Sunday, January 31, 2010

Katak Oh Katak

Sesetengah orang takut katak..
Tetapi aku x pernah takut katak..
Kataklah teman sepermainan aku zaman aku kanak-kanak..
Comel..
Dari aku kecil sampai aku dah besar panjang ni..
Aku suka katak..
Cita-cita aku nak kawin ngn putera katak..
ngeh ngeh ngeh


Comel tak katak ni?
Biasanya katak yang warna warni ni beracun..
so berhati-hati..


Katak ape ntah ni..
katak ni sure beracun..
Salah satu cara untuk melindungi diri..


Comelnyer.. katak belang-belang..
Kalau kulitnye buat kasut ok jugak..
hik hik hik..


Chomeynye.. macam aku jerk..


Ni katak pisang..
Katak ni la time aku kecil2 dulu aku kejar keliling padang..
Time die melompat tu, die keluarkan air kencing..
Suka jer tengok..
Bila mak tengok, terus aku dimarahi..
hehehehe..
Best jerk kawan ngan katak..
..x disakiti dan menyakiti kiter..


ni aku jumpe kat youtube..
:D..
Tapi cara ni salah..
Jangan buat rujukannye adik2..


Saturday, January 30, 2010

La Tahzan Putri Isyrak

 

Dont be sad Putri..
Biarkan orang membenci kita..
Jangan Allah bencikan kita..

Jangan menangis kerana dibenci orang..
Tetapi menangislah andai dibenci Allah..

Jangan sedih kerana orang yang kita sayang x menyayangi kita..
Tetapi sedihlah kerana tidak mendapat kasih sayang Allah..

p/s :ayat ape merepek nih..
esok aku edit balik..
otak aku biol sekarang..
esok aku edit :P 
peace..

Kasihan kat Husna

Kesian lak kat Husna..
Hari ni seharian die duk ngan aku..
Lepas satu-satu die usik barang2 aku..
Lepas die main2 kat luar.. die duk bolak balik kat dalam rumah..
Penat die duk ulang-alik,
Die selongkar beg2 aku, selongkar almari aku..
Aku lak diam jerk..
Sambil2 duk depan pc..
Hehehe.. makcik ape ntah macam nih..
Last2 sekali die pakai tudung aku..
Mintak aku pakaikan tocang kat die..
Aku ingatkan die nak main masak2..
Siap pakai tudung semua..
Dia pun mintak izin nak tido atas katil..
Ni la lagak budak kecik nih..
 
Bolak balik atas katil sambil main handset aku..

 
Comel jer kan?
  
Mata dah mula kuyu dah..

 Ni dah mula nak tido.. tudung aku die dah sangkut..

 
Alhamdulillah..dah tido.. shhhhhh ...
aku nak die tido sampai petang karang..
Ngeh3x..
 
Bila tengok die tido..rasa nak tido jugak..
bye bye korang..
aku nak tido.. tata.. :D


Friday, January 29, 2010

BUNGA YANG CANTIK JARANG WANGI BAUNYA!



'Pilih' Bukan 'Memilih'

Kalau soal memilih pasangan, lelaki kadangkala memasang ego yang tinggi. Kalau boleh saya katakanlah untuk bujang-bujang di luar sana yang sama seperti saya ini sebagai ‘berlagak macho’ atau ‘menjual mahal’. Mana tidaknya, mahunya kepada wanita-wanita yang perfect sahaja, dari atas sampai ke bawah semua mestinya ‘lengkap’, hendak yang cantik-cantik, yang baik budi dan lain-lain sifat peribadi yang menepati citarasa seorang lelaki. Hanya mahu citarasa diri sahaja perlu dituruti, kalau tiada ciri-ciri tersebut, wanita bakal berhadapan dengan situasi direject!

Dasyatkan lelaki ini? nanti sekejap ya, para bujang semua jangan marahkan saya dahulu. Kerana apa yang saya katakan tadi ada juga benarnya. Jika tidak masakan ada lelaki yang sanggup mempermainkan cinta:

‘Akhir zaman perempuan sudah ramai. Tak perlu takut kalau tak dapat, cari saja yang lain’

‘Aku bukan serius sangat pun dengan Farah, kau tahu tak? Aku anggap macam kawan biasa. Aku belum jumpa lagi perempuan yang sesuai dengan jiwa aku ni’

‘Bulan lepas dengan Nadia, bulan ni dengan Khatty, bulan depan dengan siapa pula? Apa nak jadi dengan kau ni Faris?’

