Wednesday, June 30, 2010


Pokok Berlubang di Gunung Berembun..
mcmn pokok ni boleh berlubang ek?
di mana xilem die?
camne die mengangkut air tuk kegunaannya?
kenapa pokok ni jadi macam ni ek?
adakah kerana die dah terlalu tua?

aku jumpe gambor ni kat fb org..
aku main ambik jerk..
moga2 die tak marah..

Tuesday, June 29, 2010

Doa


Terima kasih kepada Fathu dan Kak An untuk gambar dan edit pic ni :D
Dan terima kasih juga kerana memberi keizinan untuk saya menggunakannya di dalam tugasan saya..
Jazakallah..
Semoga Allah membalas kebaikan kalian.. aminnn..

Monday, June 28, 2010

Cara Tuhan Didik Kite

Kita mungkin tidak akan pernah dapat "Terbang"
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan 
Maha Penyayang. 

Kita memohon Kekuatan...Dan Tuhan memberi 
kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijakan... Dan Tuhan memberi 
kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan 
agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran.. .Dan Tuhan 
memberi kita Otak dan Tenaga untuk 
dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai 
kemakmuran.

Kita memohon Keteguhan Hati...Dan Tuhan 
memberi Bencana dan Bahaya untuk diatasi.

Kita memohon Cinta...Dan Tuhan memberi kita
orang-orang bermasalah untuk diselamatkan 
dan dicintai.

Kita Memohon kemurahan/ kebaikan hati...Dan 
Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan 
yang silih berganti. 

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita...

Apakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya 
inginkan, bererti bahwa saya tidak mendapatkan 
segala yang saya impikan? Kadang2 Tuhan tidak 
memberikan apa yang kita minta, tapi yang pasti 
Tuhan memberikan ape yang terbaik untuk kita, 
kebanyakan kita tidak mengerti/ mengenal,
bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, 
padahal itulah yang terbaik untuk kita

Let's Talk Environment

Try jerk..
memasukkan diri di dalam dunia kanak-kanak..
best..
enjoy..
kadang2 org dewasa perlu jadi kanak2..
tapi janganlah jadi kanak2 sokmo..

Sunday, June 27, 2010

SmS oh sMs 2

setelah aku dah 2 3 4 kali kene paw kreadit..
aku pun bertekad nak mencari kebenaran di sebalik tu..
tu pun setelah meluat dah asyik mintak top up rm 3, rm 10..
setelah diselidiki, nombor tu bukan milik kawan aku tu..
no tu dah bertukar tgn dah..
skrg menjadi hak milik budak sekolah..
dan budak sekolah tu menghantar kreadit request kpd semua kwn2 kepada kwn2 aku yg terdapat di dalam friends list nye..
dn semalam, aku dh bg amrn bertulis kat budak tu..
rs teringin je nak kenal mcmn lah rupe budak tu..
kecik2 dah pandai menjatuhkan maruah org lain..
dah pandai mintak2 duit ngn org..
besar2 camne la ek..
anak sapa la tu.. :P

Saturday, June 26, 2010

Contest Mata Menawan

hehehe.. aku kene tag di adik fatin da.. 
join contest mate menawan.. hoho
aku taknak join.. sebab mate aku tak menawan..

tetapi tuk x menghampakan diQ Fatin yg comel itu..
aku nak letak gambar bidadari bermata comel di sini..
cantik :D..


hihihi.. cantik kan? :D

Friday, June 25, 2010

Black & White

Gambar Pertama

cube edit BW..
macam gelap sangatlah pulok..

 
Gambar kedua

ni aku cube cerahkan lagi..
which one is better?

Diam itu lebih baik daripada berbicara.. 
adik aku kate, "dari" hanya digunakan untuk masa dan tempat

Thursday, June 24, 2010

Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu



Yuyin: Bonda, kat tapak kaki Yuyin ni ada syurga tak?
Bonda: Takde, sbb Yuyin tak ada anak lagi.
Yuyin: Tapak kaki bonda ada syurga ke?
Bonda: Ada, ada dua. Satu untuk Yuyin, satu lagi untuk adik.
Yuyin: Macam mana yuyin nak masuk syurga tu?
Bonda: Kalau Yuyin buat baik pada bonda, dengar cakap bonda, tak degil, nnt bleh masuk syurga.
Yuyin: Hahaha..macam manalah nak masuk dalam tapak kaki.

p/s : ni cerite anak roomate USM aku, merangkap senior aku..
kelakar citer tntg anak2 die..
comel..


"Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah"

Wednesday, June 23, 2010

Dalam hidup ini..
kite sukar sgt nak membezakan mana yang betul..
mana yang silap..
kdg2 kite confuse untuk mencari di manakah sebuah kebenaran..
Kite sukar tuk membezakan yg manakah yg baik dan yang manakah sebaliknya..
kadang2 kite bernasib baik kerana membuat pilihan yang tepat..
dan kadang2 keputusan yg kite buat tersasar jauh daripada kebenaran..

Setiap hari kite cube untuk menjadi yang baik..
Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik..
Walaupun hakikatnya memang sukar tuk digapai oleh seorang manusia..
Kite berusaha tuk membahagiakan semua org..
sehingga kdg2 kite terpaksa berkorban jiwa..
Tetapi kite tak sedar, 
walaupun kite berusaha keras, 
belum tentu dengan cara kite tu,
kita telah dan berjaya membuat seseorang bahagia..

Tuesday, June 22, 2010

Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak


 
"Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
Al Baqarah : 67
 
Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.
 
Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesucinnya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.
 
Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja. 
 
Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.
Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.
 
“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”
 
Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.
 
Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam  yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”
 
Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:
 
“Wahai anakku,  ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."
 
Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” 
 
Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.

Monday, June 21, 2010

SmS oH sMs

Aku kenal sorang budak pompuan ni lebih kurg sebulan yg lalu..
baik sangat.. tutur kata lembut.. memukau setiap kalbu.. tak heranlah kalau SU ku telah terjatuh hati kat budak pompuan nih.. 
nak dijadikan cerite, kami pun bertukar2 no tepun..
malam tu kami msg2 jap.. aku layan jer walaupun sebenarnye aku mmg agak malas bermain dengan handset ni.. apatah lagi nak message2.. 
malam tu je la aku layan, selepas pd tu aku lgsung tak layan.. :P
kemudian 2 3 hari lepas, SU persatuan telefon aku nak mintak tlg aku tlg budak ni..
semalam aku pun sms die.. dengan hati yg tulus ikhlas untuk cube menolong.. sebab kata org, tolong org dapat pahala.. (niat nak kumpul pahala byk2 la ni)

aku tunggu die balas, die tak balas.. 
aku sms lbh kurg kul 5 ptg..
tutp2 lps maghrib nombor die mintk top up..
aku pun sharelah dengan rela hati..
tapi, pertanyaan aku langsung tak di balas..
aku ok lagi.. sebab kepala aku pun sbnrnye sdg pening sebab kene hujan..

lebih kurg kul 9, nombor yg tak dikenali mintk kreadit lagi..
hohoho.. aku ignore, tapi selepas ignore beberapa minit.. aku terlintas kot2 budak ni terdesak..
aku msg, tanye saper.. kemudian die kata die budak pompuan tu, dan nak mintk top up lagi..
tadi die bgtahu die mintk share dengan no adik die.. dan ni untuk no die lak..
hehehe.. :P.. 
aku sabar lagi.. dalam hati terfikir.. aku ni ape ek..
takpelah.. aku share.. (tunjuk baiklah konon, nk dapatkan pahala :D)

lps tu, lbh kurg kul 10, time aku baru je nk bukak pc nak buat assigment.. die message lagi ngadu yg die mintak aku top upkan die.. hohoho.. aku pun dengan panas hati (dah tak ikhlas, yg ni aku yakin mmg takde pahala, malah dosa aku dapat..) terus forward message tu kat SU persatuan suh die beli kreadit.. :P..
dan aku masukkan pada die..

hehehe.. ikhlas dah takde dah.. 
aku sebenarnye menunggu jawapan kepada soalan aku yg mule2 tadi.. 
sampai pagi ni.. top up entah berapa kali die mintak.. soalan aku masih belum terjawab..
aku bodoh sangat ke ek.. ke baik sangat.. 
patutlah ade org kate ke aku..
"aku yg benarkan org ambil kesempatan kat aku"
memang bodoh betul bendullah aku raser..
dengan niat nak tolong..
tp rasa diperbodoh terang2..

sekarang pahal entah kemana.. assigment aku entah kemana.. yang pasti, kepala aku yg pening ni dah berasap..
hehehehe.. bukan senang kepala aku nak berasap.. 
xpe.. sabau2..

Saturday, June 19, 2010

kreadit for him : http://www.flickr.com/photos/fathu1010/

p/s : macam air tumpah jer ni, x edit ek? :P

Mengapa Mengeluh?

 Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 12)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar


    "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)



Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Friday, June 18, 2010

Depan Rumah

bermain ngn topaz

 

Gambar original

TQ Nisya

Ni gambar Nisya edit..


