Sunday, February 28, 2010

Sembilan Nyawa

Semalam, aku baca buku baru..
Sembilan Nyawa..
Tulisan Ramlee Awang Mursyid..
Aku suke tulisan daripada penulisnya..
Penulisannya menarik, ceritenye sukar nak dijangka..
Kene baca dari mula sampai akhir..
Kalau x, takkan faham kisahnya..

Aku dah habis baca buku ni.. tp aku mls lagi nak tulis..
:P 
esok jer lah aku tulis.. :)..


Saturday, February 27, 2010

Jangan Kau Tangisi

Buku citer yang aku beli 2 minggu lepas belum kuhabiskan..
Kenapa malas ek nak baca buku..
Tension jer tengok buku..
Rasa macam buku tu menipu..
Khayalan yang melalaikan..
Yang boleh membuatkan hatiku membuak2 bencikan seseorang..

Ah..lantaklah ko..
Tapi aku telah berjaya habiskan sebuah buku semalam.. :P
Tu pun setelah bersusah payah membaca..

Kisah pengembaraan mencari cinta..
Kisah Haifa Hezzy yang terpaksa melepaskan orang yang die sayang kerana kasihankan org lain..

Cinta pertama Hezzy terpaksa dilepaskan kerana kasihankan adik angkat kepada kekasihnya yang teramat mencintai kekasihnya.

Cinta kedua Hezzy perlu dikorbankan kerana bakal suami Hezzy mencintai kakak kandung Hezzy..

Cinta ketiga Hezzy pula diberi kepada adik kandung Hezzy..

Dan cinta yang terakhir Hezzy terpaksa dilepaskan kepada sahabat baiknya..
Dan itu merupakan cinta sejati dan cinta terakhir Hezzy terhadap lelaki sebelum die menghembuskan nafas terakhirnya kerana menghidap penyakit barah hati.

Beginikah kehidupan realiti ek? 
Aku kdg2 mcm bodoh lak baca novel nih..
Kenapa semua heroinnye cantik2?
Kenapa hero2 nye kebanyakannya darah kacukan?
Dan kenapa setiap percintaan tu terlalu sukar untuk diakhiri dengan ikatan perkahwinan?
Banyak sangat dugaannya.. banyak sangat mengorbanannya..
Banyak sangat air mata yang mengalir tuk merealisasikan sebuah percintaan..
Poyo jerk ..
hehehehehe.. ape2pun aku suke novel nih..
Kerana telah berjaya membuatkan aku menangis..
Huhuhuhu..
Sedih yop.. sedih..
kih3x.. entah hape2..
Tetapi kalau korang suke membaca novel cinta..
Aku suyggestkan korang belilah buku ni..
Best.. kerana telah berjaya melembutkan hati aku yang keras nih..
peace..

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain

 This Song From My Little Sis For Our Cousin


Maher Zain - For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart.. 


Guru Plus Doktor

Ni aku just copy dari "wall status" aku di FaceBook.
Dan aku sertakan sekali komen-komen dari kawan2 aku sendiri..
Hampir 80% daripada kawan2ku merupakan guru..
Sejauh mana aku nak lari dr guru..
Semakin ramai guru yg mendampingi aku..
Setiap hari aku terpaksa berinteraksi dengan guru..
Di mana-mana sahaja..
Di rumah, di tempat kerja dan di facebook..

STATUS :

"Seorang doktor yang gagal akan memusnahkan seorang pesakit, tetapi seorang GURU yang GAGAL akan memusnahkan seluruh generasinya". Tugas seorang guru bukan hanya untuk memberi ilmu, tetapi membaiki akhlak pelajar2nya.. tuk melahirkan pelajar yg berakhlak dan berilmu tinggi.. guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akhlak yang baik.

 KOMEN : 

Adk Afiq Comey
guru merupakan roll model bg plajar..
Thu at 1:36pm
Adk Afiq Comey
tul 2..ok kte wt uji minda..individu, keluarga, masyarat n negara mne pnting untuk seorang guru bntuk? knapa?
Thu at 1:40pm  


yup.. Bukan sekadar pelajar.. malahan masyarakat.. dalam kelas pun kene baik.. luar dari kelas pun kene jadi lagi baik.. tapi akak tengok adik dah baik.. :D
Thu at 1:40pm
Adk Afiq Comey
mne bleh mnilai dri tngok kak..adik xckup lg la..adik nie rock..hehehe nnt murid2 pon rock gak..hehehe
Thu at 1:44pm  


bagi akak.. kite perlu membentuk individu dulu.. kerana apabila individu bagus, berakhlak baik dan berilmu tinggi, ia akan melahirkan keluarga yang berakhlak dan berilmu tinggi juga, dan seterusnye membentuk masyarakat yang sama dan akan membentuk negara yg bukan sahaja maju..malah berakhlak dan berilmu tinggi. xdelah wujudnya masalah sosial seperti sekarangni..
Thu at 1:47pm
Putri
rock takpe..asal mempunyai akhlak yg baik.. ok, akak nak tanye.. antara akhlak dan ilmu yang baik.. yg mana org lebih pandang?
Thu at 1:48pm 

Adk Afiq Comey
2 2 pnting..bg adik ilmu lg pnting..perbezaan antara seorang mnusia 2 hanya ilmu pngatahuan..
Thu at 1:53pm 
Putri
kalauilmu tinggi tapi akhlak takde bagaimana plak? ok contoh perbandingan yg senang ek.. antara seorang anak yg keje bergaji tinggi tetapi akhlaknye KO, dengan org yg tak bergaji tinggi tetapi mempunyai akhlak yang baik.. yang mana adik pilih tuk jadi kawan?
Thu at 1:55pm  

