Wednesday, March 24, 2010

Hidup ini umpama mimpi..
kiter berjalan2 mencipta kisah kita sendiri..
menghayun langkah membina impian..
jatuh, bangun..
dan kembali meneruskan langkah..
kadang2 kiter jatuh,
dan tak mampu meneruskan perjalanan..
kaki kite terluka..
tersadung atau terpijak duri2 di tengah jalan..
kite kesakitan..
tapi, ape yg boleh kite buat..
melainkan berusaha untuk bangun
dan meneruskan langkahan kiter..
kadang2 rs tak larat sangat nak berjalan lagi..
x sabar2 nak terjaga dari mimpi ini..
 
kata2 by putri isyrak
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu
atau cendana wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak jika terpaksa,
cukuplah jadi kayu api asal punya harga diri

Tetapi,
jika mahu jadi kayu majal,
keras dan padu seperti cengal,
keruing atau meranti itu juga pilihanmu cuma,
jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak kaum sendiri

Kulit

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu jahat
Belum tentu
Yang cantik itu baik

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu baik
Belum tentu
Yang cantik itu jahat
 
By FathuMohamad

...



Cuba kau berlari dan melompat ke bulan
cubalah, sejauh mana kau boleh pergi
dapatkah kau lakukan?
dapatkah?

Cuba pejamkan matamu, bayangkan
kau sedang berlari dan melompat ke bulan
cubalah, pasti kau di sana sekarang
asyik?

Kau kini berada di bulan – tempat idamanmu
(sekarang dibulan kononnya)
cuba kau buka matamu
kini, kau berada dimana sebenarnya?

Nukilan : Fathu Mohamad

Tuesday, March 23, 2010

Jom Senyum

Sunday, March 21, 2010

Bahagia

Bahagia..
Setiap manusia mengimpikan sebuah kehidupan yang membahagiakan..
Keluarga yang memberikan ketenangan..
Kawan-kawan yang memberi kedamaian..
Pasangan yang menyejukkan..

Tetapi semua tu adalah milik Allah..
Dia akan memberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..
Dia takkan memberi kepada orang yang tak dikehendaki-Nya..
Kebahagian yang Allah beri bukan sekadar suka2..
Tetapi ia adalah suatu ujian dari-Nya..
Supaya kite belajar untuk berSYUKUR..

Dan kesengsaraan yang Allah berikan..
Bukan bermaksud petanda kebencian Allah..
Tetapi juga merupakan ujian dari-Nya..
Untuk meningkatkan tahap keimanan kepada-Nya..
Untuk melatih manusia bersifat REDHA pada-Nya..

Sengsara atau bahagia..
Ia merupakan asam garam sebuah kehidupan..
Untuk mendapat kebahagiaan, 
Kite perlu membahagiakan orang lain..
Untuk mendapatkan kesengsaraan.. 
Kesengsaraan akan diperolehi apabila kite tidak bersyukur dan berterima kasih pada Pencipta..

Hidup ini seperti roda..
Kadang2 bahagia..
dan kadang2 sengsara..

Apa jua situasi kite..
Kembalilah pada Allah..
InsyaAllah sentiasa bahagia..
Kalau tak di sini,
Insya-Allah di sana..
dan di sanalah yang paling utama..
:D :D

Human Sillhoute

Gambar ni diambil dari flickr HaziQ..
Comel..
Macam belalang jadian..
Melompat dan terus melompat :)
mintak2la tuan die tak marah aku letak kat sini..
Ni link ke flickr beliau.
http://www.flickr.com/photos/digitalfadlo/

Sunday, March 14, 2010

Pada Malam Itu

DSCN0148


Pada sunyi malam itu
maka berdirilah sebagai dicinta
di hamparan malam
mencari titik berikutnya
bersama haruman doa
dan manis harapan pada manik embun
yang menghampiri diri di dinihari
dan dalam syahdu malam itu
ada hangatan jernih
menitik di tapak tangan dan hati
berterima kasih dan syukur
pada yang berhaknya
itulah rindunya
malam itu bintang meribu
dingin bayu menderu
titik embun memburu
bulan pun tersenyum malu
matahari bermimpi di peraduan
di langit, darat, laut dan angkasa telah merestui
dan sang putera pun menangis lagi
dalam syahdunya malam dan rindunya.

........................................................................

Friday, March 12, 2010

Kampung Kuala Marang (my village)

Senja

Tuesday, March 9, 2010

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

ulat bulu/ ulat beluncas


Gambar hasil dari Ustaz Wan Zailani

dah diizinkan oleh http://www.flickr.com/photos/ustazwanzphotodigital/4386096727/



..curi gambor orang..


Silhoutte


Disnap oleh Nikon D700

Kreadit kepada  http://www.flickr.com/photos/fathu1010/

Takde Tajuk

Boring..
Tension..
Serabut..
Kepala Pening..
Hati Keras..
Kenapa yer????

Setiap hari aku lalui perkara yang sama..
Xde perubahan di dalam hidup..
Bangun pagi2, selak selimut, gosok gigi, mandi, solat,
seterika baju, pakai baju, gi office, kemudian balik office, bukak pc, tido.. kemudian ulang perkara yang sama seperti yang aku tulis tadi..
Takde perkembangan langsung..
Tension jerk.. 
Aku dahla biol, lama2 jadi dungu terus..
Otak tak berkembang langsung..
Rimas.. lemas.. 
buat perkara yang sama..

