Monday, May 31, 2010

Jangan Pernah Impikan Bahagia Jika Kita Pernah Membuat Hidup Orang Lain Sengsara.

Jangan Pernah Mimpikan Kedamaian Andai Kita Pernah Menghancurkan Hati Orang.

Jangan Mengharapkan Harapan Kita Terlaksana Andai Kita Pernah Hancurkan Harapan Orang.

Jangan Mengharapkan Kita Dihargai Andai Kita Tak Pandai Menghargai Orang.

Jangan Menagih Simpati Orang Andai Kite Pernah Perlekehkan Orang.

Setiap Apa Yang Telah Kita Lakukan Dalam Hidup Kita, Kita Akan Dapat Balik, Jika Kita Pernah Menghulurkan Bantuan Kepada Yang Memerlukan, Suatu Hari Nanti Sewaktu Kita Memerlukan Pertolongan, InsyaAllah Kita Akan Dibantu Orang, Walaupun Bukan Daripada Orang Yang Pernah Kita Hulurkan Bantuan.

Oleh Sebab Itu, Sentiasalah Berbuat Baik Kepada Semua Makhluk Allah, Andai Tiada Orang Yang Akan Menghulurkan Bantuan, Allah Tetap Akan Menolong Kita. 

Wednesday, May 19, 2010

Hidup Ada Kitarnya

Hidup ni ade kitarannya..
tidak pernah ade istilah yg lepas biarkan berlalu..
kerana apa yang akan kite lakukan skrg,
habuannya akan kite dapat balik di kemudian hari..
yg baik kite buat, baiklah ganjarannya..
buruk yg kite buat,
buruklah jugak balasannya.

Tips Penjagaan Rambut

Kebanyakan daripada kita dikurniakan rambut.. Ade rambut lurus, rambut kerinting, rambut ikal mayang, dan ade jugok rambut mcm bulu biri tu.. macam2 jenis rambut Allah kurniakan pd kita.. bergantung pd faktor genetik yang diwarisi oleh setiap individu. Dan tidak kurang jugak yang langsung tiada berambut disebabkan masalah masalah tertentu atau memang mereka suka membotakkan kepala. Maybe lebih selesa sebab malas nak jaga, ataupun disebabkan ketiadaan sikat. :P muehehehe..


Walau bagaimanapun, rambut ni merupakan mahkota wanita. Wanita ni kalau tiada rambut aka botak mmg dok berape nok comellah.. terpaksalah gune khidmat rambut palsu, atau terpaksa tanam rambut. :D.. Kalau zaman dulu2 wanita ni memang suke simpan rambut panjang.. paling pendek pun paras pinggang, dan paling panjang maybe lebih dari kaki mcm cerite mayang mengurai dalam tv tu. Zaman skrg, mcm2 fesyen rambut ade, dari sependek2 sampailah sehabis2 panjang.. ade cacak2, berpetak2, bersimpul2, semua ada bergantung kepada citarasa masing2. Warne pulak pelbagai jenis warna, ade hitam, kelabu, kuning, meroh.. malah ade berbagai2 warne yang bercampur2 mcm bendera Malaysia. Pelbagai kaedah dilakukan semata2 untuk mencantikkan rambut. 

Tapi, bagi wanita bertudung, kebanyakannya suka memotong pendek rambut mereka kerana sukar untuk menjaga. Tanpa penjagaan yang rapi, rambut yang cantik, bersinar, jadi kusam, berbintik2 dan pecah di hujung.. kadang2 rambut berbau disebabkan tertutup di dalam tudung dalam jangka masa yang lama. Oleh sebab itulah ramai wanita bertudung mengambil jalan ringkas dengan memotong rambut mereka sependek2nya.. 

Namun, masih ramai wanita bertudung yang masih gemar menyimpan rambut panjang. Walaupun bukan untuk  tatapan umum, cukuplah sekadar kepuasan peribadi. Bagi mereka yang suka menyimpan rambut panjang, ini adalah cara2 atau langkah2 penjagaan rambut yang saya dapatkan daripada salon perapian rambut di tempat saya dan ada juga saya dapat drp petua orang2 tua. Empunya salon yang saya selalu dapatkan perkhidmatannya suka memberi tip2 penjagaan rambut kepada pelanggan tetapnya. 

