Wednesday, September 1, 2010

Ujian & Kesabaran

Petikan ni dapat daripada yahoogroup :)
tQ kepada sesiapa yang memberi..
Tak tahu ditujukan kepada siapa, namun boleh dishare di sini untuk panduan :)
Assalamualaikum kawan2..

Semalam terbaca status seorang adik dalam family kita, jadi hari ni terasa nak menaip ini untuk beliau. Tak tau la beliau prasan tak posting ni ntuk dirinya.. Hee.. Semoga kamu terperasan. Moga2 dirinya mendapat ketenangan dan ketabahan. Moga2 yang sama juga untuk diri yang sedang menaip ini dan juga sahabat2 yang lain.
Hidup di dunia memangnya akan penuh dgn ujian. Kita memang diciptakan untuk diuji. Allah Maha Pengasih lagi  Maha Penyayang telah berkata dalam kitab-Nya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 155)
Ada kalanya ujian Allah datang terasa sangat berat. Lalu terasa hampir mahu berputus asa. “Aku dah letih Ya Allah.. Aku tak mampu..”  Jangan! Jangan sesekali mengalah. Percayalah dan yakinlah atas nama Dia, Tuhan kita. “Takkan Allah membebani seorang hamba-Nya melebihi kemampuannya.”
“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala ( dari kebajikan ) yang diusahakannya, dan dia juga mendapat seksa ( dari kejahatan ) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah: 286)

Mari renungkan doa ini.. Doa yang penuh pergantungan dan pengharapan hanya pada Dia.

……. (Mereka berdoa dengan berkata): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah: 286)


Atas nama Dia, janganlah mengalah. Janganlah berputus asa dari rahmat-Nya kerana itu perbuatan orang2 yang sesat.

“Ibrahim berkata,’Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali orang-orang yang sesat’.” (Al-Hijr: 56)

Mohonlah pada Allah untuk teguhkan diri kita di atas Islam, di atas hidayah yang telah Dia kurniakan pada kita. Dan semoga dgn izin-Nya, kita dapat istiqamah menjadi hamba-Nya yang baik hingga ke syurga-Nya. Insyaallah..

Teringat doa Imam Syafie,”Ya Allah, sesungguhnya Kau telah memberiku petunjuk kepada Islam tanpa aku mohon. Maka tunjukilah aku kepada syurga, ketika aku sentiasa memohon kepada-Mu.”

Akan hal-hal yang datang menyakitkan, untuk tusukan-tusukan tajam penderitaan, bagi air mata yang telah tercurah.. Semoga kita tetap bersabar dan bersyukur. Semoga kita tetap bersabar dan bersyukur. Semoga kita tetap bersabar dan  bersyukur.

Kerna..

Rasulullah saw pernah bersabda,“Sungguh menakjubkan urusan seorang Muslim. Seluruh urusannya merupakan kebaikan dan hal itu tidak dimiliki oleh seorang pun melainkan seorang Mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan jika dia tertimpa kesusahan dia bersabar, maka hal itu menjadi kebaikan baginya.” - HR Ahmad.

Jika Allah menakdirkan satu ujian dan ia telah menimpa kita, maka ketahuilah bahawa saat itu kita telah menapakkan tapak kaki kita pada jalan pertama yang dilalui para nabi. Sebab tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah kepada kaumnya, kecuali diuji dalam hal keluarga, harta, anak, dan didustakan oleh kaumnya.

Ibnul Qayyim berkata,”Di manakah engkau? Sedangkan jalan ini adalah jalan yang di dalamnya Adam keletihan, yang kerananya Nuh menangis, Al-Khalil dilemparkan ke dalam api, Ismail ditelentangkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga yang murah dan menetap dalam penjara beberapa tahun, Zakaria dipotong dengan gergaji, Yahya yang menjadi panutan dan menahan diri (dari hawa nafsu) disembelih, Ayyub tertima penyakit, Daud menangis melebihi ukuran, Isa berjalan bersama binatang buas, serta Muhammad saw mengalami kefakiran dan berbagai macam siksaan.”

