Wednesday, November 18, 2009

Qasidah Burdah



Tq ek sebab bagi putri zikir ini..
Terharu sangat2 apabila Putri dapat Zikir ini..
Setiap hari putri pasang..

Semoga Allah merahmati dan menguatkan kamu..
Allah sentiasa bersama kamu..
Mengiringi kamu dengan cahaya hidayahNYA..
amin amin ya Rabbal'alaminnn..

La Tahzan Sayang

Artikal ni putri petik dari buku "Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia", karangan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al Qarni.. Buku ni banyak membantu putri.. Biasanya kalau putri sedih sangat-sangat, putri akan ambil buku ni dan baca sambil putri nangis.. lama-lama putri akan tenang kembali. Putri merajinkan diri menulis kembali sebahagian kecil dari kisah yang diselitkan di dalam buku ini untuk tatapan seseorang yang putri sayang. Putri harap dia melayari blog putri dan membaca petikan ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dia tanggung, InsyaAllah.. Putri tak boleh membantu, putri hanya mampu berdoa untuk dia.. semoga Allah memberi keringanan padanya dalam menjalani bebanan tugas yang tak pernah habis. Semoga Allah memberi pertolongan dan dipermudahkan urusan. Amin-amin ya rabbala'laminn...




Jangan Merasa Tertekan

Nikmatilah dan bersenang-senanglah
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu
pasti ada kesudahannya
sebagaimana ia pun ada permulaannya..

Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang-orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya di hadapan orang lain, dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat memahami berbagai-bagai permasaalahan, dan menyedari bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkan tidak tercapai. Ia akan memahami bahawa memang demikianlah kehidupan, iaitu bahawa "tiada seorangpun yang beroleh kerehatan di dalamnya." Ia akan memahami bahawa manusia itu ada kalanya membenci sesuatu, padahal di dalamnya terkandung kebaikan baginya dan adakalanya dia merasa senang dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung keburukan baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada yang telah dipilihkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Seseorang yang berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya adalah sebahagian dari alam yang sangat luas. Ia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Maka, ia tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah.

Sebagaimana yang dirasakan oleh orang yang berakhlah rendah, yang menyangka rendah, yang menyangka bahawa keburukan dan masalahnya hanya menimpa dirinya sendiri atau orang-orang yang menindasnya. Dia merasa nasibnya akan buruk selamanya. Orang-orang yang bersifat mulis dan bijaksana tidak akan pernah merasakan perasaan-perasaan buruk seperti itu, kerana dia menyedari tentang tabiat kehidupan dan dia adalah salah satu bahagian dari tabiat tersebut. Sehingga Allah meredhainya dan membebaskan segala upayanya saat ia mencuba untuk mewujudkan hal yang terbaik bagi dirinya.

dipetik dari m/s 111-112

"Permulaan yang baik, dengan niat yang baik, insyaAllah diakhiri dengan penamat yang baik. Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah. Ujian yang Allah turunkan adalah untuk me"murni"kan lagi niat kita.. untuk melatih kita menjadi hamba yang terpilih.. insyaAllah.." - kata-kata dari putri.isyrak

Saturday, November 14, 2009

Qasidah Istifar



..Ya Allah..
..Lembutkanlah hati-hati kami..
..Ampunkanlah dosa-dosa kami..
..Dekatkanlah hati-hati kami kepadaMu Ya Allah..
..Tenangkanlah hati-hati kami..
..Janganlah Kau palingkan hati-hati kami daripadaMu setelah Kau berikan kami petunjuk..
..Ya Allah..
..Jauhkanlah kami dari seksaan api nerakaMu..
..Jauhkanlah kami dari jalan-jalan yang menyesatkan..
..Suluhkanlah jalan-jalan kami dengan cahaya hidayahMu ya Allah..
..Ya Allah..
..Kami insan yang lemah..
..Kuatkanlah hati-hati kami Ya Allah..
..Tetapkanlah pendirian kami Ya Allah..
..Lembutkanlah hati-hati yang berurusan dengan kami Ya Allah..
..Permudahkanlah urusan kami Ya Allah..
..Kau pemilik hati-hati kami Ya Allah..
..Jernihkanlah dan lembutkanlah hati-hati kami..
..Tetapkanlah pendirian kami Ya Allah..

..Ya Allah..
..KepadaMu aku memohon pertolongan..
..Aku serahkan seluruh hatiku padamu Ya Allah..
..Aku serahkan kepada Kau untuk menentukan perjalanan hidupku Ya Allah..
..Aku serahkan kepada Kau untuk melembutkan hati-hati mereka Ya Allah..
..Sebagaimana aku serahkan hatiku padaMu pada awalnya Ya Allah..
..Aku harap sangat kau tak membiarkan hatiku terluka berkali-kali Ya Allah..
..Hanya kepadaMu lah sahaja aku memohon pertolongan..
..Kerana kau Pencipta kami..
..Pemilik hati-hati kami..
..
..Amin-amin Ya Rabbala'laminn..

Sunday, November 8, 2009

Cinta




..Sakitnye cinta..

..Cinta x boleh dipaksa..
..Ia datang tanpa di undang..
..Ia hadir tanpa di minta..
..Bila kita lari, ia akan mengejar..
..Bila kita kejar.. belum tentu kita dapat..
..Ia hadir tanpa diundang..
..Ia pergi tanpa sempat dihalang..
..Sakitnye sebuah percintaan..

