Tuesday, June 15, 2010

Fadhilat Bulan Rejab







Artikel ini dipostkan di atas permintaan. Izza takut nak post sesuatu yang berkaitan dengan agama, dibimbangi menyebarkan maklumat salah memandangkan kekurangan pengetahuan di dalam ilmu agama. Jika artikel yang izza post ni terdapat kesilapan, sila perbetulkan.


Tidak ada dalil daripada hadis sahih berkenaan fadhilat puasa pada bulan Rejab. Keistimewaan bulan Rejab ialah tergolong daripada bulan-bulan haram seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36. Bulan-bulan haram yang dimaksudkan ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Walau bagaimanapun, fadhilat mengenai puasa bulan Rejab kebanyakannya bersumberkan hadis dhaif atau maudhu' (palsu). Walaupun hadis mengenai fadhilat berpuasa dibulan Rejab terdiri daripada hadis dhaif dan palsu, tetapi ia tidak membawa kepada larangan berpuasa sunat dalam bulan Rejab. Rasulullah saw berpuasa dalam bulan Rejab berdasarkan hadith ini :

Usman bin Hakam Al Ansori berkata:

"Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di bulan Rejab."

Beliau (Sa’id ) menjawab:

"Saya telah mendengar Ibnu Abbas ra berkata: 

Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) baginda tidak berpuasa“. 

– Riwayat Muslim.

Hati-Hati Dengan Fadhilat. Kita biasa mendengar mengenai Fadhilat, namun usahakanlah untuk merujuk terlebih dahulu daripada mana sumber hadis Fadhilat itu didapati. Apakah pula taraf hadis tersebut? Namun perlu diingatkan, sesetengah hadis dhaif masih boleh diguna pakai sebagai Fada'ilil Amal (fadilat-fadilat amalan) atas beberapa ciri seperti tidak bertentangan dengan syarak dan lain-lain lagi.

Bagi yang kuat menjaga kesucian hadis, janganlah pula meletakkan kata putus bahawa haram berpuasa pada bulan Rejab, atas dhaif dan palsunya hadis FADHILAT puasa Rejab. Harus diingat, terdapat juga sumber hadis sahih yang menyatakan Rasulullah sendiri berpuasa dalam bulan Rejab.

Cuma jika hadis tersebut bertaraf MAUDHU', janganlah pula kita dengan suka hati menyebarkannya. Kerana ia boleh tergolong dalam perkara BERDUSTA TERHADAP RASULULLAH SAW.

Untuk hadis dhaif, ini memerlukan sedikit kajian kerana taraf dhaif ini kadang kala berpunca daripada perawi hadisnya, namun tidak menafikan bahawa ia berasal daripada Rasulullah saw. Ia hanya tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam. Berhati-hatilah dalam menangani isu hadis Fadhilat ini.

Kalau ingin keterangan lanjut, boleh terus mengklik di blog ini memandangkan izza mengambil maklumat dan mengedit dari sini. Jazakallah..

http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/06/fadilat-puasa-bulan-rejab-siri-1.

2 comments:

Anonymous said...

Syukran atas perkongsian. Mengamalkan fadhilat bagus, cuma harus berhati-hati tentang kebenaran fadhilat yang dianjurkan.

LadyBird said...

Al-Farosyah : betul kak.. harus berhati2..