Oleh itu ketahuilah sahabatku.. Ujian itu sunnatullah.. Para Nabi yang disayangi Allah pun diuji inikan pula kita. Dan seberat mana pun ujian yang kita dapat, itu takkan terlawankan oleh ujian2 para Nabi. Mereka jauh lebih berat dan dasyat. Ujian itu datang sesuai dengan tingkatan iman.

Berdoalah pada-Nya agar menghalau ujian dan cubaan yang sedang dihadapi ini. Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat. Sebab Allah sentiasa mendengar orang yang menyeru-Nya. Siapa yang memohon pada Allah dengan jujur, Allah akan menghilangkan ujian dan cubaan darinya, serta akan melindunginya, menjaganya dan akan merealisasikan permohonan dan harapannya. Bukankah begitu? Katakanlah,”Tentu!” dan dengan yang demikian itu, kita akan mendapat ketenangan jiwa.

“Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu.’ ” (Al-Mukmin: 60)

Berdoalah pada-Nya dengan kerendahan hati dan suara yang lembut.

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dengan suara yang lembut..” (Al-A’raf: 55)

Mengadulah pada Allah dengan sebenar2 pengaduan. Bergantunglah pada Allah dengan sebenar2 pergantungan. Luahkanlah semua yang terbuku di hati pada Dia. Merintihlah. Menghibalah. Merintih dan menghibalah hanya pada Dia.  Berdoalah kepada Allah seperti apa yang kita rasakan dan janganlah membebani diri. Jangan membuat2 munajat. Jadilah diri kita sendiri, dan seketika itu juga kita akan dapat berterus terang dengan-Nya. Tiada perkara yang tidak kita luahkan pada-Nya. Ini tentu terjadi bila kita betul2 tulus dan mencintai Allah seraya merasakan dalamnya nilai kepasrahan kita terhadap-Nya yang akan menumbuhkan kerendahan, kekhusyukan, ketenangan, perasaan butuh, dan keberhibaan penuh kepada Sang Pencipta langit dan bumi.

Imam Ahmad bin Hambal ra bekata,”Tahukah kalian, bagaimana seharusnya seorang Muslim berdoa?” Mereka bertanya,”Bagaimanakah itu wahai Imam?” Beliau menjawab,”Tahukah kalian bagaimana seseorang yang berada di tengah gelombang lautan, sementara dia hanya memiliki sebatang kayu, dan dia pun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdoa dengan mengatakan,’Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi, selamatkanlah aku!’ Maka demkianlah seharusnya seorang Muslim berdoa kepada Allah.”

Rasakanlah keadaan dasyat itu. Saat nyawa di hujung tanduk, hanya Allah yang dapat menyelamatkan kamu. Phewww~ Sehingga kita pun akan kembali kepada Allah dan berdoa kepada-Nya dengan setiap sel kita. Phewww lagi~

Selain itu jum tenangkan hati dengan cuba menggapai cinta Dia. Aku dekat, Kau makin dekat. Jika Allah mencintai seorang hamba maka hamba tersebut akan:

1-      Bertambah taat: Di antara tanda bahawa Allah mencintai kita adalah ketika Allah memudahkan kita melaksanakan ketaatan yang lain.

2-      Dianugerahi teman yang soleh/ah: Allah akan memudahkan kita memperoleh teman yang data membantu kita untuk taat kepada-Nya.

3-      Allah tidak menimpakan musibah terhadap agamanya: Setiap kali terkena musibah Umar bin Khattab selalu memuji Allah. Ketika ditanya, beliau menjawab,”Kerana musibah itu tidak menimpa agamaku.”

4-      Diberi kepandaian dalam agama.

5-      Menolong agama dan menolong kebaikan: Di antara tanda cinta Allah terhadap seseorang adalah ketika orang tersebut dapat membawa kebaikan kepada orang lain di sekitarnya.