1. Sebelum tidur, pastikan sikat rambut terlebih dahulu.. supaya bangun tidur nanti xdelah rambut mengerbang macam pontianak harum sundal malam :P nanti husband tengok terus pengsan tak bangun2.. bukan senang nak cari husband baru, so husband yang ade tu jagalah betul2.. :P

2. Lepas bangun tidur sisirkan rambut dengan tangan dahulu untuk meleraikan kekusutan.. kemudian barulah gi mandi..

3. Syampukan rambut dan "massage"kan kepala, kemudian letakkan pelembab di bahagian atas, tepi telinga dan hujung rambut. X perlu lumur seluruh rambut, nanti rambut akan kelihatan berminyak. Kemudian bilas dengan air bersih sebersih2nya.

4. Keringkan rambut dengan tuala, elakkan gune pengering rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut kering dan tidak bermaya.

5. Elakkan sikat rambut ketika rambut basah untuk elakkan rambut gugur kerana ketika rambut bsh, cekaman akar rambut pd kulit kepala agak lemah. Kalau nak letak minyak, pastikan tidak terkena kulit kepala kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala berkelemumur.

6. Pakai tudung setelah rambut kering.

8. Pastikan rambut dibiarkan bebas tanpa diikat apabila berada di rumah. Untuk memastikan rambut boleh bernafas dan untuk mengelakkan rambut berbau.

9. Untuk melebatkan rambut, lumurkan santan. dan untuk melicinkan rambut rajinkanlah diri meletakkan perahan limau purut atau limau biasa.. 

10. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, amalkan meletakkan minyak kelapa yang dimasak sendiri. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, tetapi hasilnya begitu menakjubkan. ( yg ni xnak buat sebab busuk yg teramat. Kalau sesape suka baunya buatlah)


Selamat mencuba yer :P

Monday, May 17, 2010

Perhiasan Dunia



Wanita merupakan secantik-cantik ciptaan (perhiasan) yang Allah ciptakan.. kenapa kita tidak bersyukur dan bersama menjaga sebaik2 ciptaan tersebut? Kenapa kita tidak berusaha melindungi diri daripada segala anasir2 jahat mengikut apa yang Allah gariskan? Apabila sesuatu berlaku kepada kite, kite terus menuding jari mencari kesilapan  orang lain tanpa bertanya dimanakah silap kita. Adakah kita berfikir? 

- kata2 oleh putri isyrak

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Sempena kedatangan hari guru ni.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu sepanjang kehadiranku yang sementara di dunia ini.

Ucapan ini pertama-tama sekali aku tujukan kepada ibu, Fatimah Abd Rahman. Beliaulah guru pertama aku yang mengajar Alif, Ba, Ta dan A, B, C, serta ayahku yang mengajar berjuang untuk hidup. Mengajar dengan caranya sendiri supaya bersifat cekal, tegal dan tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang aku.

Kepada guru2ku di Sek. Keb. Durian Burung terutama Cikgu Nan Teh Megat Omar dan Cikgu Mokhtar yang banyak membantu aku memberi tunjuk ajar walaupun dalam keadaan aku yang masih di dalam rawatan ketika itu. Beliau berdualah yang bertungkus lumus menjaga aku di sekolah, mengangkat aku ketika aku keletihan, merawat aku ketika aku lemah sepanjang aku berada di sekolah tersebut. Aku begitu menghargai jasa2 kalian. Dan tidak lupa juga kepada guru2 lain yang pernah mengajar aku di sekolah tersebut, Ustazah Chik, Ustaz Abdullah, Cikgu Hakim Khan, Cikgu Awang, Cikgu Nik Khamsiah, Teacher Jamilah, Cikgu Adnan, Cikgu Ripin (yg selalu denda aku) serta cikgu2 lain.

Kemudian guru2ku di Sek. Men. Keb. Sultan Ahmad, Cikgu Dzuneeka (mentorku), Cikgu Adila, Cikgu Rosnah, Cikgu Yusof, Cikgu Tan Yam Poy, Cikgu Ramlee Math, Cikgu Ramli Sejarah, Cikgu Adnan Math, Cikgu Asma, Cikgu Sopiah, Cikgu Mamat, dan semua guru2 yang mengajar aku di situ. Walaupun dulu aku nakal, ikut emosi, suka lawan cikgu, suka gaduh dengan kawan, tapi aku sebenarnya baik sangat.. huhuhu.. aku sayang sgt2 semua guru2 aku.. tapi guru yang aku sellau wat jahat aku mintak ampun dan maaf, aku tak sengaja membenci kalian, time tu aku masih belum mampu untuk berfikir dengan waras.. suka protes cikgu.. suka bentak cikgu.. aku harap cikgu2 aku tak ambik hati. Huhuhuhu.. Kepada cikgu yang tengking aku kat bilik guru sampai seluruh bilik guru dengar tanpa aku tahu kesilapan aku, aku dah maafkan.. dan diharap cikgu maafkan jugak sebab aku dengan muka selamba tanya cikgu, "cikgu marah saya ke?" dan kerana tu jugak cikgu semakin kuat marah.. huhuhu.. sory yer cikgu.. nak buat mcmn sebab x tahu tetibe kene tengking depan org ramai.. huhuhu

Dan selamat hari guru jugak kepada semua pensyarah di Kolej Teras Timur.. Dan di Universiti Sains Malaysia.. Terima kasih sebab mengajar aku dengan baik.. Jasa2 kalian akan tersemat kukuh di sanubari ini.. andaikata umurku dipanjangkan Ilahi, insyaAllah aku akan mencari kalian kembali..