Putri
Rasulullullah S.A.W diutuskan ke dunia untuk membaiki akhlak manusia kan?
Thu at 1:56pm
Siti Hajar Mohammad
bagi akak pulak setiap insan adalah guru. ibu adalah guru pada anaknya, ayah guru pada keluarganya, kakak n abang guru pada adik2nya, dan masyarakat adalah guru pada masyarakat yang lain. semuanya saling membimbing dan menjadi role model secara tak formal. tapi akak sebagai guru bersetuju dengan kenyataan iza tu. guru memberi pendidikan yang formal... See More di sekolah. jadi setiap guru memikul amanah dan tanggungjawab yang besar hinggakan tanggungjawab tersebut bakal dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t kelak di akhirat. setiap guru bukan saja memberi ilmu, tapi juga memberi inspirasi. moga anak2 kita akan dididik oleh guru2 yang ikhlas dan berakhlak mulia, insyaAllah. bak kata guru besar akak, kalau kita jaga n didik anak orang di sekolah ini, insyaAllah Allah akan jaga n didik anak2 kita sendiri di luar sana.
Thu at 1:58pm
Putri
betul2 kak.. iza setuju.. hehehe.. kata2 akak memang betull.. :) adik afiq comey , dan akak ni guru.. iza ni pembimbing.. hehehehe..
Thu at 8:36pm 
Nanako Liyana
sy suke wlupun sy bkn pndidik..tgas guru sgt mulia..
Thu at 9:03pm

Putri
:).. betul tu.. jd guru banyak cabarannye.. bukan sekadar membimbing org, tetapi terlebih dahulu perlu membimbing diri sendiri.. kalau tak memang sukar tuk anak didik mengikutinye.. 
Norzulwati Zulkifli
teringat cikgu..terima kasih cikgu!
Yesterday at 2:03am · 
Siti Noor Syarma
Nabi diutuskan untuk membaiki akhlak ummatnya sebelum mengajari ilmu kepada ummatnya. akhlak dahulu, baru ilmu.
Yesterday at 7:45pm  

Siti Noor Syarma
Nabi diutuskan untuk membaiki akhlak ummatnya sebelum mengajari ilmu kepada ummatnya. akhlak dahulu, baru ilmu.
Yesterday at 7:45pm 
Putri
Siti : kerana dengan akhlak yang baik akan memudahkan penyaluran ilmu ke dalam hati.
Yesterday at 7:53pm · 
Siti Hajar Mohammad
Nak mendidik insan perlulah didik diri sendiri dulu. barulah ilmu yang diajar mendapat berkat dan mudah diterima murid. jangan mendidik hanya sebab menganggap itu hanya sbg satu pekerjaan n gaji semata2..
Yesterday at 10:32pm  

Siti Hajar Mohammad
Macam 1 kisah yg penah kwn akak ceritakan, mengenai Rasulullah didatangi sorg ibu yg meminta Baginda menasihati anaknya supaya mengurangkan mkn garam. Nabi minta ibu tu dtg semula 3 hari kemudian & dlm masa 3 hari tulah Nabi sendiri mengurangkan garam dlm makanannya. Lps 3 hari, ibu tu dtg lg dan barulah Nabi menasihati anak itu spy kurangkan pengambilan garam. kisah ni bleh dijadikan cth kalau nak mendidik, haruslah diri sendiri itu terdidik sepenuhnya. jika semua guru2 memperbaiki akhlak & imannya, insyaAllah anak2 murid juga akan diberi 'wisdom' oleh Allah s.w.t dgn sendirinya. renung2kan & selamat beramal! :D
Yesterday at 10:38pm ·
p/s : Aku masih belum membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan ini. Kerana aku belum arif mengenainya. 

 

Friday, February 26, 2010

KIRORO - Mirai E

My Favourite Song

Thursday, February 25, 2010

Hatiku Milik Orang

Baru2 ni sepupu aku balik dari Johor..
Tupun setelah beberapa hari msg2 aku dan bagitahu die nak kawin..
Aku pun suh die balik kg tuk bincang..

Bila die balik, kami discuss..
Dalam pada duk discuss..
Aku tengok die mcm x seronok..
Aku pelik.. 
"kenapa ko ayu? Ko dah betul2 fikir ke ni? aku nampak ko mcm x suke jerk.."
Aku tanye banyak soklan.. tapi die sengih jerk..
"Ko suka orang lain tp ko kene kawin ngn org lain ek?" Soalku lagi..
Tetiba die menangis.. mak ai..parah lak aku.. 
Last2 aku turut menangis..
"Kak Putri dah tahu ke? Siapa bagitahu kak Putri?
Sambil2 nangis, die bertanya..
"Aku tahulah.. sebab aku tengok ko makan hati jerk.."
"Aku pun alami jugak Ayu.., sabar je lah.. baik kite terima orang sayang kite.. Lupakan je lah org yg membenci kita.. Nanti die akn menerima pembalasannya.. kalau tak di sini, di sana nanti".

Ayu sekadar mengangguk..
Maybe tak mampu melepaskan kata2..
Kesian die..

Sabar ek dik..
Dugaan ni mcm2..
Hanya dengan kesabaran sahaja boleh menguatkan kite untuk meneruskan hidup..
Keyakinan dan sentiasa bersangka baik pada Allah..
InsyaAllah Allah takkan sia-siakan kita..
:D..
Kak Putri akan sentiasa mendoakan ko dik..

p/s : sepupu aku akan dikahwinkan dengan orang johor..
Aku takut sgt2.. mintak2 lah org yg baik2.. jgnlah org yg curang atau yang seumpama dengannya..
Mintaklah org yang betul2 mencintainya..
Bukan mencintai org lain , tetapi mengahwini dirinya..
Ya Allah, selamatkanlah sepupu ku itu..
Janganlah kau uji nye dengan ujian yang kau berikan padaku..
Amin2 ya rabbala'laminn..


Wednesday, February 24, 2010

Rock Sempo!

Dalam aku duk pusing2 membaca..
Tetiba aku terbukak link ni..
Tersengih2 aku sengsorang..
Best.. terhibur aku buat seketika..
Kalau korang nak terhibur jugak..
Jom sama-sama tengok..


Cube korang tengok betul2..
Vokalisnye memang power lah.. 
Aku bagi 5 bintang..
X berganjak walaupun diganggu dengan pelbagai cubaan..
Diketuk dengan pemukul dram..
Bukan setakat jari diketuk.. tp muka pun habis terkena..namun nyanyian tetap diteruskan.. 
kih3x..
klakau memang klakau..

Pemukul dram lak memang kreatif lah..
Habislah periuk mak ko tu..
Tembus nanti karang..
Hahahaha..
Poyo jerk korang..

Cube korang tgk part last..
Binatang ape yg kwn2 die tu usik ek?

Tahniah kerana berjaya korang menghappykan akak..
Kalau korang ade kat sini..
Akak belanja korang makan..
:P :P :P



Ni lagu betulnyer..
Memang power budak tu..
Tabik spring kat korang..
:D

p/s : budak2 ni mengingatkan aku pada Najib.. my best friend time tingkatan 1-3.. :).. sebab perangai dan muka sama.. hahaha.. cam aku jugak.. nakal2..

Tuesday, February 23, 2010

Jangan Kau Tangisi

Dah lama aku tak membeli novel.. dan dah lama aku tak menghayati bingkisan kata-kata puitis di dalam sebuah novel. Dahulu, aku memang hantu novel.. kawan-kawan sekelasku memang sekepala.. kami saling bertukar-tukar novel untuk dibaca. Novel yang paling kami suka adalah novel yang berkisar tentang dunia percintaan. Tetapi setelah aku mengenali dan merasai apa erti cinta dan sebuah perpisahan, sejak itulah aku meninggalkan hobiku ini. Kerana hatiku betul-betul membenci dunia percintaan. Ia hanyalah sekadar dunia khayalan yang direka oleh nafsu remaja semata-mata. Dan sejak itulah aku langsung tak melihat, apatah lagi memegang novel-novel yang berbentuk begitu. Termasuklah novel Ayat-Ayat Cinta yang begitu terkenal sekarang. Aku hanya mampu membaca beberapa helai sahaja, setelah itu aku rasa muak, setiap patah kata membuatkan aku rasa bohong..bohong..dan bohong. Itu hanyalah rekaan, bukan kenyataan. Pemikiran begitulah yang membuatkan aku mengelakkan diri dengan novel percintaan.

Tetapi, minggu lepas ada program untuk usahawan wanita diadakan di dewan pejabatku, mereka menyewa dewan kami untuk membuat program. Dalam program tersebut turut membuat jualan di perkarangan dewan utama. Aku menjenguk-jenguk gerai-gerai pameran di situ, dan aku terpanggil untuk menghampiri gerai buku-buku. Penjaga gerai itu asyik memujukku untuk membeli tafsir Quran dan buku-buku agama.. sambil-sambil aku membelek-belek buku tersebut.. aku menunggu penjaga gerai tuk men\mpromot novel-novel cinta lak.. tapi die langsung tak menyentuhnya. Aku pun, terus ke menghampiri novel-novel cinta yang disusun di situ.. Aku terus capai 2 buah novel.. membaca sinopsis dan membuat pembayaran. Kali pertama membeli novel cinta setelah hampir 10 tahun aku tak menyentuh novel cinta.

Inilah Novel yang aku main capai jerk kat gerai tu.. aku tak tahu kenapa aku membelinya.. mungkin kerana makcik penjaga tu yang menganggap aku ni baik kot.. sebab tu die asyik promot ke aku buku-buku agama dan tafsir Quran. Aku lak nak membetulkan tanggapan makcik tu yang aku ni memang "baik", so aku belilah novel cinta nih..

Ini novel yang pertama..

Dan ini merupakan novel kedua hasil daripada pilihan rambangku..

Lepas aku balik office.. kawan-kawan aku terkejut beruk melihat aku dengan novel-novel nih.. :P
Masing-masing bertanya adakah kerana aku baru menjadi "janda muda" menyebabkan aku bertukar sifat. Ape-ape je lah yang korang fikir, aku x heran langsung.. hehehe.. yang pastinye selepas sampai office dan selepas aku duk atas kerusi aku.. tetiba jer aku rasa nak hantar balik jer novel-novel nih.. huhuhuhu.. Apabila aku balik umah plak.. adik-adik aku lak terkejut beruk tengok aku membawa novel-novel nih.. masing2 bertanya aku ni buang tabiat ke.. :P Ape2 jelah.. kalau xnak baca sudah.. bagi pinjam kat orang.. dapat jugak pahala.. ek?

Saturday, February 20, 2010

Redah, Jangan Tak Redah..

Baru2 ni aku telefon SPA kat tempat aku biasa pergi..
Biasanya sebelum pergi aku akan tempah dulu sebab aku malas nak menunggu lama2..
Sebab kebiasaannya tempat tu memang penuh..
Lebih2 lagi musim cuti sekolah kerana die turut menyediakan perkhidmatan tuk pengantin..
Urutan, dandanan, baju2 pengantin, pelamin, gubahan bunga2.. Macam2 perkhidmatan diesediakan oleh beliau.
Aku suka stail yang dibuat oleh aunty tuh..

Seperti yang telah dijanjikan, aku bersiap2 kul 7 pg tuk pergi ke situ.. kerana kul 8 aku sepatutnye telah berada di situ. Kul 7.30 pg, aku berserta dgn family kakak ku bergegas ke situ.. dah sampai tu.. aku bergegas keluar.. aku bagi salam xde org jawab.. huhuhuhuhu.. pintu lak kebetulan tak berkunci.. kasut aku dah bukak dah.. Tanpa segan ape2.. aku pun terus bukak pintu.. maklumlah aku dah biasa dengan makcik tu.. aku dah biasa buat kedai tu macam aku punya.. kih3x.. Kedai tu mcm rumah jer susun aturnye..

