Tuesday, January 4, 2011

Ujub Zaman Moden

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

- Artikel iluvislam.com

49 comments:

Encik MamaT said...

sama-samalah kita memohon kepada Allah supaya dijauhkan sifat2 mazmumah...

DiNaZ said...

x pernah tau pon ada 2 blog??

She's retarded said...

ladybird ada 2 blog ek?
yang ni lagi best

Suhami Ahmad said...

Moga2 dijauhkan dari sifat tu. AMin...

ghost writer said...

jadi jangan tunjukan rasa ujub tuh.yang dimaksudkan di sini kalau mau mengelak rasa ujub tidak perlu hiraukan semua benda tuh...tetapkan pendirian dengan apa yang diniatkan dengan menulis sesuatu...

rasa ujub itu tidak pernah jauh dari hati manusia...yang tergambar atau tersembunyi tetap saja wujud ujub.

HEROICzero said...

1 . tak pernah . tipu la tak terasa langsung , cuma setakat suka saja . senyum bila tak update lama gila , tapi followers bertambah . entah kenapa . HAHA .

2. depends .

3. sama , depends .

4. hahaha ini mmg seronok .

5 . kawan2 fb . hanya add/aprove kawan yang benar2 'kawan; saja . fb saya personal . jadi memang untuk kawan2 . so , memang tak ramai pun kawan fb .


*bahaya juga social network ni hu ? =)

Suhami Ahmad said...

semoga atok dijauhkan dari penyakit tu

azlina said...

semuga kita semua di jauhkan allah dari sifat ujub,riak dan takabur...

hani@debumelukut said...

nauzubbillahhh....sampai gitu sekali?

Miecyber said...

Entri yang sangat menginsafkan..


Kantoi

IMANSHAH said...

erm, ramai followers ke, kawan kat FB ke rasanya takdelah sampai bermegah2...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ladybird,

Salam kenal, terima kasih singgah dah menjadi rakan blogger saya.

Pendek kata kita kena berhati-hati dalam apa juga perbuatan kita agar kita tidak terlibat dengan riak yang tidak disengajakan.

Nizam Ijam said...

baru baca blog y ini :)

missSenget said...

penyakit yang kadang2 kite x sedar kannn...

izfanora said...

moga dijauhkan..

IntaNBerliaN said...

semoga kita semua dijauhkan dr sifat ujub tersebut..

beautiful_rose said...

memang tak berniat tapi kadang2 tanpa sedar perasaan ini datang dan buatkan kita jadi lupa diri sebentar.
moga di jauhkan dari penyakit ini...

cemomoi said...

kekadang bila kita baca saplo kali artikel kita seblom di'publish'kan kita mula dihinggapi ujub kononnya ni artikel terbaik untuk dibaca dek orang lain dan kita terprasan yang kita memang hebat menulih!

shameel Iskandar said...

Terima kasih byk2 atas info yg membuka mata hati.

Moga Allah melindungi kita semua dari sikap ujub.

dhiera said...

bersama lah kita memelihara hati~

iszieylyanziy said...

jauhkanlah sifat2 cam nie,,,

Ardini Humaira said...

InsyaAllah :)

Much Melo said...

saya mohon perlindungn dari-Nya...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm yg no7 tu..berdakwah di FB.. kekadang..bila post sesuatu yg untuk ke arah kebaikan tu.. risau gak..kalau terjadinya ujub.. minta dijauhkan laa...

Hanis MY said...

ya allah minta dijauhkan...biasa2 je lagi senang ikt landasan islam...

Puan Kutu said...

setuju dengan komen ghost writer.hikhik

mega senja said...

Cik Kak..ada butang like dak? Nak tekan like untuk entry ini..

suri solehah said...

mintak dijauhkan...

Tihara said...

salam,

bagus entry ni moga tak hilang pedoman dalam berblog..pendapat saya, boleh tambah follower seramai mungkin tapi jgn sampai memperkecilkan blog org lain ..Insya Allah :)

Zaitun said...

Salam

Minta dijauhkan dari penyakit hati.

MulutPayau said...

semoga kita semua dijauhkan dari sifat tersebut.....

Hans said...

maaf komen menyimpang dari entri ini
mengenai persoalan kamu bagaimana nak dapatkan buku Natrah tu
saya dulu beli dkt MPH...
tapi skrg tak tahu la ada lagi ke tak
cuba pergi ke sana tgok

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :


kelemahan manusia...

Sekamar Rindu said...

salam..

saya blogger yg tak pernah ada rasa hebat..

eita said...

kadang kala kita lalai...

dwaty said...

i like it...

kadang2 kita tak sedar yang kita ni ujub...

so, sentiasa beringat... buat apa pun biar ikhlas...

p/s: saya tak suka popular... hehehe... fb pun saya private kan... yang nak add, saya tengok dulu... kenal ker tak... hehehe

fndrocka said...

saya cuba betuli diri

sudipVSsenduk said...

moga dijauhkan dr sifat ujub dlm diri ini.

Nieza said...

Assalam, n3 yang menarik...terima kasih berkongsi info ni.semoga kita dijauhkan sifat-sifat ujub ni..InsyaAllah.

dwaty said...

semoga saya juga dapat perbetulkan diri..

alif haris said...

memang bahaya penyakit hati yg satu ini.. ujub ,riak boleh bawak kepada syirik kecil.. huhu moga dijauhkan. amiin

Kancil 8349 said...

moga kita dapat memperbaiki diri kita

duniafana said...

ujub ni bahaya jika x diubati

asha hana said...

hana setuju tu kakak. bahaya pada hati jika berlarutan. terima kasih sharing, :)

#hana follow dua2 blog akak ea. :)

cre8tone said...

fb blog.. digital world..

Aku Penghibur said...

semoga di jauhkan dari sifat tersebut..ya ALLAH

tenku butang said...

ada betulnyaa

Siqah Hussin said...

Moga kita semua terhindar daripada sifat ujub ini. Sentiasa mengingatkan diri. Laman sosial tak bahaya cuma kita kena sentiasa ingatkan diri agar segala perkongsian itu adalah baik belaka.

Terima kasih awak singgah blog siqah.. Siqah singgah sini balik dan suka dengan entrinya. Follow awak ye 😊

LydSunshine said...

Astagfirullah. Kadang2 ada juga terasa ujub tu tanpa disedari. MUdah-mudahan Allah mengampuniku.