Saturday, October 31, 2009

Puding Gula Hangus

Arini aku buat Puding Gula Hangus Special..
hehehehe..



Ni la bentuk puding yang baru siap masak satni.. baru jer 2 minit :P
hehehe.. aku letak lebih gula.. sebab ritu "muffin coklat" kate puding aku tawar..
tp skrg, aku lak yang tak leh makan..
manisla sangat2..

Friday, October 30, 2009

Suratan atau Kebetulan




Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)


Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)


Lagu Paling Best


Lagu ni buat hati aku yang tension berbunge riang..
sempoi giler lagu..
kih3x.. klakor lak..
liriknyer mak ai.. tulus dari hati tu..
!!!



jom karaoke sama2..
ni aku dah carikan lirik tuk korang..

LIRIKNYA :

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Thursday, October 29, 2009

Buah Hati Pengarang Jantung


Baby sape ntah tido atas katil aku tuh..

Barangan keperluan aku setiap hari.. kalau xde memang cacing kepanasanla aku..

Sebenarnya ni laptop kakak aku, aku terpaksa pinjam sebab pc aku duk kat ward.. sakit..
2 hari duk kat ward.. so terpaksalah aku pinjam laptop ni..sebab aku boring..aku xleh berpisah lama dengan "hubby" aku ni..


Ni la warne laptop ni.. comel kan..

Ni harta aku yg aku sayang sangat2.. segala mak nenek ade kat dalam ni.. kalau hilang.. aku x tahula ape akn jadi pada aku.. mintalah x hilang.. aminnn..

p/s : aku x tau nak tulis ape dah kat blog aku ning.. arini aku x gi keje.. aku tension.. so aku memang xleh gi keje memandangkan keje aku ni melibatkan orang ramai.. aku takut aku tak mampu control emosi aku.. so aku terpaksa ponteng kerje.. huhuhu.. dah 2 hari aku x gi keje ni.. aku nak cari kedamaian jap..

Wednesday, October 28, 2009

Congratulation





Rosniza & AB bersama bunga tahi ayam.. hihihi..
Bunga ni buah hati Ros yang bagi sempena dengan majlis konvocation UITM..



Ros tersenyum simpul bersama dengan bunga kesayangannyer.. hik hik hik..
dalam hati berbunga riang.. kembang mekar seperti bunga tahi ayam di tangan..
hihihihi..soirry Ros, gurau jerk..

p/s : bersempena dengan ini, akak nak mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menamatkan pelajaran dan berjaya mendapat diploma.. akak doakan agar korang akan sambung belajar balik.. :) hehehehe.. kalau xnak sambung.. jom keje kat sini.. kiter keje same2 ek, sampai ke titisan darah terakhir.. hehehehe..


Tuesday, October 27, 2009

Hari yang Penuh dengan Dugaan




Tanggal 26 Oktober 2009.. aku seperti biasa datang pagi2 tuk bukak semua lampu dan aircond galeri sains, serta lampu tangga pejabat (walaupun bukan tugas aku). Disebabkan akulah org yg mula2 datang ke pejabat, so akulah yang kene bukak.. kalau x memang bergelapla aku.. :P

Seawal pagi aku datang dengan semangat yang baru, sebab perlu kekuatan mental, rohani, emosi, jasmani .. kalau salah satu x sihat.. memang harulah.. aku check semua jadual tempahan, pakej ape yang diorang nak.. dan akan inform kepada petugas tayangan, petugas galeri, petugas aktiviti, dan aturkan supaya ia tersusun dan x nampak berterabur.. dan kene prepare mental yang cergas, cerdas dan bernas tuk handle pelbagai jenis gelagat guru2 dan pelajar..

Tempahan tuk hari tu memang penuh, dan aku spend time untuk melayani diorang, dan aku pastikan semua sahabat2 seangkatan bersiap sedia untuk menyambut mereka.. so kami menunggulah dengan penuh kesabaran sambil2 buat keje lain yang perlu disettlekan.. tunggu dari pukul 9.00 pg sehingga pukul 1.00 ptg, semua sekolah yang tempah x datang tanpa inform terlebih dahulu kepada aku.. bagusnyer ketua2 rombongan tersebut.. aku tabik springla kat mereka.. dan semua tempahan yang dicancell tanpa diberitahu itu adalah daripada sekolah2 di Malaysia yang terdiri daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam. Bagusnye  orang Melayu Islam ni ek.. :) boleh dijadikan contoh kepada bangsa dan agama lain. Sepatutnye mereka perlu inform kat kami, nombor telefon aku pun mereka dah ada, time mereka nak datang, nak buat tempahan, lembik gigi dari lidah.. time xnak dtg, hilangkan diri macam tu jerk.. x pernah lak fikirkan kami yang menunggu ni, dengan segala peralatan semata2 nak sambut mereka. Okla.. aku masih mampu bersabar..

Waktu aku bersabar tu, aku bersihkan tempat aku yang bersepah dengan segala jenis barang.. time aku sedang panas2 tu, tetiba lak aircond dalam bilik aku tak berfungsi.. so dalam panas, luar pun panas.. dengan senyuman simpulnyer aku bagitahu juruteknik bangunan (bekas scoolmate aku)  tuk settekan aircond aku nih. Disebabkan dia tahu aku ni puteri lilin, on the dot die baiki aircond aku.. time nak baiki tu, aku gi ambik whudu'.. (waktu tu dah lunch hour. Terime kasih kat die kerana sanggup baiki dalam waktu rehat semata2 kerana aku.. tqtqtq..) bila aku balik daripada berwhudu' kerja2 mereka dah siap.. so aku masuk tuk solat, x sempat satu rakaat.. tetibe jer aku teringat handphone aku.. aku terpaksa berhenti solat dan mencarik h/p tu lak, terpaksa gi check kat tempat aku gi ambik whudu' td.. huhuhu.. alhamdulillah still ader, kalu x memang nangis tak berlagulah aku time tu.. cuai nyer aku , x pernah lalui kecuaian macam ni dalam hidup aku.

Kemudian aku selesaikan tanggungjawab aku kat Penciptaku.. aku masuk bilik, bilik aku dah banjir!.. huhuhu.. air menitik2 kat meja aku, habis basah lenjun surat2, dokument2, pemplet2.. terpaksalah plak aku bersihkan dan kemaskan.. buang mana2 yang basah.. terpaksa call cleaner tuk kemaskan bilik aku balik.. penat hanya Allah jer yang tahu.. dengan tak makannyer.. kul 2 ade temujanji dengan sekolah lak, sampailah petang.. waktu tu aku seorang sahaja tuk kemas bilik yang macam tongkang pecah, cleaner hanya bersihkan air sebab die tak tahu yang mana perlu dibuang dan yg mana perlu disimpan.. so terpaksala aku habiskan seorang..

Waktu aku duk kemas2 tu, jam baru pukul 1.30 ptg.. masih dalam waktu lunch hour.. tetiba jer aku bunyi bising2 kat luar office aku, aku ignore sebab jam masih awal.. tetibe aku dengar pintu "star gate" aku terbukak.. aku ingatkan kakitangan sebab seingat aku, sebelum aku gi solat tadi, aku dah tutupkan semua lampu2 dan aircond dalam galeri sains dan memang galeri dalam keadaan gelap, hanya diterangi cahaya malap yang terhasil daripada bahan pameran di situ. Dalam selang waktu yang x sampai 3 saat, galeri sains aku bising gile2.. dan aku dengar bunyi exhibit tersebut dibukak satu persatu.. bunyi riuh rendah budak2 bermain.. tetibe jer aku rasa kemarahan aku dah sampai kemuncak.. dah tepu dan melimpah.. x sempat aku nak fikir dengan waras.. aku keluar dr galeri, dengan suara yang kuat gile (sebab diorang bising) aku cakap kat semua pelajar tu " siapa yang arahkan kamu semua masuk? Mana guru kamu? Panggil die dah jumpa saya kat depan!", itulah ayat aku sebijik2.. dengan suara yang terketar2 menahan marah yang tak mampu ditahan. Tu first time aku jadi macam tu selama aku keje kat sini sejak tahun 2006.. selama ni aku pernah jer lalui situasi macam ni, masih boleh menahan amarah.. tetapi disebabkan dugaan datang bertubi2.. dan dengan emosi aku yang tak stabil menjadikan aku seperti harimau betina.. ngeh3x..