Time aku bukak pintu tu.. aku pelik..kenapa spa tu bersepah2.. beg2 tercampak di ruang tamu.. bantal2 pun bersepah2 kat situ.. baju2 bergayutan.. aku jerit kat kakak aku kat dlm kereta.. aku cakap maybe family makcik tu dtg.. tp aku pelik, setahu aku anak2 makcik tu aku kenal.. bukan cara mereka macam ni.. pening aku.. Aku dah mula mengorak langkah nak masuk ke dalam rumah tu.. nak cari toilet sekali.. hehehe.. tetibe.. aku terpandang ade sesuatu bergerak2 di atas sofa.. aku pandang jer makhluk tu.. nampak macam lelaki.. aku berdiri statik jerk kat situ.. tergamam sebab aku dah duk dalam rumah tu... menuju ke dapur.. Tetibe aku terfikir yg ni rumah lelaki2 bujang.. aku duk pandang jer sekitar dlm rumah tu.. lelaki tu bukan anak kepada makcik tu.. lama jugak aku terkaku kat dalam rumah tu.. bila aku sedar, lelaki tu duk cakap ngn aku.. tp aku terus meluru keluar dan ambik kasut aku terus ke kereta dan blah mcm tu jerk..

Kesian kat mamat yg tidur tu.. aku kejutkan die.. lepas tu blah camtu jerk.. seram sejuk aku.. 1st time aku masuk rumah lelaki.. mujur kawan2 die x bangun lagi.. kalau x.. habis aku.. lagi malu.. main redah macam tu jerk masuk rumah orang.. Dalam hati aku duk terfikir.. mcm tu rupanya rumah lelaki bujang.. patutulah kat luar tu banyak sangat motor.. :).. tak terfikirlak aku time tu.. main redah jerk.. :D..

Thursday, February 18, 2010

 
Ni Pemandangan negeri kelahiranku..
Aku dapatkan gambar ni daripada salah sorang kawan dari Group Photography DM
Aku diberi gambar ni semata2 kerana kehadiran kambing tuh..
Sepasang kambing di tepi pantai..
Ini pemandangan di Daerah Marang nih..
Pantai Kelulut kot..
Aku pun kurang pasti..



All images on this site are under the ownership & copyright of Fathumohamad Photography.No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the written permission of Fathumohamad Photography. All rights reserved. If you wish to buy or duplicate a photo, please email me to discuss it. Thank you!

p/s : so, jangan sape2 copy gambar ini yer..
Kalau x, korang akan disaman.. termasuk dengan aku sekali.. wakaka..
tq Fathu.

Blue & Elton John - Sorry Seems To Be The Hardest Word

Lagu ni kawan aku bagi kat aku suh letak kat dalam Diary Hearty aku nih..
Hehehehe..
Dia nak suh Diary aku nih nampak semakin sedih kot..
Aku baru jer nak buat2 happy kat dalam blog nih..
:P
Poyo jerk budak tu..
Die yg kata blog aku sedih..
Die lak nak tambah kesedihan blog nih..
xpe.. xpe.. I follow..


Ni plak lagu yang aku duk nyanyi..
Suka lak nyanyi lagu budak2 ni..
Happy sokmo..
Happy Happy Happy..
Hopefully tis song ll make me HAPPY..

p/s : Lagu ni xde kene ngene ngn sesape..
Aku x tujukan lagu ni ke sesape..

Wednesday, February 17, 2010

Nangis2 Gelak2

Ari ni aku duk gelak2 kat opis..
Ngan gang2 sekepala aku..
Gang sempoi.. Iichiro dan Ixora..
Wat aktiviti sendirik sambil2 makan pizza..

Sambil gelak2 tu sempat lagi duk poyo2 usha org..
Tetibe jer time tergelak2 tu, aku terpandang seorang lelaki..
Berkupiah, berkemeja, dan berjanggut sedang berjalan2..
Aku lak, terus cakap.. "tengok2..org alim"..  Kawan2 aku terus tengok kat pemuda tu..
kemudian kami bertiga cepat2 control gelak..
dan CONTROL AYU.. 
Aku lak tunduk.. aku bayangkan lepas die blah aku nak sambung gelak..
Tup2..die dtg kat kami..
Mak ai, terkejut beruk aku.. aku tunduk jerk..
muka aku dah merona merah tahan gelak..
Sambil mata aku mengerling Ixora yang sama cam aku..
Dah tersipu2 dah.. mujur Iichiro melayan pertanyaan mamat tuh..
Aku ingatkan dah berjaya menahan gelak..
Tetapi tibe2 mamat tu terhantuk kat dinding sambil mengaduh..
Apalagi, Ixora terus blah sebab dah ketawa berdekah2 dah..
Aku lak menggigil2 badan menahan gelak..

Kesian kat mamat tuh..
Maybe die ingat kami gelakkan die..
huhuhuhu.. 
Maaf bro, kami bukan gelakkan kamu..
Tapi kelakar jugak.. :P..
hehehehe..

Best per.. dah lama aku x gelak..
Sebelum ni aku nangis jerk..
:P :P :P :P

p/s : camne ek mamat tu leh terhantuk kat situ 



Tuesday, February 16, 2010

Happy Lah Plak

Semalam kawan aku cakap blog aku sedih..
Semua entry yang aku masukkan dalam ni sedih2..
Dan lagu2 yang aku bagi kat die pun sedih2..
Dan telah membuatkan dirinya bersedih..

Dan kerana tu jugak..
Berguni2 nasihat free yang die telah bagi kat aku..
Mujurlah just dalam email..
Kalau dalam YM memang jenuh tuk aku menjawabnyer..
2 page mail box aku hanya email die jerk..

Hehehehe..
Aku hanya menjadi pendengar ajerk..
Dia bagi nasihat tanpa mengetahui masalah sebenar aku..
Kih3x.. poyo jerk aku..
Dia hanya tahu aku ada masalah cinta..
Tetapi tak tahu hujung pangkal masalah aku tu..

Tq ek Dik..
Kerana sudi menghayati blog aku nih..
Walaupun ko tak tahu mslh akak..
Tetapi akak menerima secara terbuka nasihat itu..
Jazakallah..
:D

Monday, February 15, 2010

Ya Allah..
Bantulah dia..
Kembalilah die kepada kebenaran..
Walaupun bukan Kau ciptakan dia untukku..
Tetapi aku tak pernah sampai hati untuk melihat die jauh dariMu..
Kembalilah dia kepadaMu ya Allah..
Bantulah dia..
Janganlah sesekali Kau tinggalkan die..
Aminn..

Ya Allah.. kurniakanlah aku pengganti yang lebih baik darinya..
Yang mampu menerimaku seadanya..
Yang mampu menjaga aku dan keturunan kami..
Yang mampu memimpin keluarga kepada redhaMU..
Kenalkanlah aku dengannya Ya Allah..
Hanya engkaulah yang maha mengerti..

Saturday, February 13, 2010

Please Allah.. Guide Me

 The hate that I feel in my heart is real,
But these are feelings that I don't want to feel.
Please Allah help me to be strong,
As I know feeling like this is wrong.
You know the pain and anger that I feel in my heart,
Please take it away, make it depart.
I'm so tired and weary Dear Lord,
These feelings I cannot afford.
I want to feel alive, I want to feel free,
I want to be the best Muslim that I can be.
Please take this pain, throw it away,
I need to prostrate to You and pray.
Please Allah forgive my anger,
These feelings are from Syaitan- I'm in danger!
Please calm my heart, calm my mind,
Let me feel the peace that I yearn to find.
Thank You Allah for hearing me out,
Thank You Allah for allowing me to take the right route.
Allah, when I am confused, please guide me.


" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Thursday, February 11, 2010

Memori Cinta


Ni lagu zaman aku kecik2 dulu.. kakak aku yang pertama suke sangat nyanyi lagu ni.. time tu aku baru berumur 3 or 4 tahun kot.. tetapi disebabkan ingatan aku ni kuat.. sampai sekarang lagu ni aku ingat.. tadi time aku duk dengar lagu dr youtube, terjumpa lak lagu ni.. Tetibe teringat kenangan dulu di zaman kanak2 riang.. Teringat zaman aku ngn adik beradik yang lain.. tp kenangan tu dah lama sangat.. masing2 dah berkahwin.. tinggal aku jer lagi yg belum.. :P.. takpe, adik selalu terkemudian.. :D..


Ni plak lagu kakak aku yang ke-2.. Lagu ni die sellau nyanyi time die remaja.. Aku pun ingat2 lupa jugak..
X pernah ingat lagu ni.. tetapi bila dengar balik, baru ku teringat aku agak familiar ngn lagu ni disebbakan kakak aku tu selalu menyanyi.. maybe waktu tu die baru putus cinta.. ngeh3x..
Tapi sekarang alhamdulillah.. dah selamat kahwin..
dan sekarang dah jadi cikgu.. Aku gak yg belum dapat keje tetap..
Hehehehe.. KPLI baru2 ni aku tak mintak..
Tetibe lak timbul perasaan benci tuk jadi cikgu..
Takpelah.. xyahla jadi cikgu, nanti aku ajar ilmu x betul lak kat budak2 tu..
Orang2 yang baik jer yg leh jadi cikgu..
Yang jahat2 dan poyo2 cam aku ni..
better tak payah..
habis anak2 didik aku jadi jahat mcm aku..
ye la kan.. pepatah menyatakan "guru kencing berdiri, murid kencing berlari".



Ni plak lagu aku.. ngeh3x.. setulus hati lagu ni mencoretkan kisah duka dan luka hidupku bergelar remaja..
remaja ke? hahaha remajalah sangat.. remaja tua..
poyo jerk.. tapi lagu ni memang meninggalkan banyak nostalgia dalam hidupku..
:D :D :D..

Wednesday, February 10, 2010

Nasib Diriku - Jamal Abdillah



Begini Kisahnya Nasib Diriku
Tak Henti Dilanda Derita
Kembara Dirantau
Mencari Sinaran Bahagia

Umpamanya Biduk Terbuang Hanyut
Dihempas Dipukul Gelombang
Tak Daya Berpaut
Terdampar Di Tepian Pantai

Korus
Pengorbananku Setulus Hatiku
Tersemai Kasih Yang Setia
Namun Kekasihku Jauhkan 
Dirinya
aku Derita

Relaku Renang Badai dan Taufan
Di Lautan Kasih Gelora
Tak Pernah Kukesal
Segala Dugaan Kuterima

Tuesday, February 9, 2010

Kata-Kata Berhikmah


Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang..
Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya..
Di mana ada keraguan, di situ kita menebarkan harapan..
Di mana ada kesedihan, di situ kita berkongsi ceria..
Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

-Cikgu Rashid



P/s : Putri petik kata-kata ini daripada laman blog Cikgu Rasyid, http://kerdipanbintang.blogspot.com Aku suka membacanya.. Selama ini mungkin aku menantikan kehadiran "kita" hadir apabila aku memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka.. Aku betul2 mendambakan kehadiran "kita" supaya aku mampu bangkit setelah aku terjatuh.

Tetapi apabila aku membaca kata2 ini, aku terpanggil untuk menjadi "kita" tersebut.. 

