Artikel ini aku jumpa time blog walking. Aku suka menghabiskan masa terluang dengan membaca di iluvislam.com. Semasa memilih aritkel2 yang menarik, aku terjumpa artikel berkaitan dengan wanita yang bagaimana yang perlu kita elakkan untuk mengambil sebagai isteri. Adakah aku termasuk dalam kategori yang disenaraikan tersebut?
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
Wanita Ananah:Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.
Glosari:
1. Lagha : sia-sia
1. Lagha : sia-sia
Nota:
*Penghantar artikel ini menyatakan bahawa artikel ini bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali.
dipetik dari : www.iluvislam.com
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada tergolong dalam kalangan yang engkau benci. Kurniakanlah kami pasangan yang baik, yang soleh, yang boleh membimbing kami daripada terjerumus ke neraka Mu ya Allah.. Aminn aminn ya rabbala'laminnnn..
p/s : Marilah kita muhasabah diri. Semoga kita tidak tergolong dalam kategori yang disebutkan di dalam petikan tadi. Begitu sukarnya untuk kita menjadi wanita yang terpilih. Baru ku tahu wanita ni mempunyai kategori2 tertentu. Mampukan aku untuk mengelak diri daripada termasuk ke dalam sebahagian daripada mereka?
Apabila kufikir2 balik, kadang2 aku ni pemalas jugak, x mustahil untuk aku menjadi wanita yang Ananah. kerana malas untuk buat kerja rumah.. Nauzubillah.. reka pelbagai alasan supaya tak perlu buat kerje rumah.. huhuhu.. x mustahil tu..
Wanita yang Mananah.. setakat ini, aku tak pernah mengungkit2 lagi.. tapi tak tahulah kot2 di masa depan.. manalah tahu kot2 suamiku nanti jenis tak menghargai pengorbanan isteri.. nak x nak terpaksa ungkit. Kalau tak, die tak sedar.. yerla kan, lelaki ni macam2 peelnyer.. macam perempuan jugak.. ya Allah, mintaklah aku dapat suami yang pandai menghargai isterinye.. janganlah Kau kurniakan aku seorang suami yang curang, dan yang hanya pandai mencari kesilapan isteri sahaja. Aminnn..
Ramai jer wanita yang Hananah.. banding2kan kebaikan suami dulu dan suami sekarang (hehehe, mcm aku pernah bersuami dua lak, satu pun belum tentu lagi :P, poyo jerk.. ) Tapi kan, ade ke ek kita bandingkan suami kite dengan bekas boy friend kite dulu.. boleh ke ek kite mencintai suami yg kite nikahi seperti mana kita mencintai bf kite dulu? Berdosa tak ek kalau kite berkahwin tetapi dalam waktu yg sama masih mencintai bekas bf kite dulu.. Ya Allah, berilah aku suami yang aku mampu cintai sepenuhnya, tanpa berbelah bahagi. yang mampu aku hormati dan aku ikuti semua arahannya.. dan yang penting.. yang menerima aku seadanya dan mampu membimbing aku yang agak keras kepala ini.. Aminnn..
Wanita Hadaqah.. Aku rasa aku bukan perempuan yang seperti ini. Kalau aku nak beli sangat2.. aku gune duit aku jer lah.. aku kan wanita bekerjaya.. emmmm, boleh ke berfikiran seperti itu? Kalau aku memujuk boleh tak? memujuk bukan memaksa kan?
Nauzubillah.. mintak jauh aku daripada menjadi wanita Baraqah. Aku bukan suka bersolek.. melekit2 mukaku kalau bersolek.. panas yop..panas.. kalau dari segi makanan plak, aku ni simple ajer.. bantai.. xde makanan lain, maggie pun aku bedal.. ngeh3x.. Tapi kan.. aku sebenarnye lebih suka makan maggie kalau dibandingkan makanan lain :P
Yang kategori last ni aku takut.. Kadang2 aku ni tergolong di dalam kategori yang suke bercakap jugak. Hal2 yang tak penting pun aku bedal.. mengumpat pun aku suke.. huhuhuhu.. takutlah plak.. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada menjadi wanita yang Shadaqah.
Petikan ini aku nak taqkan pada kawan baik aku, merangkap kakak aku..iaitu Dorayakiee supaya membuat muhasabah diri seperti huraian yang aku buat di bawah petikan. Cube kaitkan dengan diri sendiri.. dengan cara ini moga2 kite dapat membaiki diri menjadi lebih baik :)
0 comments:
Post a Comment