Kemudian, ade 2 3 orang cikgu jumpa aku di kaunter informasi kami.. setelah aku bagitahu siapa aku, dan pencerobohan yang mereka telah lakukan, aku dengan sukarelanya x menerima kunjungan mereka melawat di tempat kami.. semasa aku bersoal jawab dengan guru2 tersebut, aku masih mampu bercakap dengan baik walaupun mata aku dah merah menakung air mata kemarahan dan suara aku terketar2 menahan sebak di dada, dan tangan aku agak menggigil sewaktu memberi pamplet tuk memberitahu procedur lawatan. Aku dengan senyuman dan berhemahnyer berkata kepada mereka.. maaf cikgu, kami tak dapat menerima kunjungan daripada sekolah cikgu memandangkan saya tidak dimaklumkan terlebih awal dan saya tidak mendapat sebarang surat secara bertulis dan tidak mendapat sebarang panggilan telefon daripada pihak cikgu untuk memaklumkan lawatan ini. (walaupun sebenarnya aku boleh jer membenarkan mereka melawat, tetapi mereka telah melakukan kesalahan menceroboh, terpaksa aku keraskan hati aku untuk menolak).

Ni antara perbualan aku ngn cikgu tu :

Aku : Salam cikgu, cikgu dari sekolah mana? (aku ingat tempahan pagi td yg datang lambat)
Cikgu : Saya dari sekolah dot dot dot ( xleh dinyatakan disini, tetapi semua students memakai pakaian yang sangat comel, berbaju kurung putih dan bertudung labuh. cikgu yang cakap dengan aku tupun bertudung labuh).

Aku : Tadi ade sesiapa yang arahkan masuk ke? (aku cube berbasa basi sambil tersengih menahan gelodah perasan)
Cikgu : Pintu dah terbukak, so kami pun masuklah. (sambil tersengih2)

Aku : Sebelum saya gi sembahyang tadi, saya dah pastikan pintu ditutup dan semua lampu ditutup. dan saya dengar pintu dibukak tadi. dan di dalam galeri kami pun lampu kami masih belum bukak. Cube cikgu tengok balik.
Cikgu : Saya ingat boleh masuk macamtu jerk, lagipun kami tak tahu ditutup.

Malasla aku nak bertekak ngn cikgu macam ni, toilet awam pun kene bagitahu penjaga die tuk buat bayaran nikan pulak sebuah pusat sains under kerajaan. pelik bin ajaib.. xpelah..mungkin cikgu ni dan anak2 murid die tu baru keluar dari gua. Boleh lak main redah2 dalam keadaan gelap macam tu, pakai mata ape ek leh nampak dalam gelap. :P Aku pun teruskan penerangan aku tentang procedure lawatan. Xpelah, biar aku terangkan sebab mungkin die baru keluar dari gua.

Aku : Cikgu, cikgu perlu buat tempahan dulu sebelum datang. Ni pemplet kami dan di sini ade nombor telefon, nombor telefon saya pun ade kat situ. cikgu boleh rujuk balik. Kalau lain kali sebelum datang, telefon pihak kami dulu atau terus call saya.
Cikgu : Kami tak tahu pulak kene tempah macam ni, driver bas cakap boleh masuk macam tu jerk.. xyah tempah2.. (eh, org kene rujuk driver bas dulu ek sebelum buat lawatan ke sesuatu tempat? )

Aku : Driver bas ke yang handle lawatan ni? Tahu plak driver bas tu kat sini x perlu wat tempahan.
Cikgu : x tahulah saya, driover bas yang cakap.

(sempat lagi salahkan driver bas plak, tadi salahkan pintu terbukak walaupun terang2 salah die. Mujur aku tak suh die kol driver bas suh turun. biar aku brifing driver bas tu, nanti senangla driver nak handle lawatan :P.. rupenye2 selama ni bukan cikgu yang handle ek.. driver bas.)

Aku : So saya rasa xde ape2 lagi lah ek cikgu, lain kali cikgu datang lagi ek. telefon saya dulu.
Cikgu : Terima kasih yer, kami mintak maaf banyak2..