..Cinta perlu berjalan seiringan..
..Andai sorang kecundang, cinta x dapat dipertahankan..
..Cinta lahir dari hati..
..Ia hadir walau di halang..
..Ia mekar tanpa dapat ditahan..
..Kadang-kadang layu walaupun disirami madu..
..Kompleknyer cinta..
..Saranghe Muffin Coklat..

Saturday, November 7, 2009

Hanya Padamu




Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Perkenankanlah Doa Kami Ya Allah



Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunkanlah dosa-dosaku..
Ampunkanlah dosa ke dua ibu bapaku..
Ampunkanlah dosa adik beradikku..
Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku..
Ampunkanlah dosa saudara-saudaraku..
Ampunkanlah dosa semua muslimin muslimat..
Samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Ya Allah.. sesungguhnnya kami insan yang lemah..
Terlalu mudah melakukan kesilapan..
Walhal kami tahu,
Tetapi, kami tak mampu melawan nafsu kami..

Ya Allah..
Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami..
Bantulah kami dalam menempuhi pancaroba dunia ini..
Jauhkanlah kami daripada musuh2MU Ya Allah..
Jauhkanlah kami daripada segala sifat buruk..
Kayakanlah kami dengan sifat2 baik..

...Amin-amin Ya Rabbala'laminnn...

Friday, November 6, 2009

Michael Jackson - Earth song



..Cintailah Alam Sekitar..
..Jangan Pentingkan Diri Sendiri..
..Fikirkan Masa Depan Anak-Anak Kita..

Wednesday, November 4, 2009

Asfa & Azad



Tahniah kepada Puan Hasniatul Husna Abu Hussein
yang telah selamat melahirkan bayi kembar pada 15 Oktober 2009 baru2 ni..
Asfa & Azad..

Tahniah Atun, semoga Asfa & Azad akan menjadi anak2 yang soleh..
yang mampu mengembangkan syiar Islam..
seperti yang kite cita2kan zaman kita matrik..
x sangka ek Atun yang dapat baby dulu..
tahniah sangat2..
Love n miss u so much Atun..


Tuesday, November 3, 2009

Hilang Fokus


2 3 hari ni, aku asyik hilang fokus jerk..
segala bende takleh buat..
sebabnya aku x reti nak control stress..
tak cukup tidur.. habis bende effect aku..
akaun aku x dapat buat lagi.. tadi kawan aku tanye sal tudung, tetibe jer aku x ingat "tudung" tu aper..
huhuhuhuhu.. sedihnyer hidup.. kenapalah otak aku jadi lemah macam ni..
keje aku terpaksa settlekan keje yang tak perlu berfikir.. kalau tak, haru jadinya..
Semalam time aku nak masuk office aku,
aku tak nampak pun tempat aku jalan tu licin, sebelum2 ni aku memang cukup berhati2 dengan persekitaran..
ye lah, doctor peribadi aku dah pesan elakkan jatuh..
tapi tulah.. otak aku lembab.. so aku jatuh lagi..
tapi alhamdulillah aku sempat bertahan, xla jatuh teruk..
kalau tak maybe aku terpaksa ditahan di ward..
dah ade pengalaman jatuh, so time nak jatuh tu reti control badan :P




ni lah tempat aku jatuh pagi tu, mujur aku org yg terawal datang..
time aku jatuh tu, ader sorang budak syarikat sebelah syarikat aku dah datang..
die la tolong aku.. huhuhu.. tq ek..
Kalau aku tersalah sikit jerk, kemungkinan aku akan jatuh dalam longkang besar kat tepi tu..
xleh nak bayangla.. mintak jauh..




Tempat aku jatuh daripada pandangan pintu office aku.. hik hik hik..




Dulu aku jatuh kat sini.. pagi2 tu time aku datang office,
aku main redah jerk masuk office.. terus tersungkur kat situ dengan beg2 aku..
huhuhuhu..
habis lutut aku berdarah.. :P
Tapi best jugak jatuh.. ;)

p/s : sape tahu bagaimana nak hilangkan tekanan?



Monday, November 2, 2009

Sad Korean Song




Aku x tahu tajuk lagu ni..
Dan aku pun tak faham ape maksud lagu ni..
Tetapi lagu ini buat aku menangis teresak2 time Persidangan Penyayang Seluruh Malaysia under Budi Penyayang yang diadakan di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia..
Sedangkan aku dah familiar dengan lagu ni bertahun2..
tetibe jer rasa sebak sangat2.. time aku nangis tu, roomate aku follow aku nangis lak..
semua orang dalam dewan tu tengok kami..
tak tahan beb.. korang tak tahu ape yang aku faham..
korang x faham.. huhuhuhu..
last sekali selepas sedewan tengok kami, kami gelak sakan lak.. sambil bangun keluar dewan..
malu.. dahla aku fasilitator time tu.. kih3x..
Aku nangis time tu sebab aku sebak, mampukah aku untuk berjumpa pasangan seperti lelaki tu..
sebab tu aku nangis semahu2nyer..
Ada ke ek lelaki seperti itu zaman sekarang..
Tetapi kalau ada, adakah aku mampu melihat orang yang tersayang sengsara kerana aku???
oh tidak!!!..
aku bukan sekeji itu..
tapi apa dayaku.. :(