6-      Mempunyai obsesi yang tinggi:

Umar bin Abdul Aziz bertutur,”Aku memiliki jiwa yang bersikukuh untuk  mencapai setiap keinginan yang kuimpikan. Suatu saat aku ingin menikah dgn puteri pamanku, dan aku bisa menikahinya. Setelah menikah, aku ingin menjadi gabenor Madinah supaya boleh menebarkan keadilan di Madinah. Aku pun akhirnya menjadi gabenor. Aku kemudian ingin menjadi khalifah kaum Muslimin. Aku pun akhirnya menjadi khalifah. Adapun sekarang, aku merindukan yang lebih tinggi lagi. Sekarang, aku rindu pada syurga.”

7-      Ketenangan hati: Orang yang dicintai Allah tidak memiliki rasa haus terhadap dunia.

8-    Ujian: Ujian ada bahagian tanda cinta Allah kepada hamba-Nya. Untuk itu, Rasulullah saw bersabda,”Tidaklah ujian menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik terhadap diri, anak dan hartanya, kecuali dia akan menghadap Allah dalam keadaan tidak memiliki dosa.” – HR Tirmizi

9-      Sukar berbuat maksiat: Di antara tanda cinta Allah terhadap seseorang adalah ketika dia menjadi sukar untuk berbuat maksiat dan mudah bertaubat.

10-   Perasaan redha.

11-   Cinta manusia: Jika Allah mencintai seseorang maka orang itu akan dicintai oleh semua orang, dan dia pun akan mencintau semua orang.

Bila ditimpa ujian kita kenalah bersabar.. Hee.. [ *Sambung menaip* (-_____-) ]

Seluruh alam ini berdiri di atas fondasi sabar. Matahari tidak langsung muncul di atas langit, melainkan terbit, kendian naik sikit demi sikit hingga terang cahayanya. Tanaman juga tidak tumbuh dgn serta merta. Ia memerlukan kesabaran dan perawatan. Janin juga tidak langsung tumbuh dewasa. Hal ini mengajarkan kita bahawa setiap sesuatu muncul secara bertahap. Setiap sesuatu harus disertai dgn sabar, bahkan Allah pun menyebut diri-Nya ash-shabur, yakni Dzat Yang Maha Penyabar.

Rasulullah saw bersabda,”Tak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan yang lebih sabar dari Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki. ” – HR Ahmad.

Betapa dasyatnya anggapan Allah itu mempunyai anak sehinggakan dgn anggapan mereka itu hampir saja langit pecah,  bumi terbelah dan gunung2 runtuh.
“Dan mereka berkata,’(Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak’. Sungguh, kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar, hampir saja langit pecah, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh (kerana ucapan itu), kerana mereka menganggap (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak. Dan tidak mungkin bagi (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak.” (Maryam: 88-92)

Rahmat-Nya meliputi seluruh manusia sampai orang kafir sekalipun. Apakah Allah mencegah rezeki orang kafir? Selamanya, bukanhkah ini suatu rahmat? Walaupun mereka bermaksiat kpd Allah dan tidak menyembah-Nya? Apakah Allah menghentikan bekalan udara yang dihirupnya? Tidak, walaupun bumi dan langi ini milik-Nya. Itulah rahmat Allah dan mudah-mudahan mereka kembali kepada-Nya. Betapa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Penyabar.

Ada satu kisah:

Suatu hari datanglah seorang pakcik tua kepada Nabi Ibrahim, lalu Nabi Ibrahim mengajaknya ntuk makan bersama. Kemudian Nabi Ibrahim menyalakan api agar makanan itu lekas matang. Tiba2 saja, pakcik tua itu mendekati tungku api tersebut lalu menyembahnya, kerana dia menyembah api. Lalu Nabi Ibrahim berkata,”Pergilah, apakah engkau menyenbah api?” Maka pakcik tua itu berdiri lalu meinggalkan rumah Nabi Ibrahim.