Dah lama aku hidup camni..
langsung xde improvement..
Kalau org lain level hidup semakin hari semakin meningkat..
Tapi aku, mendatar jerk.. kadang2 turun..
Ni baru je nak meningkat balik.. 
Boring dah hidup cenggini..
Rasa nak resign..
Cari alternatif lain supaya hidup lebih bermakna..
Berwarna-warni..
Ni di takat yang sama jerk..
Sepatutnya semakin hari semakin bagus..
Huhuhu..

Ya Allah, tunjukilah aku jalan redhaMU..
Corakkanlah kehidupanku dengan hidayahMU..
Warnakanlah hidupku dengan cahayaMU..
Amin-amin ya Rabbala'laminn..

My Place - Terengganu Terindah


..Kampung Nelayan..


..Apabila mentari melabuhkan tirainya..


Monday, March 8, 2010

Perempuan Dalam Puisi

Perempuan Dalam Puisi

Jangan kau huraikan harum mayang rambutmu
kepada lelaki bukan suamimu
kerana itu adalah rangsangan
yang amat pantas
menyentuh nurani dalam
Maka tutuplah ia kembali
agar dengan itu
engkau sebenarnya akan lebih kelihatan manis,
sopan dan mulia

Kadang-kadang diwaktu akhir zaman ini
kau perempuan
sering dianugerahkan kecantikan
untuk menjadi sita yg solehah
atau sekaligus dengan keayuan itu pula
ia bakal menghancurkan dirimu sendiri

Moga-moga kau perempuan
tidak akan menjadi kelkatu
yang akan kecundang
atau patah serta terbakar sayapnya
dek memburu cahaya api

Lantaran sabda nabi:
sesungguhnya aku sudah sampai ke neraka
lalu aku dapati kebanyakan mereka
yang sedang berbaris masuk ke dalamnya
adalah terdiri dari orang-orang
yang kaya dan mewah hidupnya sewaktu
didunia dulu, 
dan paling ramai
isi neraka itu
ialah kaum wanita!

Suara Ku Berharap - Hijau Daun With Lyric

Saturday, March 6, 2010

Aku Cinta Dia



Semalam aku mimpi..
Kow kow aku mimpi semalam..
Its like real..
Berlaku pergelukan yang maha hebat di alam mimpi..
Tak pernah aku alami mimpi yang sebegitu real..
Ketakutan.. aku berusaha keras untuk menyelamatkan diri..
Dah puas aku menjerit..
Tetapi tiada siapa pun yang mahu menolong..
Tak ade sesiapa pun di situ yang boleh menolongku..
Hanya kegelapan yang menyelubungi diri..
Tetapi..
Setelah aku puas meronta dan cube melarikan diri..
Setelah aku penat menyelamatkan diri..
Aku dah pasrah..
Teresak2 aku menangis..
Esakanku tetibe buatku terjaga dari tidur..
Apabila terjaga..
Aku beristifar panjang..
Alhamdulillah kerana ia hanyalah mimpi..
Tetapi..
Selepas pada tu, aku tak mampu menyambung tidur..
Otakku berputar ligat..
Kenapa aku diberikan mimpi sedemikian rupa..
Kenapa die sanggup melakukan itu kepadaku..
Dahlah die mengkhianati cinta kami..
Wakaka..
Poyo jerk aku..

Sebenarnya sebelum aku tidur semalam..
Aku duk kusyuk membaca novel AKU CINTA DIA, tulisan Sharifah Abu Salam..
Kisah Dania yang terpaksa tinggal di Wadi Saffiyah kerana kesilapan silamnya..
Pusat perlindungan bagi remaja yang menghadapi masalah sosial..
Aku duk baca buku tu sampailah aku pejamkan mata..
Buku entah ke mana.. aku plak terus masuk ke alam lain..
Tetiba menjadi Dania..
Wuahaha..
Aku betul2 mendalami watak Dania..
Kesian Dania.. Menjadi betul kisahnye sampaikan terbawa2 ke dalam mimpiku..

p/s : tidur x sempat baca doa, sebab tu syaitan kacau.. huhuhu

Friday, March 5, 2010

Erti F.A.M.I.L.Y

Tadi aku bukak email..

Aku bukak email nih.. 
yang dihantar dari salah seorang kawanku..
Begitu tersentuh sekali kisah yang dipaparkan di dalam petikan ini..
Aku juga seperti die..
Kenapa dengan family kite tak baik seperti kite melayan kawan2 kita..
Kenapa yer?
Sedangkan family kitalah yang akan membantu kite apabila kita di dalam kesusahan..
"Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA " 

Lagu Nostalgiaku Dulu

Lagu ni pernah aku tujukan pd seseorang..
waktu tu kami masih bergelar kawan..
Aku duk buat gate dlm hati aku..
Bina gate slow2..
Tapi sayang, gate tu runtuh akhirnya..
Dan akhirnya aku jugak yang dipersalahkan..


Thursday, March 4, 2010

Kenapa? Mengapa?

Kenapa masih mengekori andai hati sudah membenci?
Kenapa membenci jika sayang masih di hati?
Mengapa menipu diri jika hati masih menyayangi? 
Tanya sama hati..
Tanya sama diri..
Adakah benci wujud di hati..
Ataupun sayang masih merantai diri..
Renung renungkanlah..


Lagu Best.. Hayatilah..