Seorang "kita" yang mampu menyayangi orang yang memerlukan kasih sayang, perhatian..
Seorang "kita" yang akan menghiburkan dikala seseorang mengalami kesedihan..
Seorang "kita" yang menaburkan harapan kepada seseorang yang telah putus asa..
Seorang "kita" yang menceriakan, membahagiakan seseorang yang berduka lara..
Dan seorang "kita" yang akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan..

Apabila kita telah menjadi seorang "kita".. kita tak perlu lagi rungsing.. dan sedih.. kerana sudah pasti Allah akan mengurniakan kita seorang "kita" untuk kita. Kerana Apabila kita sentiasa berbuat baik kepada orang lain, Allah akan sentiasa membantu kita apabila kita menghadapi masalah. Kerana hidup ini ada kitaran pasang surutnya.. Apabila orang ada masalah, kita tolong.. dan InsyaAllah apabila kita menghadapi masalah.. orang lain akan tetap menolong kita. 

Sunday, February 7, 2010

Tag1 : Bagaimanakah Bidadarimu??

Artikel ini aku jumpa time blog walking. Aku suka menghabiskan masa terluang dengan membaca di iluvislam.com. Semasa memilih aritkel2 yang menarik, aku terjumpa artikel berkaitan dengan wanita yang bagaimana yang perlu kita elakkan untuk mengambil sebagai isteri. Adakah aku termasuk dalam kategori yang disenaraikan tersebut?



“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

Wanita Hananah:


Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:


Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:


Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.




Glosari:
1. Lagha : sia-sia

Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.

dipetik dari : www.iluvislam.com

p/s : Marilah kita muhasabah diri. Semoga kita tidak tergolong dalam kategori yang disebutkan di dalam petikan tadi. Begitu sukarnya untuk kita menjadi wanita yang terpilih. Baru ku tahu wanita ni mempunyai kategori2 tertentu. Mampukan aku untuk mengelak diri daripada termasuk ke dalam sebahagian daripada mereka? 

Apabila kufikir2 balik, kadang2 aku ni pemalas jugak, x mustahil untuk aku menjadi wanita yang Ananah. kerana malas untuk buat kerja rumah.. Nauzubillah.. reka pelbagai alasan supaya tak perlu buat kerje rumah.. huhuhu.. x mustahil tu.. 

Wanita yang Mananah.. setakat ini, aku tak pernah mengungkit2 lagi.. tapi tak tahulah kot2 di masa depan.. manalah tahu kot2 suamiku nanti jenis tak menghargai pengorbanan isteri.. nak x nak terpaksa ungkit. Kalau tak, die tak sedar.. yerla kan, lelaki ni macam2 peelnyer.. macam perempuan jugak.. ya Allah, mintaklah aku dapat suami yang pandai menghargai isterinye.. janganlah Kau kurniakan aku seorang suami yang curang, dan yang hanya pandai mencari kesilapan isteri sahaja. Aminnn.. 

Ramai jer wanita yang Hananah.. banding2kan kebaikan suami dulu dan suami sekarang (hehehe, mcm aku pernah bersuami dua lak, satu pun belum tentu lagi :P, poyo jerk.. ) Tapi kan, ade ke ek kita bandingkan suami kite dengan bekas boy friend kite dulu.. boleh ke ek kite mencintai suami yg kite nikahi seperti mana kita mencintai bf kite dulu? Berdosa tak ek kalau kite berkahwin tetapi dalam waktu yg sama masih mencintai bekas bf kite dulu.. Ya Allah, berilah aku suami yang aku mampu cintai sepenuhnya, tanpa berbelah bahagi.  yang mampu aku hormati dan aku ikuti semua arahannya.. dan yang penting.. yang menerima aku seadanya dan mampu membimbing aku yang agak keras kepala ini.. Aminnn..

Wanita Hadaqah.. Aku rasa aku bukan perempuan yang seperti ini.  Kalau aku nak beli sangat2.. aku gune duit aku jer lah.. aku kan wanita bekerjaya.. emmmm, boleh ke berfikiran seperti itu? Kalau aku memujuk boleh tak? memujuk bukan memaksa kan?

Nauzubillah.. mintak jauh aku daripada menjadi wanita Baraqah. Aku bukan suka bersolek.. melekit2 mukaku kalau bersolek.. panas yop..panas.. kalau dari segi makanan plak, aku ni simple ajer.. bantai.. xde makanan lain, maggie pun aku bedal.. ngeh3x.. Tapi kan.. aku sebenarnye lebih suka makan maggie kalau dibandingkan makanan lain :P

Yang kategori last ni aku takut.. Kadang2 aku ni tergolong di dalam kategori yang suke bercakap jugak. Hal2 yang tak penting pun aku bedal.. mengumpat pun aku suke.. huhuhuhu.. takutlah plak.. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada menjadi wanita yang Shadaqah.
  
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada tergolong dalam kalangan yang engkau benci. Kurniakanlah kami pasangan yang baik, yang soleh, yang boleh membimbing kami daripada terjerumus ke neraka Mu ya Allah.. Aminn aminn ya rabbala'laminnnn..

Petikan ini aku nak taqkan pada kawan baik aku, merangkap kakak aku..iaitu Dorayakiee supaya membuat muhasabah diri seperti huraian yang aku buat di bawah petikan.  Cube kaitkan dengan diri sendiri.. dengan cara ini moga2 kite dapat membaiki diri menjadi lebih baik :)

Tinggal Kenangan


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....



Lagu ini xde kene mengene denganku atau mana2 pihak yang pernah aku kenali atau bakal aku kenali.
Lagu ini diperkenalkan oleh kawan baikku, Ana Abdullahi kepadaku, dan aku masukkan di dalam blogku ini. 

