Tuesday, October 27, 2009

Hari yang Penuh dengan Dugaan




Tanggal 26 Oktober 2009.. aku seperti biasa datang pagi2 tuk bukak semua lampu dan aircond galeri sains, serta lampu tangga pejabat (walaupun bukan tugas aku). Disebabkan akulah org yg mula2 datang ke pejabat, so akulah yang kene bukak.. kalau x memang bergelapla aku.. :P

Seawal pagi aku datang dengan semangat yang baru, sebab perlu kekuatan mental, rohani, emosi, jasmani .. kalau salah satu x sihat.. memang harulah.. aku check semua jadual tempahan, pakej ape yang diorang nak.. dan akan inform kepada petugas tayangan, petugas galeri, petugas aktiviti, dan aturkan supaya ia tersusun dan x nampak berterabur.. dan kene prepare mental yang cergas, cerdas dan bernas tuk handle pelbagai jenis gelagat guru2 dan pelajar..

Tempahan tuk hari tu memang penuh, dan aku spend time untuk melayani diorang, dan aku pastikan semua sahabat2 seangkatan bersiap sedia untuk menyambut mereka.. so kami menunggulah dengan penuh kesabaran sambil2 buat keje lain yang perlu disettlekan.. tunggu dari pukul 9.00 pg sehingga pukul 1.00 ptg, semua sekolah yang tempah x datang tanpa inform terlebih dahulu kepada aku.. bagusnyer ketua2 rombongan tersebut.. aku tabik springla kat mereka.. dan semua tempahan yang dicancell tanpa diberitahu itu adalah daripada sekolah2 di Malaysia yang terdiri daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Bagusnye  orang Melayu Islam ni ek.. :) boleh dijadikan contoh kepada bangsa dan agama lain. Sepatutnye mereka perlu inform kat kami, nombor telefon aku pun mereka dah ada, time mereka nak datang, nak buat tempahan, lembik gigi dari lidah.. time xnak dtg, hilangkan diri macam tu jerk.. x pernah lak fikirkan kami yang menunggu ni, dengan segala peralatan semata2 nak sambut mereka. Okla.. aku masih mampu bersabar..

Waktu aku bersabar tu, aku bersihkan tempat aku yang bersepah dengan segala jenis barang.. time aku sedang panas2 tu, tetiba lak aircond dalam bilik aku tak berfungsi.. so dalam panas, luar pun panas.. dengan senyuman simpulnyer aku bagitahu juruteknik bangunan (bekas scoolmate aku)  tuk settekan aircond aku nih. Disebabkan dia tahu aku ni puteri lilin, on the dot die baiki aircond aku.. time nak baiki tu, aku gi ambik whudu'.. (waktu tu dah lunch hour. Terime kasih kat die kerana sanggup baiki dalam waktu rehat semata2 kerana aku.. tqtqtq..) bila aku balik daripada berwhudu' kerja2 mereka dah siap.. so aku masuk tuk solat, x sempat satu rakaat.. tetibe jer aku teringat handphone aku.. aku terpaksa berhenti solat dan mencarik h/p tu lak, terpaksa gi check kat tempat aku gi ambik whudu' td.. huhuhu.. alhamdulillah still ader, kalu x memang nangis tak berlagulah aku time tu.. cuai nyer aku , x pernah lalui kecuaian macam ni dalam hidup aku.

Kemudian aku selesaikan tanggungjawab aku kat Penciptaku.. aku masuk bilik, bilik aku dah banjir!.. huhuhu.. air menitik2 kat meja aku, habis basah lenjun surat2, dokument2, pemplet2.. terpaksalah plak aku bersihkan dan kemaskan.. buang mana2 yang basah.. terpaksa call cleaner tuk kemaskan bilik aku balik.. penat hanya Allah jer yang tahu.. dengan tak makannyer.. kul 2 ade temujanji dengan sekolah lak, sampailah petang.. waktu tu aku seorang sahaja tuk kemas bilik yang macam tongkang pecah, cleaner hanya bersihkan air sebab die tak tahu yang mana perlu dibuang dan yg mana perlu disimpan.. so terpaksala aku habiskan seorang..

Waktu aku duk kemas2 tu, jam baru pukul 1.30 ptg.. masih dalam waktu lunch hour.. tetiba jer aku bunyi bising2 kat luar office aku, aku ignore sebab jam masih awal.. tetibe aku dengar pintu "star gate" aku terbukak.. aku ingatkan kakitangan sebab seingat aku, sebelum aku gi solat tadi, aku dah tutupkan semua lampu2 dan aircond dalam galeri sains dan memang galeri dalam keadaan gelap, hanya diterangi cahaya malap yang terhasil daripada bahan pameran di situ. Dalam selang waktu yang x sampai 3 saat, galeri sains aku bising gile2.. dan aku dengar bunyi exhibit tersebut dibukak satu persatu.. bunyi riuh rendah budak2 bermain.. tetibe jer aku rasa kemarahan aku dah sampai kemuncak.. dah tepu dan melimpah.. x sempat aku nak fikir dengan waras.. aku keluar dr galeri, dengan suara yang kuat gile (sebab diorang bising) aku cakap kat semua pelajar tu " siapa yang arahkan kamu semua masuk? Mana guru kamu? Panggil die dah jumpa saya kat depan!", itulah ayat aku sebijik2.. dengan suara yang terketar2 menahan marah yang tak mampu ditahan. Tu first time aku jadi macam tu selama aku keje kat sini sejak tahun 2006.. selama ni aku pernah jer lalui situasi macam ni, masih boleh menahan amarah.. tetapi disebabkan dugaan datang bertubi2.. dan dengan emosi aku yang tak stabil menjadikan aku seperti harimau betina.. ngeh3x..

