Saturday, January 2, 2010

Selamat Hari Lahir Putri Isyrak

white cake Pictures, Images and Photos

Esok, 3 Januari 2010 merupakan ulangtahun kelahiranku..
Bermulanya fasa yang ke 3 dalam hidupku..
Fasa dewasa.. huhuhu.. dah tua..
Kalau zaman tok nenek kite, mesti dah ada anak berderet2..
Tapi aku masih tetap sama..
Cuma anak menakan jerk berderet-deret dah..

Sempena dengan penghijarahan fasa kehidupan aku ni..
Aku mengambil inisiatif untuk melihat ke belakang balik..
Tak salah untukku menoleh kebelakang, mencari kesalahan2 yang lalu..
Untuk kuperbaiki, dan kujadikan lebih baik untuk tahun ini..
Aku akan mengorak langkah, meneruskan matlamat dulu..
Memperbaiki masa silam..
Jadikan penghijrahan fasaku ini untukku memperbaiki diri menjadi lebih baik..
Menjadi lebih matang, dan mempunyai halatuju yang berarah tetap dan konsisten..

InsyaAllah.. akan kujadikan tahun ini sebagai perintis untukku menuju ke alam yang lebih baik..
Meninggalkan dunia remaja yang mempunyai banyak titik hitam..
Tahun ini aku nak padamkan titik titik hitam tersebut,
Dan kugantikan dengan titik titik yang berwarna warni..

Ya Allah bantulah aku untuk mencipta warna kehidupanku sendiri..
Tunjukkanlah aku arah yang betul..
Tetapkanlah hatiku pada tempatnya..
Aku mengharapkanMu menyinari jalan kehidupanku..
Janganlah kau biarkan ia tersasar lagi..
Aminn..


8 comments:

Catwoman said...

Salam Putri....

Happy birthday to you, Dear.
Semoga panjang umur, murah rezeki.

;) Take care ye.

LadyBird said...

Waalaikumusalam kak Zyma..
Akak org yg pertama wish..
jazakillah..
Take care..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki jugak tuk akak dan keluarga..
aminn..

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir Putri Isyrak.
Moga Allah memberkati dan merahmati dirimu dan keluarga.
Selamat maju jaya.

LadyBird said...

Terima kasih kak "rama-rama".. untuk dirimu jua akak ku comel..
semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.. cepat dapat jodoh yang baik2.. dan dapat anak2 yang soleh dan solehah.. aminn..

Rashid said...

ermmm..

nak nyanyi sikit..
ba re..ba... ba. hmm hmm..

happy birthday to you
happy birtday to youuuuuuuu..
hmm hmmm ( muzik hindi k..) hehe..

Selamat hari jadi putri. Moga putri sentiasa dalam lindunganNya. dirahmatiNya.. sihat ceria dan bahagia dalam apa jua yang putri lakukan..

LadyBird said...

Terima kasih cikgu..
hihihi.. sedap cikgu nyanyi dalam bahasa hindi..
hehehehehe..
tq atas doa tu Cikgu.. :D..
Semoga rahmat Allah ke atas cikgu juga.. Aminnn..

mehmed said...

hepi birthday...
x ingat stabut.. hehehe
moga2 pnjg umor muroh rezki

p/s aku bkn sape2, cume anok che' nge ba'.. hehe. kalu mung nok edit, edit la kak za...

LadyBird said...

Mehmed : tq deh..
ingt ler tuh..
jah awal2 agi ato msg ke aku..
sepatutnye aku kene wi something ke che'..
wakiki.. nok wi ende dok ahu..
huhuhu.. che' dok paka pom.. cedeh2x..