Wahh! Egokan lelaki? Jika anda menyerahkan bab memilih kepada lelaki, datanglah berjuta-juta bidadari pun kepada mereka, lelaki belum tentu menjumpai bidadari yang berkenan di hatinya. Bawalah puteri Raja Besiung yang paling anggun, silap hari bulan, kalau hidung puteri itu tak semancung Angelina Jolies, pasti ditolak mentah-mentah oleh yang bernama lelaki. ‘Not my taste’ katanya dengan lagak.

Begitulah lelaki, selagi ada yang sempurna, selagi itu akan dicari, digali dan dipilih-pilih. Apabila sudah menjumpainya dia akan merasa tidak cukup tatkala terpandang kesempurnaan yang lain. Pilih dan terus-menerus memilih. Aduhai lelaki…………

Habis.

Cukup dulu di sini tentang soal perangai lelaki apabila disuruh memilih. Jangan marah ya laki-laki, kerana saya juga lelaki, jadi saya amat mengenali lelaki. ayuh pergi pula kepada apa yang dipilih. Saya ditanya oleh seorang rakan sepengajian soal memilih pasangan yang bagaimana untuk kesesuaian diri. Ciri yang macam mana dikatakan sesuai dan serasi dengan pasangan yang dipilih, dan dari sudut yang mana harus didahulukan dalam perkara memilih pasangan.

‘Kalau datang doktor, cikgu dan ustazah. Mana yang anta pilih?’

‘Ana suka cikgu!’ balas saya ringkas.

‘Kenapa pilih cikgu? Tak pilih ustazah atau doktor?’

‘Cikgu lebih banyak masanya terluang untuk anak-anak berbanding doktor. Anak-anak kan lebih molek ditarbiyyah oleh seorang ibu?’ saya jawab lagi. Dia bertanya lagi.

‘Kalau andaikata emak anta mahukan menantu doktor, anta akan cari? Walaupun doktor itu sibuk kerjayanya?’

‘Begitulah! Redha ayah dan bonda tidak kurang pentingnya. Tetapi kalau sudah ada lampu hijau untuk memilih pasangan dari mak ayah, pilihlah yang mana menjadi kesukaan di hati’ balas saya.

‘Habis mana satu nak dahulukan ya? Macam mana pula kalau pilih doktor? Dia ada ciri muslimah, tapi masalahnya dia bakal berhadapan dengan kesibukkan’

‘Beginilah. Apa pun sudut pemilihan, utamakan akhlaknya (agama)’ itu saja jawapan yang saya mampu berikan.


Akhlak Adalah Pedoman

Ya. ketepikan sebentar nilaian dari segenap material dan subjektifnya. Jangan fikirkan dahulu soal kerjayanya, soal kesibukkan yang bakal dihadapi, soal kecantikkan yang dimiliki. Saya menjamin pemilihan yang mendahulukan kepentingan dari sudut akhlaknya (agama) akan melengkapkan segala bentuk pemilihan. Mari hayati Hadith Nabi ini yang berkata berkenaan petua mencari jodoh:

‘Kahwinilah perempuan-perempuan itu kerana 4 perkara. Kerana kecantikkannya, kerana hartanya, kerana keturunannya. Maka pilihlah ia kerana (kecantikkan) agamanya (akhlak). Maka akan beruntunglah kedua tanganmu’

Saya percaya jika akhlak ini menjadi pendahulu sebagai nilaian yang diutamakan, ia sudah melengkapi separuh daripada aspek pemilihan jodoh, yang tinggal hanya sebahagian lagi untuk dipenuhi. Bagaimana? Contohnya begini.

Kalaupun pasangan yang dikahwini itu tidaklah kaya dan memiliki cantiknya wajah, tetapi cantik dan kayanya dia dari sudut akhlak dapat mengatasi semua aspek tadi. apalah sangat jika kayanya pada harta seorang perempuan itu tetapi dia tidak mampu memberikan manfaat dari sudut kebaikkan. Begitu jugalah pada kecantikkan wajahnya, sejauh mana cantik wajah tadi berupaya mengekalkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat perkahwinan, bunga yang cantik pun akan layu, apatah lagi kecantikkan yang ada pada sebuah kulit.

Rupa yang cantik dan jelita jika selalu ditatap akan bosan juga akhirnya. Kualiti bukan dilihat pada fizikal semata-mata tetapi pada nilai dan harga. Kerana itulah kekayaan harta, ketinggian pangkat, dan lain-lain nilaian material tidak dapat menandingi kuasa sebuah akhlak. Kerana akhlak adalah nilai kepunyaan diri. Saya mahu bertanya, jika anda didatangi dua wanita cantik, seorang baik budi pekertinya dan seorang lagi sebaliknya, di manakah kebijaknsaan anda membuat pilihan? Sudut yang mana menjadi aspek utama pemilihan?

Saya mahu berkongsi dengan teman pembaca semua, bahawa nilai akhlak itu bisa mengatasi semua nilai material yang lain. Cantik wajah akan dikalahkan dengan cantiknya akhlak walaupun dia memiliki kurang kecantikkan. Kekayaan harta juga boleh dikalahkan dengan kekayaan budi walaupun dalam keadaan kemiskinan harta.

Apalah gunanya mempunyai mulut dan bibir yang cantik jika gunanya hanya untuk mengumpat dan mengadu domba. Tiada nilai, apa lagi manfaat.


Tipah Jangan Tertipu Lagi

Jangan mudah terpedaya dengan kecantikkan yang sekejap. Ia tidak kekal dan bukan juga jaminan sebuah kebahagiaan yang hakiki. Tetapi bukan bermakna saya menghalang terus daripada mencari yang cantik-cantik. Carilah, tidak mengapa kerana itu juga berupaya menyumbang kepada kebahagiaan. Sejuk mata memandang akan sejuk juga di hati maka suasana akan menjadi damai. Tetapi jangan sesekali melebihkannya kerana ia tidak kekal. Biarlah wanita itu tidak seayu Kajol dan lelaki tidak setampan Shahrukh Khan yang penting hati akan bahagia sampai ke hari tua kerana tenang akan akhlaknya dan sejuk menjamah budinya.

Kadangkala orang terpengaruh akan kecantikkan, bagi mereka yang cantik itu baik. Akhirnya terus memilih yang cantik. Lalu apa kurangnya pada yang tidak cantik? Ohya, mari saya mahu berpesan kepada sidang, yang cantik wajahnya atau yang hensem rautnya belum boleh dijamin baiknya. Yang hodoh pula belum tentu ia adalah buruk. Kalau anda yang pernah merasai madu, jangan terkejut melihat sarangnya yang hodoh, mungkin anda yang melihat akan berkata kotor! Tetapi lihat saja pada hasilnya, madu bukan saja yang enak, bahkan menjadi penawar kebanyakkan penyakit.

Bunga juga begitu, bukan semua bunga yang cantik wangi baunya. Ada yang tidak berbau bahkan ada juga yang busuk baunya. Saya pernah mencium pada sekuntum bungan Matahari dan Bunga Tahi Ayam, tuhan saja yang tahu ‘wanginya’. Tetapi kalau Bunga Cinta Lestari, itu saya tidak tahu bagaimana, tanyalah pada Asyraf Sinhclair.

Dulu saya juga begitu, teringin juga mahu mencari yang cantik-cantik. Saya sangka cantik bisa memberi ruang untuk kebahagiaan. Tidak mengapalah, saya sudah melupakan semua itu, cantik atau sebaliknya bagi saya sama sahaja, yang terbaik bagi saya adalah pada budi dan akhlaknya. Saya suka yang itu. Yang penting dia bakal membahagiakan KEHIDUPAN saya dengan kekayaan budi yang ada padanya.

saya mahu merasai hidup dalam suasana harmoni kerana kaya akan budi pekerti, anda juga perlu begitu saya kira. Saya berani menjamin anda tidak akan kecewa. Budi itu akan disimpan walaupun pemiliknya sudah ‘pergi’ meninggalkan kita. Begitulah yang ada pada Nabi yang bernama MUHAMMAD saw. Ada serangkap pantun yang saya ambil daripada Tuan Guru Nik Aziz, walaupun agak menyindir tetapi kias maknanya, dengarkan;

‘Apa guna berkain Batik,
jika labuh berbayang-bayang,
apa guna beristeri cantik,
jika subuh tidak sembahyang’

Terserahlah sekarang, pilihan di tangan anda.


dipetik dari : http://afiqsaleh.blogspot.com

Thursday, January 28, 2010

Aku Merindu Kalian..


 Siti Khairiah dan Seri Rahayu.. kangan bangat sama kamu dong..


Dimanakah korang semua???




Bergambar di hadapan Pulau Jerjak.. :D
Sorry malas nak edit gambar.. air tumpah no kat belakang tu..
xpe, xde photographer nak masuk blog aku :P

p/s : kenapa ek aku leh berubah tahap mendadak camnih..
huhuhu.. Ya Allah, jagalah perubahan aku nih..
jangan Engkau biarkan aku semakin jauh dan jauh ..
Aminn..