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan menggigil menahan marah, aku masih mampu bercakap baik2 dengan guru tersebut. Sejurus selepas sekolah tu balik, sekolah yang telah berjanji tuk dtg pukul 2.15 telah sampai 15 minit awal.. so aku settlekan dahulu tanpa hiraukan lagi perasaan aku. Kebetulan petang tu ade 3 buah sekolah yg berjanji nak dtg, dan yang datang hanya 2 buah sekolah.. Apabila semua telah selesai, dalam area kul 4 lebih, aku baru berkesempatan nak luahkan perasaan tension aku ni. Aku makan dan kunci bilik, makan sambil nangis semahu2nya.. aku x tahan.. x tahan sangat2.. bukan nangis sebab sedih, tp nangis sebab nak marah.. seksa jugak ek berurusan dengan guru2.. ramai yang x tahu procedure..  tetapi ramai jugak yang baik2.. biasanya yang pelik2 ni.. guru2 wanita.. aku x pernah lagi berhadapan masalah dengan guru2 lelaki.. aku x tahu samada disebabkan aku perempuan, so mereka tak buat hal ataupun memang sikap wanita seperti itu. Allahua'lam.


p/s : Ini adalah langkah2 yang perlu dilakukan sebelum melawat ke sesebuah tempat. Just tuk panduan andaikata pembaca "Diary Hearty" ingin mengadakan lawatan dalam kumpulan yang besar ke sesebuah tempat ( x termasuk toilet awam ) ngeh3x..

1. Buat proposal dulu, hantar ke pengetua/guru besar. Nyatakan sekali tempat2 yang ingin di lawati. Bila diluluskan kite teruskan kepada procedure ke 2.

2. Hubungi semua tempat2 yang ingin dilawati. tanya procedure lawatan, atau tanyalah ape2 persoalan yang berkaitan. kalau x tahu sangat, hubungi je lah, nanti diorang akan terangkan. Perhubungan boleh dibuat melalui :

    i ) Telefon
    ii ) Surat
    iii ) Fax
    iv ) Emel

3. Setelah menjalani langkah yang ke 3, kene buat panggilan balik untuk memastikan pegawai yang bertanggungjawab menerima surat/fax/email daripada pihak tuan. (kecuali langkah ke 2 tadi dibuat melalui panggilan telefon)

4. Setelah semua selesai, sehari or 2 hari or seminggu kene kol balik untuk follow up, manelah tahu berlaku sedikit kekeliruan, maklumlah manusia.. x leh lari daripada kesilapan. Kalau lawatan terpaksa cancell, kenelah inform jugak. Kalau tak nanti kasihan pihak yang menunggu lawatan tu.. try belajar untuk bertanggungjawab. Kalau memang sebelum ni korang mmg x bertanggungjawab, tp tolongla belajar.. :) kalau korang tahu tutup dan bukak mata, mesti korang tahu nak adakan lawatan dan batalkan lawatan. kan?

5. Hari lawatan tu, in caselah kalau korang terlewat. Maklumlah jalan memang sesak, kadang2 kenderaan banyak.. cubelah rajinkan tangan tuk mendail nombor telefon syarikat/agensi tuk maklumkan keterlewatan tersebut. Janganlah kedekut kreadit sangat.. sekurang2nye mereka boleh menyediakan back up plan tuk sambut korang.. sebab ada sesetengah tempat perlu ikut jadual tertentu..

6. Kalau dah sampai tu, jangan redah masuk jer tau. tunggu dulu :P

Itu sahaja langkah2 yang perlu dilakukan sebelum melakukan sebarang lawatan untuk memastikan lawatan anda dalam keadaan yang terancang dan tak kelam kabut. Semoga dapat dijadikan panduan. :) peace.. Semoga lawatan anda dapat mencapai matlamat dan yang penting berjalan dengan lancar. Kene saling memahami di antara satu sama lain.. masing2 bekerja dan menjalankan tugas.. semua nak menjadi yang terbaik..

Monday, October 26, 2009

Pengalaman di Matrik



Ni lagu dikir barat Kelantan.. Kali pertama aku dengar lagu ni waktu mule2 masuk matrik, malam terakhir minggu suaikenal... Waktu tu setiap kumpulan kene buat persembahan. Kumpulan aku buat pentomin.. aku jadik ibu yang sakit.. hehehe.. best jugak... ibunye lagi comel dan kecik dari anak, Anak aku nama Muhaimin, itulah kali pertama dan terakhir aku cakap ngn die, tu pun disebabkan satu group.. lepas pada 2, aku langsung x pandang die, sebab aku pemalu.. kih3x.. sekarang die dah jadi doktor, dan kawin dengan anak pensyarah fizik aku.. pensyarah yang pernah marah aku sebab aku x pernah buat tutorial fizik sampai siap.. hehehe.. dan pensyarah aku tu pulak duduk sejiran dengan kampung aku :P..

Hehehe.. berbalik kepada kisah dikir barat ni.. Waktu tu, aku x faham pun ape yang mereka nyanyi, yang pasti, nyanyian mereka best.. x kisahla aku faham ke tak.. lagipun malam tu penat giler, jadi aku dengar x dengar jer nyanyian die.. Muzik die lagi kuat dari suara die.. penyanyi die org kelantan.. x pernah tahu nama sampai sekarang.. dan x pernah pun nak borak ngan die.. muka die pun aku dah x ingat.. ngeh3x.. aku ni jenis budak yang tak pernah nak layan orang.. buat hal sendirik jerk..

Bestnye pengalaman kat matrik, walaupun aku ni agak bodoh2, selalu jer balik kampung. sebab homesick, selalu jer demam sebab cuaca kat sana memang panas, sampai padang kami rumputnye x pernah warne hijau.. kuning jer memanjang..  Aku lak, sepanjang duk sana asyik demam, batuk, demam, batuk dan asyik duk ulang alik ke hospital.. huhuhu.. warden aku la yang selalu jadi mangsa aku :P.. tq warden.. hihihihi.. jasa korang x pernah aku lupakan.. rindunyer .. huhuhuhu.. tq ek sebab tolong jaga aku :(

Pengalaman yang tak pernah aku lupekan sampai sekarang time aku jatuh katil, minggu pertama tu katil aku runtuh.. huhuhu.. aku ni nampak jer kecik, tp kalu aku jumpe katil memang terukla katil tu aku kerjakan.. hehehehe.. kebetulan katil aku tu katil kayu, dan dah nak runtuh ( aku rasa dah nak runtuh ), hehehe.. nth macam mana malam time aku tido tu.. katil aku runtuh.. aku duk katil bawah.. hehehe.. habis kepala aku terantuk kat paku.. huhuhu.. mcmn nth ade paku kat situ... pagi2 tu terus aku bagitahu kat fasilitator kat situ, nama die Mohazam, Abang Mohazam, orang Terengganu.. die la yang rapat ngan aku time tu.. malam tu aku balik, katil aku dah elok :P.. tq ek.. die la yang tolong pakukan katil aku.. Kemudian katil aku runtuh untuk kali kedua waktu akhir sem.. time tu aku gatal duk tingkat atas.. sebab katil aku yg kat bawah tu dah penuh ngan buku.. malam tu time aku nak turun katil tu, time nak pijak tangga sekali lagi katil aku runtuh... aku tak tahu pun macamana katil aku runtuh, sedar2 aku dah duk bawah dan papan katil tu duk atas aku.. dengan katil2 tingkat bawah tu tercabut paku.. (katil aku katil 2 tingkat, aku duk 2 orang sebilik dengan seorang roomate. so seorang ade 2 katil).. habis lebam2 tubuh aku.. pagi2 esok time aku masuk dewan exam, warden aku marah aku sebab x repot malam tu dan die baru jer tahu aku jatuh katil tuk kali ke dua.. lebam2 kat badan aku habis die check.. huhuhu. habis hilang mood aku nak jawab exam.. sebab aku malu kawan2 aku tahu aku jatuh katil.. org lain aku x kisah nak gelakkan aku sampai tergolek, tapi ade lak org repot ke abg mohazam, abg tu gelak sakan kat aku.. die kata aku ganas.. jahat.. huhuhuhuhu.. tapi bile ingat balik, aku tersengih sorang2.. Lepas aku balik exam, katil aku dah siap dibaiki.. :P tq ek.. hihihi..

Dulu2 aku suke study kat padang, berhadapan dengan HEP.. padang tu memang mendamaikan.. tempat aku duk menung sorang2.. Kadang2 dengan Juwita.. kawan baik aku.. Kat padang tu ade pokok besar.. bile aku tension2 aku gi panjat pokok tu.. huhuhu.. ritu kebetulan lecturer aku nampak.. die terus datang dan marahkan aku.. tension2.. x bebas langsung.. bagila aku peluang nak nakal.. hehehe.. nakal dan lepas tu menyusahkan orang lain.. ngeh3x.. ape2 je lah, asalkan aku puas hati..  aku rindula nak panjat pokok.. rindu kehidupan aku dulu2.. kat rumah aku dahla x bebas, so bagila aku peluang nak buat ape yg aku suke kat sini .. ( bisikan hati aku time tu ) :P

Tempat aku nangis lak kat belakang library.. kalu aku tension, mesti aku sembunyikan diri kat belakang library duduk kat celah2 batu.. dan tempat tu jugak tempat aku dan kawan2 wat latihan teater..

