Wednesday, November 18, 2009

La Tahzan Sayang

Artikal ni putri petik dari buku "Janganlah Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia", karangan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al Qarni.. Buku ni banyak membantu putri.. Biasanya kalau putri sedih sangat-sangat, putri akan ambil buku ni dan baca sambil putri nangis.. lama-lama putri akan tenang kembali. Putri merajinkan diri menulis kembali sebahagian kecil dari kisah yang diselitkan di dalam buku ini untuk tatapan seseorang yang putri sayang. Putri harap dia melayari blog putri dan membaca petikan ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dia tanggung, InsyaAllah.. Putri tak boleh membantu, putri hanya mampu berdoa untuk dia.. semoga Allah memberi keringanan padanya dalam menjalani bebanan tugas yang tak pernah habis. Semoga Allah memberi pertolongan dan dipermudahkan urusan. Amin-amin ya rabbala'laminn...




Jangan Merasa Tertekan

Nikmatilah dan bersenang-senanglah
kerana sesungguhnya segala sesuatu itu
pasti ada kesudahannya
sebagaimana ia pun ada permulaannya..

Sesungguhnya, kemampuan tidak merasa tertekan merupakan sifat mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan meraih kejayaan. Ia juga dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan bersama keluarga. Orang-orang yang bersifat mulia pasti dapat memahami tabiat orang. Dia mampu mengukur kadar perubahan, menyesuaikan dirinya di hadapan orang lain, dan boleh menyesuaikan dengan segala keadaan, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Tentang kegelisahan, maka orang yang berwawasan luas akan dapat memahami berbagai-bagai permasaalahan, dan menyedari bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau ketika apa yang diinginkan tidak tercapai. Ia akan memahami bahawa memang demikianlah kehidupan, iaitu bahawa "tiada seorangpun yang beroleh kerehatan di dalamnya." Ia akan memahami bahawa manusia itu ada kalanya membenci sesuatu, padahal di dalamnya terkandung kebaikan baginya dan adakalanya dia merasa senang dengan sesuatu, padahal di dalamnya terkandung keburukan baginya. Ia juga akan menyedari bahawa sesungguhnya kebaikan itu hanya ada pada yang telah dipilihkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Seseorang yang berwawasan luas akan sedar bahawa dirinya adalah sebahagian dari alam yang sangat luas. Ia juga sedar bahawa dirinya pasti akan beroleh penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan. Maka, ia tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah.

Sebagaimana yang dirasakan oleh orang yang berakhlah rendah, yang menyangka rendah, yang menyangka bahawa keburukan dan masalahnya hanya menimpa dirinya sendiri atau orang-orang yang menindasnya. Dia merasa nasibnya akan buruk selamanya. Orang-orang yang bersifat mulis dan bijaksana tidak akan pernah merasakan perasaan-perasaan buruk seperti itu, kerana dia menyedari tentang tabiat kehidupan dan dia adalah salah satu bahagian dari tabiat tersebut. Sehingga Allah meredhainya dan membebaskan segala upayanya saat ia mencuba untuk mewujudkan hal yang terbaik bagi dirinya.

dipetik dari m/s 111-112

"Permulaan yang baik, dengan niat yang baik, insyaAllah diakhiri dengan penamat yang baik. Sentiasalah berbaik sangka dengan Allah. Ujian yang Allah turunkan adalah untuk me"murni"kan lagi niat kita.. untuk melatih kita menjadi hamba yang terpilih.. insyaAllah.." - kata-kata dari putri.isyrak

5 comments:

wahyujatmika said...

Salam hormat dan rahayu.

Dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Jika ia baik, sekujur badan akan baik, begitu juga sebaliknya, jika ia busuk sekujur badan akan busuk. Itulah HATI.

Setiap ruang dan waktu terikat dengan peristiwa. Justeru rentetan peristiwa itu perlu dianalisis untuk dijadikan pedoman dan sempadan.

Soal cinta ada risikonya. Cinta pada Ilahi adalah cinta yang pasti.

salam bicara,
Bicarawahyu.

mehmed said...

nice blog k.za..
rajin berblog lening..
btol3
musibah akan dtg jgok tanpa mngira kita sedia ke dok..

Putri said...

to wahyu ilahi :

~ Yup, di dalam hati manusia ada sebuku daging.. jika baik daging tersebut, baiklah keseluruhannya insyaAllah..

Mehmed :

~ So meh kite pakat-pakat bersedia.. tetapi apa diperolehi dari hasil pemerhatian & pengalaman.. musibah yang Allah turunkan itu adalah rentetan daripada dosa2 lampau yang telah kita lakukan.. Oleh sebab itu, janganlah buat kesilapan pada seseorang, kerana ia akan terpantul balik pada kita.

Al-Farosyah said...

Petikan dari buku 'Dont be sad' jilid 1 (sekadar perkongsian):

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Manakala orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi bertompok dan berganda.

Ketika Rasulullah s.a.w dihalau dari Makkah, Baginda memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berjaya membinanya menjadi satu negara yang sangat popular di telinga dan mata sejarah.

Ahmad Bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi sebab itu pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah dipenjara, tetapi malah dipenjara itulah ia banyak menghasilkan karya bermutu.

Begitulah hendaknya ketika anda ditimpa sesuatu musibah, anda perlu melihat aspek yang paling terang dan sudut positifnya; ketika seseorang memberi anda segelas air limau yang masam, anda perlu menambah sesudu gula di dalamnya; ketika mendapat hadiah seekor ular, ambil sahaja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain; ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberi kekebalan pada tubuh anda dari bahaya bisa ular.

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu." (Surah al-Baqarah : 216)

Begitu jugalah sepatutnya sikap anda, iaitu selalu melihat sudut lain dari kesedihan itu, kerana belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, sepercik harapan, jalan keluar serta pahala.

- Akak petik secara ringkas. artikel sebenar agak panjang.

Al-Farosyah said...

Alhamdulillah, akak dapat ilham dari petikan yang Putri kongsikan bersama. Akak pun camtu gak, kekadang tertekan dengan bebanan kerja yang tak habis. Niat hati nak ikhlaskan diri, tapi kekadang hasutan syaitan laknatullah membuatkan diri rasa penat dan merungut2. So, terima kasih Putri.