Gambar pertama
Gambar kedua


p/s : tQ ummu Fakrudin.. nanti ajar eizza ek.. jazakillah..

Thursday, June 17, 2010

Try Sekali Lagi (gambar yg sama)

Try lagi skali gambar yang sama..
buat release tension malam ni..
tapi nampak lagi keras dari yang kak an buat..
takpe.. nak cube lagi..


Gambar ni pula setelah ditambah saturation, sebab ana abdullahi kate kaler ija ngn biru dok berapa jadi.. suram..


Yang ni yang original :


Nota untuk kak an :

TQ Kak An sebab ajar izza.. ade org tu kan.. die cakap " ada hati nak belajar topaz, fotoshop pun tak reti lagi".. huhuhu.. bukan die nak ajar.. die menganjing jer memanjang.. sedih tul hati ini..

Wednesday, June 16, 2010

WoRdS Of WiSdOm



Tudung pada wajah, 
jangan sampai mengundang fitnah, 
kecantikan buat suami, bukan pameran ajnabi, 
tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki selain muhrimnya, 
solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang, 
tudung pada suara, jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona, 
tudung pada hati, ingat ALLAH, SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILALLAH, ALLAHUAKHBAR..


muslimah,
pabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panah syaitan,
pabila teruna mendekati selangkah kau berundur beribu langkah,
pabila teruna memujuk rayu kau anggap itulah kalimah iblis syaitan,
pabila teruna menutur harapan indah,
dikau yakin janjiNYA lebih bahagia di sana.
kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati,
iman yg hakiki, yg tidak semurah itu..


Sayangkan ALLAH banyakkan BERZIKIR...
sayangkan RASUL banyakkan SELAWAT...
sayangkan AKHIRAT ingatkan MATI...
sayangkan DUNIA banyakkan ISTIGHFAR...


p/s : sy dpt poem ni time jln2 kt alm maya nih.. tak tahu hak milik siapa..

Tuesday, June 15, 2010

Message yang Mengejutkan Aku

2 3 hari ni aku agak kelam kabut buat statistik untuk present kat YB Razif 17 hb ni.. Kepenatan baru pulang dari Johor masih terasa.. Semua bende aku abaikan.. lepas balik keje jer tidur.. badan penat.. jiwa penat.. kepenatan aku takdelah sampai membuatkan aku marah orang.. masih mampu dicontrol..

Tapi tengahari tadi.. lunch hour.. aku duyk relax2 depan pc.. tup tup aku dapat message dari mobile aku..

"Salam. Aishah telah kembali ke rahmatullah pd jam 11 pagi tadi setelah koma sejak kemalangan semalam.. kepada yg mengenalinya dimohon menghadiahkan al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat.."

Menggigil lutut aku membaca message ni.. terhenti sekejap degupan jantung aku.. mana taknya, dia seorang yang baik sangat.. dialah yang selalu tolong aku.. seorang yang banyak memberi sumber inspirasi pada aku untuk meneruskan hidup. Aku tak tahu nak bayangkan perasaan aku tadi.. gementar tangan aku mendail nombor telefonnya, sambil membaca ayat kursi untuk menenangkan hati aku yang degupannya dapat didengari oleh telingaku sendiri..

Setelah menunggu beberapa ketika, panggilanku disambut.. terdengar suara seorang perempuan menyambutnya.. terketar-ketar aku menyusun kata-kata.. hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku tadi.. setelah aku berjaya menyusun kata-kataku.. dan setelah die memperkenalkan dirinya sebagai makcik Aishah.. tetiba die ketawa berdekah-dekah di hujung talian..

Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku tadi.. rasa kepanasan hati aku.. kalau tadi mukaku pucat, sekarang dah berapi.. rasa nak maki hamun jerk.. kalau aku tak waras, aku dah maki hamun dah.. tetapi aku masih di bawah pemikiran rasional.. aku mendiamkan diri dan membiarkan die menerangkan situasi sebenar.. tetapi tahap kesabaran aku semakin menipis.. sebelum aku memaki hamun dia, baik aku mematikan talian..

Sampai sekarang aku ignore dia.. perasaan aku masih berasap menahan kemarahan.. malas aku layan manusia mcm tu.. sakit hati aku.. takde bende lain ke nak bergurau.. alasannya adalah ingin menguji aku menyayangi die atau tak.. alasan bodoh dan tak logik.. mood aku memang betul2 lari sampailah sekarang.. sampai sekarang aku belum makan lagi.. huhuhu.. tension tul aku..