Ucapan ini juga ditujukan khas kepada Ustaz Azhar Idrus yang banyak membantu menunjukkan aku jalan yang lurus.. Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat Allah sokmo.. Ameennn..

Akhir kata.. Selamat Hari Guru kepada guru2 di Malaysia ni..
Semoga menjadi guru yang baik..
Menjaga akhlak sebagai seorang guru..
Dan mencurahkan bakti dengan ikhlas..
Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah sokmo..

Friday, May 14, 2010

Rojak

 rojak buah 

Desak


Aku tak suke org desak aku..
cukuplah bagitahu sekali..

boss aku ke.. kawan aku ke..
cukuplah bgthu sekali je kat aku..
nanti aku akn usahakan..

tapi bila giliran aku..
bila aku cakap sekali..
aku tunggu seminggu, 2 minggu, 3 minggu..
xde respond..
nak x nak aku kene tanye balik..
dia cakap luper..
tapi bila aku tanya acap2..
dia kata aku tak sabar..
mendesak..

aku pernh cakap sekali jerk..
aku ingt die mcm aku..
kite perlukan masa untuk realisasikan sesuatu yg besar..
tapi..
nah ko..
setahun berlalu..
setahun sia2 jerk..

so mn yg lebih baik?
mendesak? or menunggu?

Diam atau Cakap??

Kadang-kadang bila kita diam..
kita mengharapkan org faham..
tetapi ada yg faham..
ada yang tak faham..
langkah yang terbaik,
jangan diam,
tapi luahkan dalam bentuk perkataan..
agar org mudah faham..
sebab orang tidak boleh baca isi hati kita.
jadi mereka xkan faham.

Tapi kadang2..
kalau kite cakap..
orang kata kite cerewet..
mengongkong.. tak memahami..
tak sabar langsung..
suka mendesak..

tapi bila kita diam, org suruh luahkan..
mana satu mahu diturut..
diam or berbicara?

Thursday, May 13, 2010

Penenang Hati



Dengar dengan telinga..
Tengok dengan mata..
Hayati dengan hati..


Saturday, May 8, 2010

 

Terlalu sukar untuk menjaga hati sendiri.. kadang2 kite berperang dengan diri sendiri untuk mempertahankan pendirian kita.. sehinggakan membuatkan org yang kita sayang terluka.. perlukah aku bersikap ego? Ego untuk berjuang memperbaiki kesilapan silam... Maafkan aku andai engkau terluka.. aku terlalu menjaga perasaanku... Maafkan aku .. Aku perlu menjaga perasaanku sebelum menjaga perasaan orang lain..

Thursday, May 6, 2010

Tok Batin From Batam, Indonesia ;)


:D :D :D
Sesape yg masih belum kenal tok batin ni la gambarnya..
Miss Azzah, inilah Tok Batin.. :D..
Yang duk tengah2 tu..
Tampan kan?
Ada ngak cewek2 from Indonesia yang belum kahwin gitu?

Tok ni sedang menilik ape ntah di tangannya..
Mungkin sedang menilik siapakah calon isterinya..
Gayanya seperti itu dong..
Mahu mencari calonnya dari mana sih?
Surabaya?
Nanti gue mintak tolong Azzah carikan ya?

Yang sebelah Tok Batin itu, namanya Ustaz Azhar..
Saya minat banget sama Ustaz..

Engkaulah WIRA di Medan Derita


Tersentuh hati melihat penderitaan mereka..
Semoga Allah memberi mereka ketabahan di dalam mengharungi kehidupan ini..
Setiap manusia yang Allah sayang akan diuji dengan pelbagai ujian..
Bila kita redha dengan setiap kesusahan kita, insyaAllah syurga ganjarannya..
Janganlah berkeluh resah jika ade musibah,
musibah yang Allah turunkan itu mempunyai nikmat yang tak pernah terjangkau di fikiran kita..
Janganlah bersedih jika hidup kita tak seperti orang lain..
Sebaliknya bersyukurlah sebab Allah pilih kita..
Kesusahan yang kita lalui dengan tabah..
Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..
Mungkin kerana kesusahan kita sekarang menyebabkan senangnya kita di akhirat nanti..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Allah terlalu sayang pada kita.. melebihi sayang seorang ibu kepada anak-anaknya..
Allah tidak akan sesekali mentaQdirkan sesuatu yang akan memberi keburukan kepada makhluknya.. 
Melainkan segala ujian tu merupakan rahmat dariNya.. 