Saturday, February 6, 2010

4U2C



click to create your own

Friday, February 5, 2010

Kenangan

Rindunye kat roomate merangkap senior aku..
Aku rindu Kak Tina..
Aku rindu zaman aku kejutkan die dari tidur semata-mata nak main air hujan..
Dalam setahun tu, hanya 2 3 kali jer hujan kat tempat aku belajar tu..
So kalau hujan turun tu, aku betul2 gembira..
Aku ambil peluang nak bermandi manda..

Aku rindu time kami tidur beratapkan langit yang ditaburi bintang-bintang di padang kawad..
Waktu tu Kak Tina tahun akhir..
Dia nak release tension sebab projek tahun akhir..
Dan aku waktu tu tension sebab lab report yang menimbung..
Tak pernah habis..
Waktu tu kami habiskan waktu malam dengan berpeleseran di padang kawad..
Tidur ramai-ramai di atas padang sambil bercerita..
Sambil memandang langit yang ditaburi bintang..

Setelah puas di padang kawad, 
Kami bertenggek di atas jejantas..
Berpaut-pautan di situ seolah-olah ingin membunuh diri..
Apabila penat duk di atas jejantas memerhatikan kereta yang lalu lalang..
Kami balik ke hostel melalui Dewan Peperiksaan..

Bila kami merentasi padang kawad sekali lagi..
Baru kami perasan ade sesusuk badan manusia mengekori kami..
Menakutkan betul di saat itu..
Tetapi setelah diamat amati rupanya pakcik guard..
Rupa2nye pakcik guard mengekori kami semenjak kami tidur di tengah padang..

Hehehe.. malu apabila diingati kembali..
Kenangan..

Thursday, February 4, 2010

Bibir Mengukir Senyuman, Hati Merintih Pasrah

Tq kawan-kawan office aku..
Aku hargai sangat2 kehadiran korang..
Korang selalu mengambil berat sal aku..
Korang janganlah risau sal aku..
Aku dah besar, boleh jaga diri sendiri..

Aku mintak maaf sebab buat korang risau..
Aku ok, sentiasa ok insyaAllah..
Maaf sebab aku x mampu berkongsi dengan kalian masalah aku..
Maafkan aku sebab aku tak dapat jadi macam dulu..
Jiwa aku x berapa nak tenang sekarang..
Korang mesti pelik kan, dulu aku ambik cuti panjang tanpa sebab..
Maaf aku terpaksa menipu korang..
Aku xnak korang risau..
Aku ambik cuti sebab aku perlukan ruang tuk diriku sendiri..
Maaf sangat2..

Dulu2 korang selalu tanye aku..
Kenapa aku nangis..
Macam2 aku bagi alasan..
Kucing aku matilah, ade org mati lah.. kambing aku sesak nafas lah..
Kemudian aku gelak..
Nangis2 kemudian gelak..
Mesti korang ingt aku gila kan..
Sebab tu aku melarikan diri..
Sebab aku tak larat nak menjawab persoalan korang..

Sekarang, bila aku dah balik..
Mula2 aku pesan kat korang.. 
"jangan tanye kemana aku pergi, dan jangan tanye ape yg berlaku pada aku, atau ape2 jua yg berkaitan dengan aku"..
Aku bukan ape, aku takut aku menangis lagi..

Aku dah penat tersenyum, mereka pelbagai alasan..
Aku tak sanggup menipu korang lagi..
Aku mintak maaf..
Aku betul2 mintak maaf..

Korang biarkan aku sorang2 dulu ek..
Kalau korang tgk aku gelak..
Biarkan ajer..
Kalau korang tengok aku menangis..
Korang buatlah tak nampak..
Korang jangan tanye kenapa..
Aku xnak menipu lagi..

Semakin aku mereka pelbagai alasan,
Hatiku semakin sakit..
Bibirku tersenyum..
Hati aku menangis..
Jiwa ku merintih..
Aku tak tahu sampai bila aku perlu begini..
Aku selalu menipu korang..
Sakit sangat..
Aku bukan menipu korang sahaja..
Tetapi aku berusaha keras tuk menipu diri aku sendiri..
Tapi sampai sekarang kau tak berjaya menipu diri sendiri..
Tetapi aku berjaya menipu korang..
Korang jangan desak aku lagi ek..
Kesian kat aku..
Aku dah xnak menipu.


Tuesday, February 2, 2010

Baby Iman

 

Ni kawan satu batch ngan aku kat USM..
Kak Zura & Suaminya, Abg Azizan.. 
Kak Zura baik sesangat..
Aku pernah ketuk bilik dia pagi2 buta dengan bawak bantal (buat2 mengigau)..
Sejurus selepas dia bukak pintu aku pun naik katil die terus tidur sampai pagi..
Hehehehe.. 
Dia terpisat2 tengok aku, tapi die biarkan jer aku tido dalam bilik dia..
ngeh3x.. poyo jerk aku..
Time tu aku bukan ngigau, tapi aku lari dari bilik..
Sebab bilik aku bising..
So nak x nak aku terpaksa lari dr bilik wat ala2 ngigau dan redah bilik org yg dah tido..
ngeh3x..
xpe.. time tu walaupun kami masuk sekali..tapi aku masih muda..
org lain tua dari aku.. so aku ni jadi adik bongsu diorang ler..
Time tu, kwn2 aku panggil aku dengan meletakkan perkataan adik sebelum nama aku..
ngeh3x..
Pernah aku gaduh dalam lab ngn kawan aku sebab die duk panggil aku adik..
huhuhuhu..

 

Ni baby Kak Zura.. baru jer lahir.. Nur Iman Amani Bt Azizan
 Baru jer lahir pada 17.01.2010

   

MasyaAllah..comel bangat..
Seperti ibunya..
Tahniah kak sebab dah dapat baby..
Huhuhuhuhu..Putri jeles ni..
Akak dah ade baby, putri xde lagi..
Doakan Putri cepat2 kawin ek Kak Zura..
hehehehe.. poyo jerk doa camtu..
kih3x..
Ape2pun, tahniah :D
Semoga bahagia sampai bila-bila..
Amiinnnn

Siapakah Aku???

Yop..
Siapakah aku di matamu?
Apakah pandanganmu tentang aku?
Aku ni bagaimana?

Jawablah yop..
Aku merayu sangat2..
Siapakah dan bagaimanakah aku di matamu..

Adakah aku ini bukan manusia di hadapanmu?
Ataupun spesis haiwan berdarah panas barangkali..
Ataupun spesis karnivor, omnivor..
Apa? Reptilia.. or amfibia..

..

Ape2 ajelah yop..
Aku tak kisah apepun tanggapanmu padaku..
Asalkan aku tahu aku spesis Homo Sapiens..
Yang diciptakan oleh Allah..
Mempunyai aQal untuk berfikir..
beserta nafsu untuk dikawal..

Sebagai Homo Sapiens,
Aku mempunyai perasaan..
Aku mempunyai maruah..
Aku mempunyai harga diri..
So pleaselah..
Janganlah permainkan perasaan aku macam ni..


Aku yakin, kau juga Homo Sapiens sepertiku..
Sebab tu aku dengan rela hati memberikan hatiku padamu..
Dengan harapan kau menjaga hatiku sebagaimana aku menjaga hatimu..
Kerana kutahu..
Homo Sapiens tidak akan memperlekehkan Homo Sapiens yang lain..
Lebih-lebih lagi Homo Sapiens yang kau sayang..


Macaca pun sayangkan pasangan dia..
Sedangkan Allah tidak memberi Macaca aQal untuk menilai..
Dan berfikir..
Macaca tidak pernah mungkir janji..
Kasih sayangnya terlalu tinggi sesama sejenisnya..
Tetapi kenapa Homo Sapiens lebih teruk dari Macaca yang tidak diberi aQal..
Adakah Homo Sapiens dizaman cyber ini menggunakan aQal untuk menindas..
Aqal Homo Sapiens di zaman teknologi ni tidak mempunyai nilai..


Kerana apa?
Kerana ingin menguji keupayaan diri mempermainkan?
Menguji level aQal untuk mempengaruhi Homo Sapiens lain?
Untuk membandingkan siapakah lebih hebat..
Begitukah Homo Sapiens di zaman globalisasi ini?
Zaman janji tinggal janji..
Kata-kata bagaikan angin lalu..
Takde ape2 makna yang perlu dititik beratkan..


Kalau beginilah Homo Sapiens yang Allah kurniakan aQal..
Xde ertinya hidup di dunia ni..
Andaikata hidup tiada arah tujuan..
Baik bagi peluang spesis Macaca untuk mendominasikan dunia ni..
Itu lebih baik daripada Homo Sapiens yang hidupnya hanya melukakan hati Homo Sapiens lain..
Saling menjatuhkan sesama sendiri..
Lebih baik Macaca atau Rana sphnecephala utricularia atau Tripanoma Gondi mendiami dunia ini..
Mungkin dunia ini lebih aman dan tenteram..
Hidup di dalam populasi yang aman..
Ekosistem yang teratur dan bersih..
Itu lebih baik..


Lebih baik berkawan dengan spesis Rana..


p/s : Jangan dibaca entry ini..
Ini hanyalah coretan tak bernilai..
Hanya untuk memeningkan kepala yang sudah sedia pening..
So kalau xnak pening..
Jangan dibaca ya..
Sure korang menjadi pening kalau korang baca jugak..


-Peace n0 War-

Akulah Hawa


Aku umpama bunga
Kembang mekar dipuja
Kumbang rerama berlumba
Bila layu dilupa.

Aku ibarat gula
Banyak semut suka
Ditutup aku terbela
Terbuka aku ternoda

Aku bagai kertas
Bernilai andai dirias
Terkoyak bila dihiris

Ibarat kertas gula dan bunga
Hakikatnya aku cuma wanita
Ada masanya disanjung dipuja
Kala waktunya dikutuk dihina

Aku hanyalah wanita
Punya rasa dan airmata
Biarlah apa kata mereka
Mengabdi diri hanya pada-Nya

Aku seorang wanita
Di sini sebagai hamba
Jangan tunduk pada dunia
Teguhkan hati pada yang Esa
Akulah hawa
Di dunia ini cuma sementara
Bunga kan layu
Gula kan cair
Kertas kan koyak
Tapi bukan jiwaku
Kerana akulah hawa
Hidup dan mati kerana Dia


p/s : poem ni aku copy dari blog Kak Haniza ili.com

Monday, February 1, 2010

Putera Katak

Aku dah nak tido dah..
Lepas borak2 ngn Kak Dora Yakie..
Malam ni aku x masuk Facebook...
Malam ni malam yg "no facebook"..
YM pun dah lama aku tak masuk..
Apatah lagi Friendster..
Dah lama ditinggalkan..
Kesian kat kengkawan aku..
Sorry yer kawan2..
Walaupun x dapat borak..
Korang tetap di dalam hati aku..
I ll always miss n love u my dear friends..
 

hehehe.. sebenarnye aku dah nak tido dah ni..
Tapi disebabkan aku x tulis ape2 malam ni..
Sebelum tido aku nak coretkan sesuatu kat sini..
Kononnya nak tulis sal PUTERA KATAK..
hehehe.. aku nak mimpi putera katak malam ni..
X jumpa real pun..
Jumpa dalam mimpi pun ok..
kih3x.. 
Moga2 aku dapat menukarkan putera katak menjadi putera raja yang hensem..
Sory kak Dora.. asyik katak jerk..
kih3x..
Good nite kak dorayakiee


p/s: sape la nak jadi putera katak aku..
dari aku kecik sampai sekarang.. aku tak pernah lagi jumpa my real putera katak..
huhuhuhuhu..