Monday, July 12, 2010


Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan, ada juga yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah. Ingatlah kita bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada sesiapa yang bersabar, baik orang sakit ada ganjaran, orang buta ada ganjaran, demikian juga segala macam ujian yang lain yang ditakdirkan oleh Allah SWT….

-petikan ucapan YAB Tuan Guru MB Kelantan semasa Persidangan SEPAKAT di Kota Bharu pada 10 Julai 2010

"Perjalanan hidup tak semudah yang kita jangkakan,Kita sering mengatakan begitu dan begini, Kita menganggap ia semudah itu dan Kita mengharap segalanya berjalan seperti yang dirancang, Namun hakikatnya….Hanya DIA yang tahu jalan yang bagaimana terbaik untuk kita, Hanya DIA yang tahu…Kita merancang, Allah merancang, Namun hakikatnya ALLAH lah sebaik-baik perancang.."

Sunday, July 11, 2010

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Thauban RA, yang bermaksud: 

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana mereka ada ditimpa penyakit, iaitu penyakit al-WAHAN. "Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHAN?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Pride & Prejudice 1


Pride & Prejudice 2

Elizabeth

xtahulah kenapa malam ni tetibe jer teringat novel yang aku wajib baca time aku kat universiti dulu.. Novel yang wajib dibaca tuk sesiapa yang mengambil Bahasa Inggeris 4.. hehehe.. ntah hape2 jer saat tu.. aku x baca pun, belek2 jerk.. aku just tgk citer die jerk.. gara2 mengantuk baca  cite camtu.. dan sukar nk fhm :( (pdhl simple english jerk).. 

Oleh sebab tu, aku pun duk la tgk citer ni kat youtube semalam :D.. best jugak.. terimbau kenangan dulu.. :D

"Dalam keburukkan ku, ada kebaikkanku, dan dalam kekuranganku ada kelebihanku...aku mensyukuri apa yang telah tercipta dariNya untukku".

Saturday, July 10, 2010

Lelaki Pemimpin Wanita

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: 

"Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". 

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. 

Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud :
"Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." 

Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga. Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya. Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.
Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. 

Wallahualam.

p/s : Artikel ini diambil daripada facebook. Tidak dapat dikenal pasti siapakah penulisnya, namun mesej yang ingin disampaikan bertepatan dengan pendapat peribadi saya. Mana2 yg tak suke, jgn melenting dulu, sebaliknya renunglah sejenak, dan berfikirlah dengan mata hati.

Wednesday, July 7, 2010





Telah banyak yang ku lewati
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung selama nodai

Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasih-Mu

Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuat hingga kini

Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala
Petunjuk jalan-Mu

Bersihkan terangi hariku

Tiada yang ada selain-Mu
Yang selalu menjagaku
Meski kadang tinggalkan-Mu

Aku yang hanyalah manusia
Yang mencari jalan-Mu
Yang pasti kembali pada-Mu



"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."

Tuesday, July 6, 2010

Sabda Rasulullah SAW

 Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai-beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)".

(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
Rindu 

Kak An Yang Chomey..


try test skali..
potret Kak An..
Diambil dari coolpix S570
1st time ambik gambor potret..

Monday, July 5, 2010

Student yang Join Aktiviti Kami



Ni gambar pelajar yang join aktiviti di tempat kami..
Ni aku baru edit tadi tuk blog PSKT..
aku tengok comel pulok..
so aku letaklah kat blog personal :D..
Rasulullah SAW mendidik sahabat bkn hanya dgn kata-kata, ttp dgn perilaku dan contoh. Sahabat yg seringkali bersama baginda melihat bagaimana hidup baginda sehari-hari. Demikian juga sistem pondok, anak murid dpt melihat hidup tok gurunya sehari-hari, ini tidak ada dlm sistem pendidikan hari ini. Justeru, sistem pendidikan ala pondok, pelajar terdidik terus dengan peribadi gurunya perlu dihidupkan semula..

Kata-Kata dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat