Wednesday, March 24, 2010

Hidup ini umpama mimpi..
kiter berjalan2 mencipta kisah kita sendiri..
menghayun langkah membina impian..
jatuh, bangun..
dan kembali meneruskan langkah..
kadang2 kiter jatuh,
dan tak mampu meneruskan perjalanan..
kaki kite terluka..
tersadung atau terpijak duri2 di tengah jalan..
kite kesakitan..
tapi, ape yg boleh kite buat..
melainkan berusaha untuk bangun
dan meneruskan langkahan kiter..
kadang2 rs tak larat sangat nak berjalan lagi..
x sabar2 nak terjaga dari mimpi ini..
 
kata2 by putri isyrak
Kalau kita menjadi kayu
biarlah jadi gaharu
atau cendana wangi dan bernilai tinggi
atau paling tidak jika terpaksa,
cukuplah jadi kayu api asal punya harga diri

Tetapi,
jika mahu jadi kayu majal,
keras dan padu seperti cengal,
keruing atau meranti itu juga pilihanmu cuma,
jangan pula nanti
sampai sanggup jadi hulu
yang rela diperkuda kapak
hingga tergamak menetak kaum sendiri

Kulit

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu jahat
Belum tentu
Yang cantik itu baik

Jangan lihat pada kulit
Belum tentu
Yang hodoh itu baik
Belum tentu
Yang cantik itu jahat
 
By FathuMohamad

...



Cuba kau berlari dan melompat ke bulan
cubalah, sejauh mana kau boleh pergi
dapatkah kau lakukan?
dapatkah?

Cuba pejamkan matamu, bayangkan
kau sedang berlari dan melompat ke bulan
cubalah, pasti kau di sana sekarang
asyik?

Kau kini berada di bulan – tempat idamanmu
(sekarang dibulan kononnya)
cuba kau buka matamu
kini, kau berada dimana sebenarnya?

Nukilan : Fathu Mohamad

Tuesday, March 23, 2010

Jom Senyum

Sunday, March 21, 2010

Bahagia

Bahagia..
Setiap manusia mengimpikan sebuah kehidupan yang membahagiakan..
Keluarga yang memberikan ketenangan..
Kawan-kawan yang memberi kedamaian..
Pasangan yang menyejukkan..

Tetapi semua tu adalah milik Allah..
Dia akan memberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..
Dia takkan memberi kepada orang yang tak dikehendaki-Nya..
Kebahagian yang Allah beri bukan sekadar suka2..
Tetapi ia adalah suatu ujian dari-Nya..
Supaya kite belajar untuk berSYUKUR..

Dan kesengsaraan yang Allah berikan..
Bukan bermaksud petanda kebencian Allah..
Tetapi juga merupakan ujian dari-Nya..
Untuk meningkatkan tahap keimanan kepada-Nya..
Untuk melatih manusia bersifat REDHA pada-Nya..

Sengsara atau bahagia..
Ia merupakan asam garam sebuah kehidupan..
Untuk mendapat kebahagiaan, 
Kite perlu membahagiakan orang lain..
Untuk mendapatkan kesengsaraan.. 
Kesengsaraan akan diperolehi apabila kite tidak bersyukur dan berterima kasih pada Pencipta..

Hidup ini seperti roda..
Kadang2 bahagia..
dan kadang2 sengsara..

Apa jua situasi kite..
Kembalilah pada Allah..
InsyaAllah sentiasa bahagia..
Kalau tak di sini,
Insya-Allah di sana..
dan di sanalah yang paling utama..
:D :D

Human Sillhoute

Gambar ni diambil dari flickr HaziQ..
Comel..
Macam belalang jadian..
Melompat dan terus melompat :)
mintak2la tuan die tak marah aku letak kat sini..
Ni link ke flickr beliau.
http://www.flickr.com/photos/digitalfadlo/

Sunday, March 14, 2010

Pada Malam Itu

DSCN0148


Pada sunyi malam itu
maka berdirilah sebagai dicinta
di hamparan malam
mencari titik berikutnya
bersama haruman doa
dan manis harapan pada manik embun
yang menghampiri diri di dinihari
dan dalam syahdu malam itu
ada hangatan jernih
menitik di tapak tangan dan hati
berterima kasih dan syukur
pada yang berhaknya
itulah rindunya
malam itu bintang meribu
dingin bayu menderu
titik embun memburu
bulan pun tersenyum malu
matahari bermimpi di peraduan
di langit, darat, laut dan angkasa telah merestui
dan sang putera pun menangis lagi
dalam syahdunya malam dan rindunya.

........................................................................

Friday, March 12, 2010

Kampung Kuala Marang (my village)

Senja

Tuesday, March 9, 2010

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..