Kat matrik aku, selalu jer ade aktiviti2.. sukaneka, persembahan.. dan aku adalah sebahagian daripada diorang.. biasanya kalau buat persembahan.. kumpulan aku mesti mendapat tempat pertama.. Kuliah 1, Amali 1.. Kumpulan yang glamour dengan kenakalan dan semangat kekitaan.. semua lecturer akan kenal dengan kuliah 1.. mungkin disebabkan dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka.. prinsip kami, cubit peha kiri, peha kanan akan terasa sakitnya.. :)

p/s : kepada kawan2 aku.. kalau korang dapat cam dengan kisah yang aku tulis ni.. hubungi lah aku balik.. aku rindukan korang semua.. rindu sangat2.. Atun, Juwita, Azmahani, Dhila, Syeda, Faizal, Azmi Najmin, Adam.. korang kemana ek.. aku amat rindukan korang.. tanpa korang, aku xkan mampu sampai tahap ini.. jasa2 korang aku x pernah lupakan.. hanya Allah yang mampu membalasnya.. Yang aku masih berhubung sekarang hanya dengan atun, abang bad, abang mohazam.. Johan Johari, Azmahani..

Sunday, October 25, 2009

Aminkan Doa Kami

Cinta vs Sambal Belacan



Cinta itu..
boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..
walau pedas..hingga mengalir air mata..
masih mau dimakan jua..

Cinta jangan dibuat macam goreng pisang..
sungguh enak bila..makan panas-panas..
bila ia sejuk jadi kurang enak..
ho ho ho ho.. hilang sedapnya..

p/s : Aku memang suke nyanyikan lagu ni, ikut rentak nyanyian Apek & Yusri..perumpamaan yang nampak lawak, tapi amat bersesuaian dengan erti sebuah "C.I.N.T.A"..
Perumpamaan yang ringkas, padat, dan menyeluruh.. ngeh3x..

Aku memang x suke makan makanan yang pedas2.. nanti lidah aku akan berdarah.. memang parah, tetapi, aku suka sangat makan belacan.. kalau belacan x pedas, bagi aku x nikmat, baik xyah makan.. bile belacan tu pedas.. rasa nikmat.. boleh bertambah nasik.. rela makan lagi walaupun perut dah x mampu nak tampung.. hehehe.. semakin pedas, semakin bernilai belacan tersebut. x kisahlah lepas aku makan tu, lidah aku akan sakit.. dan x mungkin akan pernah serik tuk makan lagi :D..

Orang cakap, dalam sebuah perhubungan cinta, gaduh tu adalah lumrah. Gaduh, baik, gaduh lagi dan baik lagi.... time gaduh memang teruk sangat2.. rasa nak bercerai time tu jugak.. rs sakit sangat, hancur luluh, rasa tangkai jantung tu seolah2 nak terputus.. tapi, bila dah berbaik balik.. perhubungan tu akan lebih bernilai, sebab.. masing2 dapat belajar daripada kesilapan.. dan akan lebih memahami di antara satu sama lain.

Bernilai jugak ek gaduh ni.. hihihi.. sebab tu la kot, aku tengok ayah/mak aku gaduh jerk.. pengikat kasih sayang.. best jugak kan gaduh, lepas gaduh mesti ade adegan pujuk memujuk.. :).. kalau x gaduh macamana nak pujuk.. huhuhu.. x bestnyer.. xde warne warni kehidupan.. mmm...

so kesimpulannye, meh kiter gaduh :p gaduh tu ibarat lada.. cinta itu ibarat belacan.. tanpa lada, belacan xkan bermakna.. tanpa gaduh, cinta xkan berseri..




Saturday, October 24, 2009

Ahmed Bukhatir - Zawjati - My wife




Ahmed Bukhatir - Zawjati - My wife

TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da'ani)



I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You're my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you're there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you're upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You're my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You're my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you're fine ( more )

p/s : suke sangat2 lagu ni..