Jom Jadi Mukmin Profesional

Menarik sungguh isu Solusi ke-13 yakni tentang MUKMIN PROFESIONAL..Saya dan suami memang tidak pernah ketinggalan memiliki majalah Solusi sejak dari keluaran pertama. Alhamdulillah..ternyata majalah ilmiah itu amat bermanfaat segenap ruang aspek..Bagi sahabat dan sesiapa yg belum pernah membacanya, cubalah cari..pasti kalian teruja utk terus mendapatkannya.

Selalu saya ingatkan kpd anak didik..bahawa kita yg beragama Islam ini membawa imej agama..maka tidak sempurnalah ilmu tanpa amal kerana ramai yg bijak pandai dan profesional tetapi masih alpa dgn syariat..malah ada juga nampak warak dari segi fizikal tetapi tidak profesional dlm tugasnya (yakni melakukan sesuatu kerja dgn tidak menepati piawaian yg sebenarnya) dan kdg2 dua situasi inilah yg membawa kpd pandangan negatif kepadaumat Islam..maka, janganlah kita tergolong dlm mereka yg berada dlm dua situasi ini.

Siapakah mukmin profesional?? Mereka yg berkemampuan menyepadukan pelaksaan fardhu ain dan fardhu kifayah, tanggungjawab hamba dgn khalifah, kesinambungan ilmu naqli dan 'aqli, kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir(kecanggihan teknologi) dalam kehidupan.

Nabi Muhammad SAW qudwah terbaik seorg mukmin profesional.
Keunggulan Rasulullah SAW wajarlah dikaji dari seluruh aspek..bukan sekadar melihat ibadat dan amalan baginda yg sememangnya berada di makam yg tinggi yg tidak boleh kita pertikaikan. Selawat dan pujian buat baginda Rasulullah SAW.

Kita juga mesti melihat kejayaan baginda sbg usahawan berjaya, jeneral tentera di medan peperangan dan pendakwah serta pemerintah sebuah negara (Madinah).
Mengapakah baginda begitu cemerlang?? Selain drpd faktor 'mukmin' yg berkait rapat dgn sifat tulus, murni dan sucinya baginda, ada satu lagi faktor yg menyumbang kpd kejayaan baginda yakni faktor "Profesional".

Sebagai seorg yg bertugas dlm sebuah organisasi..wajarlah kita sbg muslim dan mukmin menjalankan tugas yg terbaik. Setiap tingkah dan akhlak kita menjadi tatapan rakan sekerja yg lain. Mungkin mereka menilai Islam dgn melihat kpd akhlak kita. Ketepatan masa, dokumentasi, cara kerja kita semuanya menjadi kayu pengukur kepada imej agama yg dibawa oleh kita. Sbg warga pendidik di Pulau Mutiara, saya memuji pengurusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPN PP kerana bagi saya amat efisyen dan baik. Bukan saya shj yg berpandangan sedemikian,malah majikan dan rakan2 saya turut mengatakan hal ini juga..tahniah buat para ustaz dan ustazah JPNPP.

Kembalilah kpd Islam..itulah sbg penutup catatan saya. kerana realitinya umat Islam memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara serpihan dan terpisah-pisah.
Firman Allah yg bermaksud "Sesudah itu, maka patutkah kamu hanya percaya kpd sebahagian (drpd isi) Kitab Taurat dan mengingkari akn sebahagian yg lain? Maka tiadalah balasan bg org yg berbuat demikian itu di antara kamu, selain kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dlm siksa yg amat berat. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yg kamu lakukan." (Al-Baqarah 2: 85)
(Sumber: Solusi:13)

dipetik dari laman http://ummufudhail.blogspot.com

ni aku petik di dalam laman blog isteri kepada abang angkat aku.. Kak Maziah..
Aku tertarik dengan kata-katanya..
Terutama sekali kata-kata yang aku hijaukan..
marilah kita sama-sama mengambil intipati daripada olahan Kak Maziah tentang MUSLIM PROFESIONAL..
Bukan sekadar guru, tetapi kepada semua yang bergelar manusia yang beragama ISLAM..
Akhlak kene jaga.. jangan sekadar luaran sahaja nampak baik, tetapi dalamannya jauh terpesong..
Marilah kita sama-sama muhasabah diri.. 
berusaha untuk menjadi yang terbaik..
Buangkan yg keruh, ambil yang jernih..
Tak pernah ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan..
Jom.. kita sama2 berubah..
Berhijrah daripada tak baik kepada jauh lebih baik.. 
Tidak ada istilah terlambat selagi kita masih mampu menyedut oksigen di muka bumi ini..
Jom sama-sama menyahut seruan ini.. :)

Wednesday, January 27, 2010

For Things To Change, I MUST CHANGE FIRST



Mesti korang tertanya2 kan..
Siapalah budak yang pakai baju hijau nih..
Pakwe putri ke..
Aku bukan nak pamer die kat sini..
Tapi aku nak tunjukkan kata-kata kat bajunye tuh..
Betul2 memberi aku semangat..
Semangat tuk berubah..

Semalam aku handle budak2 kat galeri sains..
Aku terpandang baju budak nih..
Terus aku baca..
 " For Things To Change, I MUST CHANGE FIRST"
Tetiba die tanye, kenapa kak? Berminat ke?
Aku cakap, ayat die best.. pinjam phone sat..
Tanpa banyak songeh die keluarkan phone die..
Terus aku snap baju die tuh..

Lepas tu aku pun cakap..
Ikut akak jap..
Bluetooth kat phone akak :P..
Hehehe.. die pun terus sent kat aku..
Aku pun uploadlah kat dalam ni..
Menarik kata-katanya..

Time kepala berserabai ni, x sangka2 ade nasihat tuk aku..
Allah datangkan dalam pelbagai bentuk..
Tenang jerk aku membacanya..

Penghinaan Kepada Islam



Dah agak lama aku tak menjengah yahoo mail aku..
Banyak email tertunggak yang tak dibaca..
Dalam banyak2 email yang dihantar..
Aku hanya bukak 2 email sahaja..
Satu email yang berkaitan soklan kuiz tuk Bulan Kemerdekaan daripada Saudari Ixora..
dan satu lagi email dari kawan aku, Ana Abdullahi..
Email ni berkaitan dengan penghinaan terhadap Islam..
dalam email tu mereka paparkan gambar seorang wanita yang membuat tatu nama Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan ayat "Bismillahirrohmanirrohiim" pada badannya.
Begitu biadabnye mereka terhadap umat Islam..
Terlalu biadab terhadap Allah..
Aku doakan agar dia dan orang-orang seangkatan dengannya agar Allah menunjukkan kebenaran kepada mereka.. dan kepada orang2 sekeliling mereka..
Aminn..

Tuesday, January 26, 2010

Mata



Ada apa pada mata ni?
Apa yang anda faham apabila melihat sebutir mata ni?
Kegembiraan?
Kesedihan?
Or hanya mata semata2?
Or anda nampak bulu mata palsu?
Or contact lens?
:P :P :P :P




Pandangan Mata Selalu Menipu
Pandangan Akal Selalu Tersalah
Pandangan Nafsu Selalu Melulu
Pandangan Hati itu Yang Hakiki
Kalau Hati itu Bersih


Hati Kalau Terlalu Bersih
Pandangannya Kan Menembusi Hijab
Hati Jika Sudah Bersih
firasatnya Tepat Kehendak Allah
Tapi Hati Bila Dikotori
Bisikannya Bukan Lagi Kebenaran


Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah
Jasad Lahir Tumpuan Manusia
Utamakanlah Pandangan Allah
Daripada Pandangan Manusia


Monday, January 25, 2010

Bunuh Diri


 Korang pernah tak rasa tension..
Rasa macam nak bunuh diri..
Kalau korang nak bunuh diri..
Nah ambik air nih :


Korang telan jerk..
:P
Manalah tahu kot2 lepas korang telan..
Korang pun sakit perut..
Cirit birit..
Kemudian korang pun mati..
..:P:P:P:P:P..

................................................................................

Pagi tadi tetibe aku terfikir nak telan air nih..
Ngan botol2 sekali..
Nampak sedap jerk..
Hehehe..
Biol betullah aku sekarang ni..
Kawan2 aku pun dah duk ngeleng2 tengok aku..
Diorang siap mintak maaf kot2 ada kesalahan diorang kat aku..
Hehehe.. korang jangan takut..
Setiap malam aku maafkan korang..
Tapi setakat ni hanya sorang jer aku tak mampu nak maafkan lagi..
Korang nak tahu sape?
Orang yang buat otak aku biol camnih..
Korang kenal ke sape?
Ha? Sape?
Salah....
Korang tak pernah agak pun org tu..
Sebab hanya aku jer yang rasa..
Biarlah aku simpan sebagai rahsia hati..
:D
(^_^)




"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."