Kemudian, ade 2 3 orang cikgu jumpa aku di kaunter informasi kami.. setelah aku bagitahu siapa aku, dan pencerobohan yang mereka telah lakukan, aku dengan sukarelanya x menerima kunjungan mereka melawat di tempat kami.. semasa aku bersoal jawab dengan guru2 tersebut, aku masih mampu bercakap dengan baik walaupun mata aku dah merah menakung air mata kemarahan dan suara aku terketar2 menahan sebak di dada, dan tangan aku agak menggigil sewaktu memberi pamplet tuk memberitahu procedur lawatan. Aku dengan senyuman dan berhemahnyer berkata kepada mereka.. maaf cikgu, kami tak dapat menerima kunjungan daripada sekolah cikgu memandangkan saya tidak dimaklumkan terlebih awal dan saya tidak mendapat sebarang surat secara bertulis dan tidak mendapat sebarang panggilan telefon daripada pihak cikgu untuk memaklumkan lawatan ini. (walaupun sebenarnya aku boleh jer membenarkan mereka melawat, tetapi mereka telah melakukan kesalahan menceroboh, terpaksa aku keraskan hati aku untuk menolak).

Ni antara perbualan aku ngn cikgu tu :

Aku : Salam cikgu, cikgu dari sekolah mana? (aku ingat tempahan pagi td yg datang lambat)
Cikgu : Saya dari sekolah dot dot dot ( xleh dinyatakan disini, tetapi semua students memakai pakaian yang sangat comel, berbaju kurung putih dan bertudung labuh. cikgu yang cakap dengan aku tupun bertudung labuh).

Aku : Tadi ade sesiapa yang arahkan masuk ke? (aku cube berbasa basi sambil tersengih menahan gelodah perasan)
Cikgu : Pintu dah terbukak, so kami pun masuklah. (sambil tersengih2)

Aku : Sebelum saya gi sembahyang tadi, saya dah pastikan pintu ditutup dan semua lampu ditutup. dan saya dengar pintu dibukak tadi. dan di dalam galeri kami pun lampu kami masih belum bukak. Cube cikgu tengok balik.
Cikgu : Saya ingat boleh masuk macamtu jerk, lagipun kami tak tahu ditutup.

Malasla aku nak bertekak ngn cikgu macam ni, toilet awam pun kene bagitahu penjaga die tuk buat bayaran nikan pulak sebuah pusat sains under kerajaan. pelik bin ajaib.. xpelah..mungkin cikgu ni dan anak2 murid die tu baru keluar dari gua. Boleh lak main redah2 dalam keadaan gelap macam tu, pakai mata ape ek leh nampak dalam gelap. :P Aku pun teruskan penerangan aku tentang procedure lawatan. Xpelah, biar aku terangkan sebab mungkin die baru keluar dari gua.

Aku : Cikgu, cikgu perlu buat tempahan dulu sebelum datang. Ni pemplet kami dan di sini ade nombor telefon, nombor telefon saya pun ade kat situ. cikgu boleh rujuk balik. Kalau lain kali sebelum datang, telefon pihak kami dulu atau terus call saya.
Cikgu : Kami tak tahu pulak kene tempah macam ni, driver bas cakap boleh masuk macam tu jerk.. xyah tempah2.. (eh, org kene rujuk driver bas dulu ek sebelum buat lawatan ke sesuatu tempat? )

Aku : Driver bas ke yang handle lawatan ni? Tahu plak driver bas tu kat sini x perlu wat tempahan.
Cikgu : x tahulah saya, driover bas yang cakap.

(sempat lagi salahkan driver bas plak, tadi salahkan pintu terbukak walaupun terang2 salah die. Mujur aku tak suh die kol driver bas suh turun. biar aku brifing driver bas tu, nanti senangla driver nak handle lawatan :P.. rupenye2 selama ni bukan cikgu yang handle ek.. driver bas.)

Aku : So saya rasa xde ape2 lagi lah ek cikgu, lain kali cikgu datang lagi ek. telefon saya dulu.
Cikgu : Terima kasih yer, kami mintak maaf banyak2..

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan menggigil menahan marah, aku masih mampu bercakap baik2 dengan guru tersebut. Sejurus selepas sekolah tu balik, sekolah yang telah berjanji tuk dtg pukul 2.15 telah sampai 15 minit awal.. so aku settlekan dahulu tanpa hiraukan lagi perasaan aku. Kebetulan petang tu ade 3 buah sekolah yg berjanji nak dtg, dan yang datang hanya 2 buah sekolah.. Apabila semua telah selesai, dalam area kul 4 lebih, aku baru berkesempatan nak luahkan perasaan tension aku ni. Aku makan dan kunci bilik, makan sambil nangis semahu2nya.. aku x tahan.. x tahan sangat2.. bukan nangis sebab sedih, tp nangis sebab nak marah.. seksa jugak ek berurusan dengan guru2.. ramai yang x tahu procedure..  tetapi ramai jugak yang baik2.. biasanya yang pelik2 ni.. guru2 wanita.. aku x pernah lagi berhadapan masalah dengan guru2 lelaki.. aku x tahu samada disebabkan aku perempuan, so mereka tak buat hal ataupun memang sikap wanita seperti itu. Allahua'lam.


p/s : Ini adalah langkah2 yang perlu dilakukan sebelum melawat ke sesebuah tempat. Just tuk panduan andaikata pembaca "Diary Hearty" ingin mengadakan lawatan dalam kumpulan yang besar ke sesebuah tempat ( x termasuk toilet awam ) ngeh3x..

1. Buat proposal dulu, hantar ke pengetua/guru besar. Nyatakan sekali tempat2 yang ingin di lawati. Bila diluluskan kite teruskan kepada procedure ke 2.

2. Hubungi semua tempat2 yang ingin dilawati. tanya procedure lawatan, atau tanyalah ape2 persoalan yang berkaitan. kalau x tahu sangat, hubungi je lah, nanti diorang akan terangkan. Perhubungan boleh dibuat melalui :

    i ) Telefon
    ii ) Surat
    iii ) Fax
    iv ) Emel

3. Setelah menjalani langkah yang ke 3, kene buat panggilan balik untuk memastikan pegawai yang bertanggungjawab menerima surat/fax/email daripada pihak tuan. (kecuali langkah ke 2 tadi dibuat melalui panggilan telefon)

4. Setelah semua selesai, sehari or 2 hari or seminggu kene kol balik untuk follow up, manelah tahu berlaku sedikit kekeliruan, maklumlah manusia.. x leh lari daripada kesilapan. Kalau lawatan terpaksa cancell, kenelah inform jugak. Kalau tak nanti kasihan pihak yang menunggu lawatan tu.. try belajar untuk bertanggungjawab. Kalau memang sebelum ni korang mmg x bertanggungjawab, tp tolongla belajar.. :) kalau korang tahu tutup dan bukak mata, mesti korang tahu nak adakan lawatan dan batalkan lawatan. kan?

5. Hari lawatan tu, in caselah kalau korang terlewat. Maklumlah jalan memang sesak, kadang2 kenderaan banyak.. cubelah rajinkan tangan tuk mendail nombor telefon syarikat/agensi tuk maklumkan keterlewatan tersebut. Janganlah kedekut kreadit sangat.. sekurang2nye mereka boleh menyediakan back up plan tuk sambut korang.. sebab ada sesetengah tempat perlu ikut jadual tertentu..

6. Kalau dah sampai tu, jangan redah masuk jer tau. tunggu dulu :P

Itu sahaja langkah2 yang perlu dilakukan sebelum melakukan sebarang lawatan untuk memastikan lawatan anda dalam keadaan yang terancang dan tak kelam kabut. Semoga dapat dijadikan panduan. :) peace.. Semoga lawatan anda dapat mencapai matlamat dan yang penting berjalan dengan lancar. Kene saling memahami di antara satu sama lain.. masing2 bekerja dan menjalankan tugas.. semua nak menjadi yang terbaik..

2 comments:

Anonymous said...

Wah, memang hari yang penuh dengan dugaan.. kesian Putri, tapi moga apa yang Putri lalui hari semalam ada ganjarannya di sisi Allah. Hm, susah ek berurusan dengan guru? maklumlah, dah hari2 Putri berurusan dengan guru2 yang bermacam karenah. akak yang guru ni pun terfikir jugak camne lak karenah akak dalam hal ni.. hehehehe.... tapi papepun syabas inspektor sahab sebab mampu handle situasi dengan sabar dan profesional. dapat pengalaman, dapat pahala, Ameen.... (^_^)

LadyBird said...

hehehehehe.. guru ni xla susah nak handle tapi.. guru ni kene pandai handle.. silap handle kiter akan dipandang rendah.. kih3x.. xpe2..

putri suke guru ni kak, kakak/adik/kakak ipar/sepupu2/pakcik2/makcik2//tunang.. semua guru :) nak x nak, memang kene beradaptasi dengan guru kak..

kawan2 baik putri pun guru :D..