Monday, April 26, 2010

Kenangan


Sampai bila kite perlu menyimpan kenangan sedih bersama kite?
Sampai bila?
Kenapa kita x tinggalkan sahaja kenangan tu terkubur di dasar lautan?
Hanyut di bawa gelombang tsunami..
Hancur berkecai dihempas badai..
membentuk puing2 buih2 di persisiran pantai.. 
Pecah..
dan hilang tanpa dapat dikesan lagi..

Friday, April 16, 2010

Dah lama teramat aku xde idea nak tulis kat blog aku ni..
dah lama aku tinggalkan diary aku ni..
time aku susah.. disini la tempat aku luahkan perasaan..
time aku happy..
aku tinggalkan lak..
kesian betulla diary aku ni..
esok aku nak gi buat spek baru..
sebab spek aku dah dilarikan ombak time aku mandi pantai..
huhuhuhuhu..
sodih tull..
xpela.. 
so skrg aku terpaksala gune khidmat kontek lens..
tp org cakap kalau aku pakai kontek lens aku cantik..
muehehehehe,..
pakai je la dulu..
:D

ulat hijau..
binatang yg aku suke..
cute kan..
hehehehe..
satu lagi aku suke katak..
katak yg berwarne hijau..
muehehehehe..
:P :D
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Wednesday, April 14, 2010

Wajib Bagi Wanita

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Friday, April 9, 2010

Pertandingan Logo PSKT

Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Logo yang diterima hendaklah menggambarkan PSKT sebagai sebuah pusat perkembangan pembelajaran dan pengetahuan sains, teknologi dan inovasi yang komprehensif dan menitikberatkan nilai-nilai sains & Islam.

Setiap rekacipta logo hendaklah disertakan dengan rasional, definisi atau penjelasan bagi setiap perkataan, simbol atau warna yang digunakan.

Semua ciptaan hendaklah asli. Reka bentuk logo tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.

Rekacipta logo hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal (“mounting board”) berukuran A3 dan juga di dalam “softcopy” dalam format JPEG.
PSKT tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan yang dihantar oleh peserta. Bukti penghantaran (“posting”) bukan bukti penerimaan.

Keputusan pertandingan akan dibuat oleh Jemaah Pengadil yang akan dilantik oleh PSKT. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis dan keputusan Jemaah Pengadil adalah muktamad.

PSKT mempunyai hak untuk menerbitkan atau memaparkan nama pemenang tanpa notis pemberitahuan.
Pihak PSKT berhak untuk menggunapakai mana-mana logo yang diterima.
Tarikh tutup pertandingan ialah pada 29 APRIL 2010.

Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan diisi dengan lengkap.
Hadiah Pertandingan:-

Pertama : RM 2 500
Kedua : RM 1 000
Ketiga : RM 500

Pemenang akan diberi wang tunai dan sijil penyertaan

Kepada sesiapa yang berminat silalah berhubung terus dengan kami, atau tinggalkan komen di blog ini :D..
Atau terus hubungi saya di talian 09-6261412 ataupun emelkan pertanyaan anda di isyrak83@yahoo.com.sg
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, April 6, 2010

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN

PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN

PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN

PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN

PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN

PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN

PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN

My Destop


Rupe destop org yg entah hape2..

...


Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,

Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh, 

Kaki masih lagi mahu melangkah 

Walau gerakannya tidak sepantas mana, 

Jalan semakin berliku, 

Hendak digagahkan, 

Terasa kepayahan, 

Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada, 

Seakan tergambar kerugian..

Monday, April 5, 2010

try n error untuk ajo ana abdullahi.. hahaha..

Mat Teh