Wednesday, May 5, 2010

Celebral Palcy (CP)

 
Ini contoh masalah yang bakal dihadapi jika otak kita lambat mendapat oksigen. 
Sebahagian besar/ separuh daripada otak untuk pesakit Celebral Palcy (CP) tidak boleh berfungsi, dan ini menyebabkan pesakit tidak mampu mengawal pergerakan tubuhnya, kehilangan keupayaan fizikal.
Walau bagaimanapun, jangan pelik jika pengidap CP mampu mendapat anugerah dekan setiap semester walaupun hanya mampu menggunakan separuh sahaja otaknya jika dibandingkan dengan manusia biasa. 
Semuanya bergantung kepada daya usaha dan keyakinan untuk berjaya.. dan yang penting.. KEIZINAN daripada ALLAH..

Celebral Palcy ini biasanya dihidapi semenjak bayi dimana ketika dilahirkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya untuk dihantar ke bahagian otak. Ia dapat dikesan apabila berlaku komplikasi semasa kelahiran dan menyebabkan bayi tidak menangis untuk beberapa ketika. Oleh sebab itu, semasa bayi2 dilahirkan.. doktor akan berusaha untuk membuatkan bayi menangis.

Betapa pentingnya oksigen dibekalkan pada otak.. oleh sebab itu.. jangan elakkan menguap yer.. cume menguap biarlah bersopan :D.. jangan menguap mcm belalang.. hehehe

p/s : ape yg sy tulis ini jangan diambil untuk assigment. :D.. just tuk pengetahuan biasa jerk tau.. nanti tak psl2 dapat D.

5 Hukum Menguap



Kenapa kite menguap?
Bila kita menguap?
Siapa yang menguap? 
Bukan manusia je panda menguap.. kucing, anjing, rima pun menguap.. broyer hok dlm air tu pun menguap.. :P
Semua makhluk Allah yang hidup menguap, kecuali tumbuhan.
Biasanya kita menguap time kita ngantuk.. bakpe ek.. kalu ngatuk mesti menguap.. kalu menguap mesti ngantuk.. hohoho.. pikir are dirri.. koloh belake doh kang.. (bhs trg)

Mengikut kajian (sy dok check kebenarannya, sebab sy gune pengetahuan asas sayer jerk..) kite mengantuk disebabkan badan kita penat.. badan kita ni bukan mesin, boleh keje sokmo2.. ade ketike ye kene rehat.. waktu malam lah Allah suh kite rehat.. sebab tu Allah jadikan malam dan siang.. siang bekerja dan malam tido dan berehat.. sebab tu lah kebiasaanya waktu malam kite ngatuk mater.. (kalu hok ngatuk siang tu, mmg tabiat yer tidur, mcm aku.. kroh kroh kroh) tapi ade gok hok sebab yer penat.. sebab banyok keje perlu dibereskan.. 

Berbalik kepada kenapa kite menguap.. bila badan kite letih, oksigen dok cukup tuk kegunaan otak kiter.. sebab tu kita menguap tuk mengambil udara dari luar.. bila kita menguap.. oksigen akan masuk ke dalam otak kite.. sebab tu la.. bila kite ngatuk, kite menguap.. bila kita menguap, itu bermaksud kite mengantuk.. ahaks ahaks (saje wak bbelit sikit)

Menguap ni bukan kite leh menguap bodo2 gitu jerk.. takdok tatasusila langsung.. nok nguak main redoh jerk.. macam kucing menguap.. :P.. bukan kate kokrang.. kdg2 diri sendiri hok tukang tulis wak gitu gok.. rasa kepuasan bila kite menguap kuat2.. (sebab udara masuk banyok kot).. hehehe.. dalam Islam, kite ade hukum2 menguap ni.. ni ade sy nok kongsikan bersama.. untuk sesape yg baca je la.. yg dok bace, duk diam2.. Skop dan ruang lingkup syariat ni sangat luas merangkumi soal yang besar, sehinggalah kepada persoalan yang sekecil-kecilnye.. 

Menguap ade 5 Hukum

Wajib : Apabila terlalu mengantuk, jika tidak akan menggugat kesihatan. (bila otak kiter kekurangan oksigen walaupun hanya seketika, ia boleh menyebabkan mental kite mengalami masalah).

Haram : Untuk menyindir orang lain (ni gok, org duk ceramoh depang, ye wak nguak2 belakang.. siang ke hok tukang bagi ceramoh tu.. ingat senang ke nok wi ceramoh.. ketor paler2 lutut..)

Makruh : Menguap sambil mulut ternganga, kadang2 siap wat bunyi lagi.. (macam bagus jerk)

Harus : Menguap boleh dilakukan dalam keadaan berdiri atau duduk.

Sunat : Menguap dengan menutup mulut dan membaca ta'wauz. Cara nok tutup pun diajar jugak.. tutup dengan menggunakan belakang tangan, bukan gune tapak tangan.. kalu ikut ilmu sains sy hok secoet ni..di tapak tangan kita lah banyok bakteria, sebab tu kite disaran tutup mulut dengan belakang tangan, bukan tapak tangan. 

Begitu indahnya Islam ni.. cara nok menguap pun diajar.. apatah lagi persoalan2 yang besar seperti mengatur rumah tangga, ekonomi, pakaian, pendidikan, sistem sosial, kebudayaan, dan politik.

Doh, meh la kite same2 mengikuti ajaran Islam ni.. Tra ikut sehabis baik.. :D..

Bila Cinta Sudah Mati

Bila cinta sudah goyah,

Yang cantik jadi huduh,
Yang mudah jadi payah,
Yang kuat jadi lemah.

Bila cinta sudah hilang,
Yang gemuk tinggal tulang,
Dah beri mintak pulang,
Silap-silap tumbuk melayang.

Bila cinta sudah tiada,
Semua benda jadi lupa,
Segala janji takde makna,
Dulu lain sekarang tak serupa.

Bila cinta sudah mati,
Asal nampak terus cabut lari,
Buat apa pun sakit hati,
Cakap 'i love u' pun buat tak reti.

Itulah cinta sesama manusia.
Bukan rekaan, bukan rahsia.



Tuesday, May 4, 2010

Waktu-Waktu Yang Tidak Dibenarkan Tidur


Hobi aku adalah tidur, pantang ade waktu terluang pasti aku tidur.. pagi petang siang malam.. hehehehe.. letakla aku kat mn2, pasti aku tidur, pernah dulu aku tidur/ tertidur dalam toilet sampai aku gi lewat kuliah.. dan pernah aku tertidur dalam hujan.. jenuh mak aku kejutkan.. last2 sekali mak aku angkat aku letak kat tmpt teduh, mujurla aku kecik jer time tu.. :P hehehe..

Sebenarnya tak bagus org macam aku ni.. dan orang2 yang mempunyai hobi mcm aku ni.. org cakap kalu kuat tidur pendek umur. Ye la.. banyak masa dihabiskan untuk tidur, walhal banyak lagi benda lain yang boleh dibuat untuk mengisi masa lapang.. 

Ni aku jumpe pedoman tuk org yang seangkatan dengan aku.. yang asyik kroh kroh jerk..

Waktu2 Yang Tidak Dibenarkan Tidur

@ Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
@ Selepas masuk waktu Asar.
@Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan

Bahaya Tidur Di Siang Hari

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana :

@ Mendatangkan penyakit2 kulit.
@ Merosakkan warna kulit. (nanti org putih semua jadi hitam :P)
@ Melemahkan jantung
@ Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
@ Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
@ Melemahkan kecerdasan akal.


p/s : kepada sesape yg suke tidur tu, pilihlah waktu tidur yang bersesuaian, jgn main tidur je seolah2 hidup tanpa peraturan.. sedangkan Islam dah menggariskan peraturan2 untuk diikuti oleh kita.. undang2 tu bukan diadakan sia2.. semata2 untuk kebaikan kita jugak.. tuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Allah lebih mengetahui apa yang sesuai dengan kita.. sebab itulah Allah buat peraturan untuk kita ikuti.. :D..

Tidur, tidur jugak... jangan lupe tanggungjawab.. kepada suami/ bakal suami tu.. jangan balik keje tidur jerk.. time cuti pun asyik tidur jerk.. anak2 dibiarkan isteri sorang2 jaga.. tak kesian ke tgk isteri terkulat2 melayan telatah anak yang nakal.. apelah salahnye tolong jaga sekali.. ni asyik pentingkan bantal jerk.. camne nak bahagia.. hehehehe.. k lah.. malas nak membebel.. so jangan tidur banyak2.. :P.. kalau xnak kene simbah air.. :P wakaka..