Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak
"Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil".
Al Baqarah : 67
Al Baqarah : 67
Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.
Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesucinnya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.
Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.
Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.
Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.
“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”
Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.
Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”
Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:
“Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."
Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.
2 comments:
tersentuh baca... thank you... :)
u r welcome.. :D..
Post a Comment