Fadhilat Bulan Rejab







Artikel ini dipostkan di atas permintaan. Izza takut nak post sesuatu yang berkaitan dengan agama, dibimbangi menyebarkan maklumat salah memandangkan kekurangan pengetahuan di dalam ilmu agama. Jika artikel yang izza post ni terdapat kesilapan, sila perbetulkan.


Tidak ada dalil daripada hadis sahih berkenaan fadhilat puasa pada bulan Rejab. Keistimewaan bulan Rejab ialah tergolong daripada bulan-bulan haram seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Walau bagaimanapun, fadhilat mengenai puasa bulan Rejab kebanyakannya bersumberkan hadis dhaif atau maudhu' (palsu). Walaupun hadis mengenai fadhilat berpuasa dibulan Rejab terdiri daripada hadis dhaif dan palsu, tetapi ia tidak membawa kepada larangan berpuasa sunat dalam bulan Rejab. Rasulullah saw berpuasa dalam bulan Rejab berdasarkan hadith ini :

Usman bin Hakam Al Ansori berkata:

"Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab."

Beliau (Sa’id ) menjawab:

"Saya telah mendengar Ibnu Abbas ra berkata: 

Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. 

– Riwayat Muslim.

Hati-Hati Dengan Fadhilat. Kita biasa mendengar mengenai Fadhilat, namun usahakanlah untuk merujuk terlebih dahulu daripada mana sumber hadis Fadhilat itu didapati. Apakah pula taraf hadis tersebut? Namun perlu diingatkan, sesetengah hadis dhaif masih boleh diguna pakai sebagai Fada'ilil Amal (fadilat-fadilat amalan) atas beberapa ciri seperti tidak bertentangan dengan syarak dan lain-lain lagi.

Bagi yang kuat menjaga kesucian hadis, janganlah pula meletakkan kata putus bahawa haram berpuasa pada bulan Rejab, atas dhaif dan palsunya hadis FADHILAT puasa Rejab. Harus diingat, terdapat juga sumber hadis sahih yang menyatakan Rasulullah sendiri berpuasa dalam bulan Rejab.

Cuma jika hadis tersebut bertaraf MAUDHU', janganlah pula kita dengan suka hati menyebarkannya. Kerana ia boleh tergolong dalam perkara BERDUSTA TERHADAP RASULULLAH SAW.

Untuk hadis dhaif, ini memerlukan sedikit kajian kerana taraf dhaif ini kadang kala berpunca daripada perawi hadisnya, namun tidak menafikan bahawa ia berasal daripada Rasulullah saw. Ia hanya tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam. Berhati-hatilah dalam menangani isu hadis Fadhilat ini.

Kalau ingin keterangan lanjut, boleh terus mengklik di blog ini memandangkan izza mengambil maklumat dan mengedit dari sini. Jazakallah..

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/06/fadilat-puasa-bulan-rejab-siri-1.

Sunday, June 13, 2010

Percubaan Gambar Pertama

Gambar original :


Percubaan pertama :


Percubaan kedua :


Percubaan ketiga :


Ni gambar kak an edit.. TQ kak an..
camne iza leh jd panda camni ni..
huhuhu


Friday, June 11, 2010

ni gambar original dari kamera coolpix saya.. tanpa diedit.. langit berwarna warni..

Ni pemandangan time aku baru balik dari office.. jam 0745
aku sempat snap dari dlm kereta..
cantik sangat..


Tok Batin Klon dari Hopital Sultanah Nur Zahirah

Klon 1

Klon 2

Klon 3

Baru ni aku gi Hopital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu..
Ade meeting dengan Dr. Tajuddin n kawan2 seangkatan..
Selepas kata-kata aluan dari Dr. Tajuddin, ade sesi pembentangan..
Presentor die macam aku kenal.. :P.. sebijik macam Tok Batin Kemaman..
Time die duk present tu, aku asyik snap muke die jerk..sampai die tersengih-sengih control malu..
.. aku tak perasan ko malu.. lain kali wat dhek dah la.. 
Time tu die dah tergagap2 nak present disebabkan aku.. muehehehe.. so aku simpan kamera comel aku nih..
xpe, ade mase aku snap lagi..

Time dah habis perbincangan, aku turun dulu tunggu kawan aku kat parking, time aku tunggu tu aku nampak sekumpulan lelaki duk berkumpul di satu sudut di luar perkarangan hopital sedang melambai2 ke arahku..

la sudah.. Tok Batin klon.. huhuhuhu.. 
aku pun pergi jelah.. kalau nak marah, aku bgtahu lah yg muke die sebijik mcm kawan aku.. huhuhu..
hehehehe..
mujur die tak marah..
sampai jerk, aku terus mohon maaf dan bagitahu kenapa dan mengapa aku dari td duk snap gambar die jerk.. :P..
mujur die memahami kepoyoan dan kenakalan aku.. muehehe..
lain kali kalau ade perjumpaan lagi, akan aku snap lagi.. muehehehe.. 
tunggu yer tok batin klon..


Thursday, June 10, 2010

Kuih Ubi Kayu Tumbuk


kuih ubi gaul nyior hasil usaha kakna dan mat.. hehehehe
comel lote-lote

ni lah hasilnye kuih mat.. :P 
bulat gaul nyior..

Selamat Pengantin Baru


Sibuk menandatangani surat nikah..


Masing2 menandatangi surat nikah sebelum diijab kabulkan..


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. sah menjadi suami isteri .. :D

Curi gambar org jer lah :D
Mintak2 tuan die x marah..

Tuesday, June 8, 2010

Bosan

Saturday, June 5, 2010

Ciri-Ciri Wanita Solehah



CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH:-

1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama~
"Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama"

6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha' (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian~
"Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga"
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: "Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri... Tak ingat nak balik rumah... Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan... Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!"Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu~
"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain" (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,"Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama". Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,"Sebab itulah burung itu dapat bersatu".

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.


18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai 'body language' yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)

note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

Doaku



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin...

Pemandangan Marang


Photographer : FathuMohamad

Ibadah 600 Tahun Pun Tidak Layak Masuk Syurga

Dipetik dpd satu ceramah oleh ustaz Dato Ismail Kamus:

Seorang ahli ibadah yang hidup selama 600 tahun telah menghabiskan seluruh hayatnya beribadah dan beramal soleh semata-mata dan meninggalkan semua kesenangan dunia.

Setelah dia meninggal dunia, Allah memerintahkan Malaikat supaya memasukkan ahli ibadah itu ke dalam syurga atas rahmat-Nya (Allah).

Ahli ibadah itu enggan masuk ke syurga atas rahmat Allah, sebaliknya meminta dia dimasukkan ke dalam syurga kerana ganjaran daripada amal ibadat yang telah dilakukannya selama hayatnya 600 tahun itu.

Atas permintaan itu, Allah memerintahkan Malaikat menimbang amalan yang dilakukan oleh ahli ibadah itu untuk dibandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya ketika di dunia dahulu. Setelah ditimbang, didapati pahala amalannya itu nilainya hanya untuk satu biji matanya sahaja. Oleh itu, Allah memerintahkan Malaikat supaya menghumbankan ahli ibadah itu ke neraka.

Mendengar itu, Ahli ibadah itu merayu supaya dia dimasukkan ke syurga atas RAHMAT ALLAH, bukan atas ganjaran daripada amal ibadah yang pernah dilakukannya.

Moral of the story:

Kalau ahli ibadah yang beramal dan meninggalkan kesenangan dunia selama 600 tahun itu pun tak layak masuk ke syurga atas amalannya, bagaimana kita?

Oleh itu, kita beribadah biarlah ikhlas, untuk mencari keredhaan Allah dan tanda syukur dan terima kasih kepada-Nya. Kita boleh berdoa dan mengharap Allah memberi rahmat-Nya dan memilih kita sebagai antara hambanya yang mendapat syurga, tetapi jangan sesekali menganggap ibadat kita adalah penyebab ke syurga...(iktibar untuk semua , terutama diri sendiri).


sumber : forwarded email

Thursday, June 3, 2010

Hukum Hudud

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa aku suke kambing???

Kenapa ek aku suke kambing?
Rama orang tanye kenapa aku suke kambing..
Sehinggakan kalau beli ape2pun mesti ade perkataan kambing..
Pencuci muka susu kambing..
Mandian susu kambing..
Pelembab susu kambing..
Ni sedang mencari ubat gigi susu kambing..
Ade ke ek?

hehehe..
ape ape je lah..
yang pasti aku suke kambing..
:D..
aku x kisah pun org panggil aku kambing..
muehehehe..
sebab kambing itu adalah comel..


My SweetHeart


Ni gambar kambing dr flickr dr Ali..
TQ Dr. sebab izinkan eizza upload kat sini..
comellah kambing nim.. 
:D

http://farm3.static.flickr.com/2776/4082238517_a96c5098f9.jpg

Kucing


Gambar kucing yang diambil oleh Dr. Ali..
Comel jerk..
Bila lak Dr. Ali nak ambik gambar kambing ek?
:P :P :P