialistik betulla gue nih.. hehehe.. acah jer lah..

Sunday, October 18, 2009

Anak-anak Saudara yang Comel

Saje je aku nak wak masuk gambar diorang, sebenarnya aku nak letak gambar lain, tetapi bile aku nak transfer gambar-gambar dari handphone aku ke pc.. x dapat lak.. kenapa yer.. x pernah lagi aku alami masalah mcm ni.. so xperla.. disebabkan aku keboringan ni.. aku upload jer la mane2 yang dah ade dlm pc aku ni.. boring sangat2 dah ni.

Ni anak-anak Abang Long aku, sepatutnye ade tiga, tetapi gambar bertiga aku x jumpe dalam pc ni.. so aku upload yang ni la dulu.. yang besar panjang tu namanya Adam.. kecik2 dah pandai control macho.. kalau bergambar jer muka die akan cepat2 jadi serius, hilang sifat keanak-anakan. Yang ke dua pulak, namanye Aizudin, tapi aku panggil Judin,die ni banyakla sangat cakap, kalau aku penat sangat layan die, aku bukak jer MP3 yasin, suh die ikut. :P kirenye menjadik jugak.. sebab die ni kecik2 dah hafaz quran.. dan yang ke tiga, Husna, gambarnya akan dimasukkan kemudian.

Ni Haiqal dan Aiman, twin.. anak-anak kakak aku yang ke tiga. Ni kat klinik.. sangat suke bergaduh, boleh berdarah2 kalau dibiarkan..

Husna, anak abang long.. satu2nye puteri.. puteri ni la jadi rebutan abang2 dan sepupu2nyer.. :P sangat comel dan petah berbicara.. suke tengok gelagat die dan suaranye yg cute.

Ni Iqbal, anak kakak aku yang ke tiga.. aku panggil "adik". cita2 die nak jadi macam Ustaz Azhar Idrus.. hehehe.. suke sangat tengok Ustaz mengajar dalam CD..

Ni anak sulung Abang Ngah aku, Ehsan.. suke sangat kucing.. :D


Ni Judin versi perempuan.. aku teringin sangat nak ade anak menakan perempuan, so aku pakaikan tudung kat anak saudara aku ni.. hehehehe.. waktu tu Husna xde lagi..

Ni plak Iqbal a.k.a adik.. hihihihi.. anak saudara yang paling manja dengan aku.. ni adik bongsu aku punye kerje.. die bagi pakai tudung.. waktu ni kami memang kepingin anak menakan perempuan.. hehehehe.. habis anak2 saudara lelaki kami pakaikan tudung.. cute kan?

p/s : mereka ni la penyeri kehidupan aku.. hehehehe.. riuh rendah rumah aku, seingat aku sekali aku mengamuk sebab diorang rosakkan barang kesayangan aku.. tapi time aku marah tu mereka membatu jerk.. skrg barang tu aku dah buang.. kalau aku tgk, nanti aku akan marah lagi.. huhuhu.. sedih, tp xpe la.. buang pun buang la.. asal aku x marahkan mereka lagi.. kih kih kih..

Thursday, October 15, 2009

My Work Place


Bergambar sebelum memulakan tugas. Cik AB.. single lagi ni, kalu berkenan send jer message.. kih kih kih.. Peneman aku pagi2.. orang kedua sampai ke office selepas aku :D..



Encik ZamZam dan Cik Ros bergambar di bilik operasi kami.. berkerja sambil bersantai.. happy happy sentiasa deh.. jangan tension.. smile always our motto.. kalu tension nanti kite karaoke sama-sama ek.. peace..

 
Sape-sape nak jadi Syed Muzaphar Syukor bolehla datang ke tempat kami.. :P Free jerk..


Bergambar ni kios cenderahati.. isk isk isk.. budak budak ni.. nak keje ke nak bergambar ni? bukan nak ajak aku sekali.. :P


Pelajar excited bermain dengan Rocket..


Crazy Crane- sape-sape dapat buat akak akn bagi hadiah.. cayok cayok..


Pelajar sdg meneroka "dunia fizik" di dalam galeri kami.. jangan main jer dik ek.. kene faham..


Buat apa tu Cik Ros? kene buat secara berkumpulanla.. kalau sorang2 tak jadik..
bak kate Wonderpet "ape yang penting.. kerjasama". :)


Sebelum pulang, pelajar bergambar di depan galeri kami.. semoga kalian semua enjoy..

..sayonara..

p/s : gambar aku xde dalam ni ek.. :D..

Sunday, October 11, 2009

Pengalaman di Salon Kecantikan

Baru-baru ni kakak aku ajak aku gi pusat urutan badan di sebuah salon kecantikan di tempat kami. Ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap sementara aku tunggu kakak aku mengurut.

Ni katil tempat mengurut, juga disediakan tilam, pelanggan boleh memilih samada nak baring di atas katil ataupun di atas tilam yang dihamparkan atas lantai. Bergantung kepada keselesaan pelanggan.

Sebelum urutan bermula, kami diberi minum kopi herba.. nikmat kopi ni.. namanya kopi mocca.. tapi yang tak nikmatnya dua malam aku tak dapat tidur.. tak rasa ngantuk pun..

Ni cawan2 kecil yang disusun di tepi katil.. pada mulanya aku ingat sekadar untuk hiasan.. rupanya tempat bancuh kopi herba. Cute kan?

Ni balang yang mengandungi aroma terapi.. Baunye amat menyegarkan.

Ni keadaan bilik tu yang diambil dari atas katil tempat aku duduk.


Batu-batu sungai yang disusun disitu dipercayai akan mengeluarkan gelombang yang merangsang minda supaya lebih segar dan tenang.
Memang tenangla kami berada di sini sepanjang 2 jam.. x rasa penat menunggu. Amat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Kami juga diberi tip2 kecantikan secara percuma. Bolehla aku amalkan nanti. :P