Seketika itu Allah menutus Jibril kepada Nabi Ibrahim seraya berkata,”Wahai Ibrahim mengapa engkau tidak mahu bersabar sesaat sedangkan Aku bersabar terhadapnya selama 60 tahun.”

Kemudian pakcik tua itu muncul dari arah belakang Nabi Ibrahim dan mengajaknya makan bersama. Dia berkata lagi,”Mengapa engkau diam saja?” Lalu Nabi Ibrahim berkata,”Rabbku telah menegurku tentang engkau.” “Rabb Yang Maha Pengasih, Dia berhak disembah,” jawab pakcik tersebut dan dia pun masuk Islam.

Dialah Allah Yang Maha Esa dan Dzat tempat bergantung seluruh makhluk. Dia didurhakai, tapi tetap bersabar. Banyak orang yang tidak menunaikan hak Allah, tapi Allah memaafkan. Ternyata semuanya dibangunkan atas kesabaran. Bahkan ibadah dan ketaatan juga dibangun atas dasar kesabaran. Mengedepankan kepentingan umum, bangun solat malam, puasa, haji dan meninggalkan maksiat juga memerlukan kesabaran. Sesungguhnya segala sesuatu itu memerlukan kesabaran.

Begitu pentingnysa sabar sehinggakan setiap proses segala sesuatu itu dibangunkan atas dasar kesabaran. Begitu juga pada diri senorang hamba Tuhan. Bersabarlah dan ada balasan yang baik untuk kamu. Orang yang benar-benar sabar memperoleh pahala yang tidak terbatas.

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar: 10)

Lastly, nak taip tentang kekasih kita. Rasulullah saw adalah seorang Nabi dan hamba Allah yang paling sabar. Inilah apa yang dialami oleh Rasulullah saw, makhluk yang paling dicintai oleh Allah.

Rasulullah saw lahir dalam keadaan yatim. Ibunya kemudian meninggal, disusuli datuknya, pakciknya dan ketujuh2 anak lelakinya. Jika seorang ibu ditinggal mati satu anak lelakinya mungkin akan menangis seumur hidup. Sedangkan Rasulullah saw harus kehilangan anak-anaknya dalam umur yang berbeza2. Anak lelaki Rasulullah saw yang paling terakhir meninggal adalah Ibrahim. Waktu itu Rasulullah saw sudah tua. 3 tahun sebelum baginda meninggal Ibrahim lahir. Rasulullah saw begitu gembira dengan kelahirannya. Baginda sampai berjalan melewati rumah2 sahabat dan berkata,”Lihatlah Ibrahim ini.” Tapi, hanya dalam beberapa bulan setelah itu Ibrahim meninggal. Rasulullah saw pun sangat bersedih. Puteri2 Rasulullah saw juga meninggal, iaitu Ruqayyah, Ummu Kultsum, dan Zainab. Isteri beliau, Khadijah juga wafat. Pakciknya yang selalu membelanya dan menolongnya juga harus pergi menghadap Allah. Mengapa Rasulullah saw ditimpa banyak sekali ujian seperti ini?

Sebelumnya, Rasulullah saw dikenal sebagai al-amin, iaitu orang yang jujur lagi terpercaya. Tapi setelah mulai berdakwah, Rasulullah saw dianggap pembohong dan gila. Orang2 mentertawakan, mengejek, bahkan mengganti panggilan baginda dengan sebutan orang yang tercela. Para sahabat sangat sakit hati dengan ejekan orang2 kafir ini. Tapi apa kata Rasulullah saw?

Rasulullah saw bersabda,”Mereka memaki orang yang tercela dan melaknat orang yang tercela, sedang aku adalah orang yang terpuji.” – HR Bukhari

Harga diri Rasulullah saw juga dicemarkan oleh orang2 munafik selama satu bulan penuh, kemudian membuat isu2 bohong tentang Saidatina Aisyah.

Rasulullah saw menegakkan agamanya. Sering kali beliau tidak menemukan makanan, hingga meletakkan dua batu pada perutnya untuk menahan lapar.

Hal yang paling buruk yang pernah dialami Rasulullah saw dalam berdakwah adalah saat beliau pergi Thaif, lalu penduduk Thaif melempari Rasulullah saw dgn batu. Sebahagian mereka ada yang berkata,”Apakah Allah tidak menemukan orang yang lebih baik daripada kamu untuk diutus kepada kami?” Ada juga yang berkata,”Demi Allah, meskipun aku melihatmu bergantung pada Kabbah dan engkau bersumpah bahawa engkau adalah seorang Nabi, aku tidak akan mempercayaimu!”

Kedua puterinya, iaitu Ruqayyah dan Ummi Kultsum juga dicerai oleh suami mereka, yakni Utbah bin Abu Lahab dan Utaibah bin Abu Lahab.

Dalam Perang Uhud, Rasulullah saw jatuh ke dalam jurang. Beberapa gigi beliau tertanggal dengan mukanya berlumuran dgn darah. Rasulullah saw justeru berdoa,”Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka adalah orang2 yang tidak mengerti.”

Apakah kita pernah jumpa seseorang di dunia ini yang mendapat ujian seperti Rasulullah saw? Baginda adalah orang yang paling dicintai Allah, tapi meski demikian baginda mendapat banyak ujian. Oleh kerana itu, orang yang tertimpa musibah hendaknya berfikir,”Kalau Rasulullah saw yang paling dicintai Allah harus menerima ujian seperti itu, bagaimana pula dgn aku?” Ketika Allah memberi ujian kepada kita bukannya bermaksud Allah tidak mencintai kita. Rasulullah saw yang Allah paling cinta pun mendapat ujian.. Allah uji sebab cinta.

Dalam menghadapi segala cubaan, Rasulullah saw tetap bersabar dan berdoa, “Ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu. Kebaikan ada dalam kekuasaan-Mu dan keburukan tidaklah berasal dari-Mu.” Rasulullah saw juga berdoa,”Ya Allah, aku memohon pada-Mu supaya aku dapat merasakan nikmatnya melihat wajah-Mu dan nikmatnya pertemuan dengan-Mu.”

Apakah kita pernah jumpa seseorang yang mendapat cubaan bertubi2 seperti itu lalu dia bersujud dan berkata,”Pendengaranku, penglihatanku, sumsumku, dan tulangku tunduk kepada-Mu. Seluruh yang ada padaku tunduk kepada-Mu.” Ketika mendapat musibah kebanyakan orang lupa akan kebaikan Allah. Dia lantas memalingkan wajah dan berkata,”Mengapa Allah melakukan ini kepadaku?” Biasanya, ketika mendapat kebaikan, orang2 akan beribadah kepada Allah. Tapi sekali je cubaan menimpa, mereka akan berpaling. God forbid. Moga kita bukanlah dari kalangan mereka yang tidak bersyukur. Insyaallah.

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah Dengan sikap dan pendirian Yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.” (Al-Hajj: 11)

Saidatina Aisyah pernah berkata,”Aku tidak menemukan orang yang lebih besar cubaannya daripada Rasulullah. Aku juga tidak menemukan orang yang lebih banyak syukurnya daripada Rasulullah.”

Subhanallah.. Sesungguhnya, Rasulullah saw lah contoh teladan yang paling terbaik. Moga2 kita menjadi lebih tabah dan kuat untuk menghadapi ujian daripada Allah dgn mengingati sirah Rasulullah saw.

Wallahu’alam.

Betulkan saya jika ada silap salah.

Sumber taipan: Semulia Akhlak Nabi (Amru Khalid), Dari Hati ke Hati (Amru Khalid) dan Seni Menikmati Ujian (Hani Saad Ghunaim).

0 comments: