Monday, December 28, 2009

Adakah Perwatakan Aku Seperti Seorang Muslimah Sejati ek?

Dah lama aku tak berjumpa junior2 aku.. kenangan lampau selalu bermain2 di mata. Aku bukan xnak berjumpa dengan mereka, tetapi tiada kesempatan. Kebetulan yang tak dirancang, kursus yang aku hadiri di Selangor selesai sebelum cuti aku habis.. jadi aku mengambil peluang untuk ke Melaka 3 hari, rumah junior aku. Lagipun dah lama aku x berjumpa dengan junior kesayangan.. perasaan rindu membuak2.. teringat zaman universiti. Junior yang menganggap aku nonmuslim (pada awalnya) ape yang keluar dr mulutnya apabila berselisih denganku hanyalah "selamat pagi akak", "selamat malam akak". Waktu tu aku terpaksa ke universiti satu bulan setengah lebih awal sebelum bermulanya semester baru atas sebab tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Membuat persediaan baktisiswa pendidikan ke Kedah. Seminggu awal program kami selesai, waktu tu kemasukan pelajar2 baru.. bilik junior aku ni selang beberapa bilik dari bilik aku.

Aku ni bukan seorang yang "mesra alam" sangat, nak dijadikan cerita dialah yang asyik tegur aku.. aku ni pulak bukan jenis duk dalam bilik, aku ada kat bilik time pagi ataupun malam. Kalau ada waktu siang pun bilik sentiasa gelap sebab time tu aku guna untuk tido. :P Malam pulak dah lewat2 malam jer aku ada kat bilik, kadang2 tidur terus kat bilik gerakan. Jadi kami berjumpa hanya sekejap2, hanya selisih sahaja..Setiap kali die jumpa aku, die akan berhenti berjalan, dengan penuh hormat dia akan mengucapkan "selamat pagi/malam akak". Aku lak memang lurus bendul, just angguk dan cakap pagi/malam. Memang jenis senior sombong.

Keadaan tu berlangsung sehinggalah semester bermula. Waktu tu lah aku baru lekat kat bilik. Suatu malam tu tetiba bilik aku diketuk.. Tetiba ada orang masuk dengan tersipu2 mengucapkan selamat petang.. Aku lak time tu sedang solat isya', dalam solat tu aku dapat agak siapa yang datang. Senior aku yang bukak pintu. Sejurus selepas aku habis solat, aku tengok die masih terjegat kat pintu melihat aku melipat telekung. Cara die melihat seolah2 aku ni bukan manusia.. terkejut ke ape ntah.

Apabila dia dah hilang kekagetannya, die pun cakap "akak, sebenarnya saya nak tanya sekarang pukul berapa".

Aku tergelak dalam hati, hehehe.. nak tanye pukul berapa rupanya. Tanpa segan2 junior aku tu perkenalkan diri. Kemudian soalan yang tak pernah terjangka dalam kotak fikiran aku adalah "akak ni Islam ke, ingatkan Cina?".

Meloncat jantung aku. Daripada tu la aku sedar, huhuhuhu.. aku ni tak macam orang Islam agaknya. :( Tq ek dik sebab tolong sedarkan. Sejak dari itulah aku menjadi senior yang "baik" kepadanya dan kepada junior-junior yang seangkatan dengannya. Hehehe, baik ke ek? "Baik"lah sangat..

Junior2 ni lah tempat aku mendera/menghilangkan ketensionan aku di kala aku memerlukan seseorang. Se"baik2" aku ni, pernah jugak aku buat junior2 aku menangis. hehehehe.. standartla tu apabila diganggu dengan masalah apabila kepala bererabut dengan tekanan thesis yang menimbung. Sorry ek dik.. Aku marah apabila perlu dimarah, bukan senang2 aku nak marah orang. Selepas aku marah mesti aku mandi.. kih3x, memang tabiat untuk menghilangkan tekanan untuk menjadi rasional balik. Selepas aku siap mandi dan masuk dalam bilik, junior2 aku ni duk ramai2 dalam bilik dan memohon maaf siap nangis2 lagi. hehehehe.. tahupun korang nak nangis, kenapa sebelum buat tak fikir dulu.

:P ape2pun, aku memang sayang gila2 kat junior2 aku.. tak pernah aku abaikan dan tinggalkan korang. Nak tengok hantu pun aku ajak korang teman :P kih3x.. Kerana koranglah kehidupan aku lebih bermakna di universiti setelah "Buah Hati" aku dah habis study..

p/s : Selepas ada org yang confius aku ni Islam atau tak tu, aku betul2 muhasabah balik kehidupan aku. Teguran tak langsung dari Allah untuk aku perbetulkan balik. Peristiwa tu berlaku sewaktu aku bergelar mahasiswa, 2 3 tahun lepas. Sekarang ni aku rasa aku dah banyak berubah, alhamdulillah. Waktu tu aku memang berkawan dengan Cina, kehidupan aku dikelilingi oleh mereka. Makan, tidur, study.. bestfriend aku pun Cina.. tapi aku happy dengan mereka.. Kenangan bersama kalian tak pernah aku lupakan terutama kawan yang selalu bantu aku, yang selalu bersama aku kemana jua aku pergi.

2 comments:

Anonymous said...

Amoi aa.... haiyaaa.... lu ada makan itu ubat yang wa sulah kasi itu kaaa? kasi makan tau.. nanti boleh kasi kurang itu penyakit.. nanti tatak nangis2 lagi woo.... nanti kalau lu asyik nangis2 aaa, apa mau bikin? sikalang jugak wa mau lu makan it ubat woo..

LadyBird said...

:P akak, yer la..nanti gua makan ler.. sekalang juga gua makan.. tq yer.. tq ek akak :D.. jazakillah..kih3x.. hitam bebenor ubat tu ek :D