Thursday, June 17, 2010

Try Sekali Lagi (gambar yg sama)

Try lagi skali gambar yang sama..
buat release tension malam ni..
tapi nampak lagi keras dari yang kak an buat..
takpe.. nak cube lagi..


Gambar ni pula setelah ditambah saturation, sebab ana abdullahi kate kaler ija ngn biru dok berapa jadi.. suram..


Yang ni yang original :


Nota untuk kak an :

TQ Kak An sebab ajar izza.. ade org tu kan.. die cakap " ada hati nak belajar topaz, fotoshop pun tak reti lagi".. huhuhu.. bukan die nak ajar.. die menganjing jer memanjang.. sedih tul hati ini..

Wednesday, June 16, 2010

WoRdS Of WiSdOm



Tudung pada wajah, 
jangan sampai mengundang fitnah, 
kecantikan buat suami, bukan pameran ajnabi, 
tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki selain muhrimnya, 
solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang, 
tudung pada suara, jangan dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona, 
tudung pada hati, ingat ALLAH, SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILALLAH, ALLAHUAKHBAR..


muslimah,
pabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panah syaitan,
pabila teruna mendekati selangkah kau berundur beribu langkah,
pabila teruna memujuk rayu kau anggap itulah kalimah iblis syaitan,
pabila teruna menutur harapan indah,
dikau yakin janjiNYA lebih bahagia di sana.
kerana kau mengerti & menyedari akan erti maruah peribadi sejati,
iman yg hakiki, yg tidak semurah itu..


Sayangkan ALLAH banyakkan BERZIKIR...
sayangkan RASUL banyakkan SELAWAT...
sayangkan AKHIRAT ingatkan MATI...
sayangkan DUNIA banyakkan ISTIGHFAR...


p/s : sy dpt poem ni time jln2 kt alm maya nih.. tak tahu hak milik siapa..

Tuesday, June 15, 2010

Message yang Mengejutkan Aku

2 3 hari ni aku agak kelam kabut buat statistik untuk present kat YB Razif 17 hb ni.. Kepenatan baru pulang dari Johor masih terasa.. Semua bende aku abaikan.. lepas balik keje jer tidur.. badan penat.. jiwa penat.. kepenatan aku takdelah sampai membuatkan aku marah orang.. masih mampu dicontrol..

Tapi tengahari tadi.. lunch hour.. aku duyk relax2 depan pc.. tup tup aku dapat message dari mobile aku..

"Salam. Aishah telah kembali ke rahmatullah pd jam 11 pagi tadi setelah koma sejak kemalangan semalam.. kepada yg mengenalinya dimohon menghadiahkan al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat.."

Menggigil lutut aku membaca message ni.. terhenti sekejap degupan jantung aku.. mana taknya, dia seorang yang baik sangat.. dialah yang selalu tolong aku.. seorang yang banyak memberi sumber inspirasi pada aku untuk meneruskan hidup. Aku tak tahu nak bayangkan perasaan aku tadi.. gementar tangan aku mendail nombor telefonnya, sambil membaca ayat kursi untuk menenangkan hati aku yang degupannya dapat didengari oleh telingaku sendiri..

Setelah menunggu beberapa ketika, panggilanku disambut.. terdengar suara seorang perempuan menyambutnya.. terketar-ketar aku menyusun kata-kata.. hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku tadi.. setelah aku berjaya menyusun kata-kataku.. dan setelah die memperkenalkan dirinya sebagai makcik Aishah.. tetiba die ketawa berdekah-dekah di hujung talian..

Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku tadi.. rasa kepanasan hati aku.. kalau tadi mukaku pucat, sekarang dah berapi.. rasa nak maki hamun jerk.. kalau aku tak waras, aku dah maki hamun dah.. tetapi aku masih di bawah pemikiran rasional.. aku mendiamkan diri dan membiarkan die menerangkan situasi sebenar.. tetapi tahap kesabaran aku semakin menipis.. sebelum aku memaki hamun dia, baik aku mematikan talian..

Sampai sekarang aku ignore dia.. perasaan aku masih berasap menahan kemarahan.. malas aku layan manusia mcm tu.. sakit hati aku.. takde bende lain ke nak bergurau.. alasannya adalah ingin menguji aku menyayangi die atau tak.. alasan bodoh dan tak logik.. mood aku memang betul2 lari sampailah sekarang.. sampai sekarang aku belum makan lagi.. huhuhu.. tension tul aku..

Fadhilat Bulan Rejab







Artikel ini dipostkan di atas permintaan. Izza takut nak post sesuatu yang berkaitan dengan agama, dibimbangi menyebarkan maklumat salah memandangkan kekurangan pengetahuan di dalam ilmu agama. Jika artikel yang izza post ni terdapat kesilapan, sila perbetulkan.


Tidak ada dalil daripada hadis sahih berkenaan fadhilat puasa pada bulan Rejab. Keistimewaan bulan Rejab ialah tergolong daripada bulan-bulan haram seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Walau bagaimanapun, fadhilat mengenai puasa bulan Rejab kebanyakannya bersumberkan hadis dhaif atau maudhu' (palsu). Walaupun hadis mengenai fadhilat berpuasa dibulan Rejab terdiri daripada hadis dhaif dan palsu, tetapi ia tidak membawa kepada larangan berpuasa sunat dalam bulan Rejab. Rasulullah saw berpuasa dalam bulan Rejab berdasarkan hadith ini :

Usman bin Hakam Al Ansori berkata:

"Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab."

Beliau (Sa’id ) menjawab:

"Saya telah mendengar Ibnu Abbas ra berkata: 

Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. 

– Riwayat Muslim.

Hati-Hati Dengan Fadhilat. Kita biasa mendengar mengenai Fadhilat, namun usahakanlah untuk merujuk terlebih dahulu daripada mana sumber hadis Fadhilat itu didapati. Apakah pula taraf hadis tersebut? Namun perlu diingatkan, sesetengah hadis dhaif masih boleh diguna pakai sebagai Fada'ilil Amal (fadilat-fadilat amalan) atas beberapa ciri seperti tidak bertentangan dengan syarak dan lain-lain lagi.

Bagi yang kuat menjaga kesucian hadis, janganlah pula meletakkan kata putus bahawa haram berpuasa pada bulan Rejab, atas dhaif dan palsunya hadis FADHILAT puasa Rejab. Harus diingat, terdapat juga sumber hadis sahih yang menyatakan Rasulullah sendiri berpuasa dalam bulan Rejab.

Cuma jika hadis tersebut bertaraf MAUDHU', janganlah pula kita dengan suka hati menyebarkannya. Kerana ia boleh tergolong dalam perkara BERDUSTA TERHADAP RASULULLAH SAW.

Untuk hadis dhaif, ini memerlukan sedikit kajian kerana taraf dhaif ini kadang kala berpunca daripada perawi hadisnya, namun tidak menafikan bahawa ia berasal daripada Rasulullah saw. Ia hanya tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam. Berhati-hatilah dalam menangani isu hadis Fadhilat ini.

Kalau ingin keterangan lanjut, boleh terus mengklik di blog ini memandangkan izza mengambil maklumat dan mengedit dari sini. Jazakallah..

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/06/fadilat-puasa-bulan-rejab-siri-1.

Sunday, June 13, 2010

Percubaan Gambar Pertama

Gambar original :


Percubaan pertama :


Percubaan kedua :


Percubaan ketiga :


Ni gambar kak an edit.. TQ kak an..
camne iza leh jd panda camni ni..
huhuhu


Friday, June 11, 2010

ni gambar original dari kamera coolpix saya.. tanpa diedit.. langit berwarna warni..

Ni pemandangan time aku baru balik dari office.. jam 0745
aku sempat snap dari dlm kereta..
cantik sangat..


Tok Batin Klon dari Hopital Sultanah Nur Zahirah

Klon 1

Klon 2

Klon 3

Baru ni aku gi Hopital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu..
Ade meeting dengan Dr. Tajuddin n kawan2 seangkatan..
Selepas kata-kata aluan dari Dr. Tajuddin, ade sesi pembentangan..
Presentor die macam aku kenal.. :P.. sebijik macam Tok Batin Kemaman..
Time die duk present tu, aku asyik snap muke die jerk..sampai die tersengih-sengih control malu..
.. aku tak perasan ko malu.. lain kali wat dhek dah la.. 
Time tu die dah tergagap2 nak present disebabkan aku.. muehehehe.. so aku simpan kamera comel aku nih..
xpe, ade mase aku snap lagi..

Time dah habis perbincangan, aku turun dulu tunggu kawan aku kat parking, time aku tunggu tu aku nampak sekumpulan lelaki duk berkumpul di satu sudut di luar perkarangan hopital sedang melambai2 ke arahku..

la sudah.. Tok Batin klon.. huhuhuhu.. 
aku pun pergi jelah.. kalau nak marah, aku bgtahu lah yg muke die sebijik mcm kawan aku.. huhuhu..
hehehehe..
mujur die tak marah..
sampai jerk, aku terus mohon maaf dan bagitahu kenapa dan mengapa aku dari td duk snap gambar die jerk.. :P..
mujur die memahami kepoyoan dan kenakalan aku.. muehehe..
lain kali kalau ade perjumpaan lagi, akan aku snap lagi.. muehehehe.. 
tunggu yer tok batin klon..


Thursday, June 10, 2010

Kuih Ubi Kayu Tumbuk


kuih ubi gaul nyior hasil usaha kakna dan mat.. hehehehe
comel lote-lote

ni lah hasilnye kuih mat.. :P 
bulat gaul nyior..

Selamat Pengantin Baru


Sibuk menandatangani surat nikah..


Masing2 menandatangi surat nikah sebelum diijab kabulkan..


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. sah menjadi suami isteri .. :D