Ya Allah..
Kau simpanlah hatiku..
Kau jagalah ia..
Aku takkan ambil balik setelah aku serahkan padaMU..
Kau bagilah hatiku kepada sesiapa yang Engkau kehendaki..
Kau didiklah hatiku itu untuk mencintaiMU..
Untuk mencintai orang yang Kau tetapkan untuk memiliki hatiku..
Ya Allah, janganlah Kau izinkan seseorang untuk mencintaiku andaikata dia bukan ditakdirkan untukku..
Kau terlalu memahamiku..
Lebih mengetahui diriku berbanding diriku sendiri..
Aku serahkan seluruh kehidupanku padaMU..
Kau corakkanlah ia sebagaimana yang telah Engkau tetapkan..
Hatiku padaMU..
Aku akan mengharungi segala2nya berdasarkan kehendakMU..
Kau pimpinlah tangan kehidupanku..
Kau suluhlah setiap langkahan perjalananku..
Kerana aku tidak mempunyai hati untuk merasai dan memilih sendiri hala tujuku..
Dan aku tidak mempunyai mata untuk melihat yang mana terbaik untukku..
Pimpinlah aku wahai Penciptaku..
Kau pemilik diriku..
Pemilik hatiku..
Pemilik jasadku..
Pemilik anggotaku..
nukilan putri isyrak
2 comments:
Hati dan segala yang ada di dunia adalah milik dan kejadian Allah.
Moga kita berjaya mengemudi hati kita dengan baik dan selamat, Ameen..
Ameennnn ameennn ya robbala'laminnn..
Post a Comment