Tuesday, December 12, 2023

Sejarah Darjah 4 ; Unit 1 Mengenali Sejarah


Berkaitan dengan pengenalan ilmu sejarah yang mencakupi pengertian, konsep masa, sumber, kaedah, sebab dan akibat serta kepentingan sejarah.

PENGERTIAN SEJARAH : Peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. Supaya kita lebih memahami peristiwa sejarah. 

Pengertian dari SEJARAWAN : 👇

                         Herodotus : Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

                         Ibn Khaldun : Sejarah membicarakan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku.

                         E.H. Carr : Sejarah ialah satu proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau.

                         Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim : Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.

                         Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim : Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.


Contoh sejarah :

1. Pengumuman tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Bandar Hilir, Melaka.[gambar]


2. Hari AnugerahKecemerlangan Sekolah Kebangsaan Felda Redong, Segamat Johor pada tahun 2018. [gambar]

Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu peritiwa yang berlaku pada masa lalu. Oleh itu, sejarah memberikan ikhtibar dan teladan untuk kehidupan manusia.

SUMBER SEJARAH : Sumber sejarah memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

                     Terbahagi kepada 2 

  • Sumber Primer - Dikenali sebagai sumber pertama. Ia dalam bentuk asal, seperti fosil, manuskrip, dokumen rasmi dan artifak.
  • Sumber Sekunder - Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal. Contoh buku, majalah, risalah dan surat khabar.
KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH👇

- Untuk membuktikan peristiwa sejarah yang telah berlaku.


3 kaedah -

Kaedah Arkeologi - proses untuk mendapatkan maklumat dari tinggalan sejarah, contohnya melalui proses galicari. [cth : Rangka Perak Man di lenggong Perak dan tapak arkeologi di Sungai Batu, Kedah.

Kaedah Lisan - Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temubual. [Orang Sumber - mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah. Melihat atau mendengar dari orang lain]

        Langkah-langkah dalam kaedah lisan :

        1. Mengenalpasti orang sumber dan menyediakan soalan berkaitan.
        2. Menemubual dan merakam perbualan
        3. Menyalin rakaman, menyimpan data perbualan dan membuat penulisan.

Kaedah Bertulis - Proses mendapatkan maklumat daripada lukisan dan lakaran, cth di dinding gua, kayu, batu dan bahan bercetak.]

        Langkah-langkah dalam kaedah bertulis :

        1. Mengenalpasti sumber sejarah yang tepat
        2. Mengumpulkan sumber sejarah
        3. Mentyafsir maklumat dalam sumber
        4. Membuat penulisan

RUANG DAN MASA

Sejarawan menggunakan urutan masa untuk mengkaji peristiwa sejarah yang telah berlaku [KRONOLOGI].  

Dibahagikan kepada dekat (10 tahun), abad(100 tahun) dan alaf(1000 tahun).

Boleh juga dibahagikan mengikut zaman iaitu zaman sebelum masihi dan zaman selepas masihi.

Sebelum Masihi = zaman sebelum kelahiran Nabi Isa a.s
Masihi = zaman selepas kelahiran Nabi Isa a.s

Ruang dan Masa memudahkan kita memahami peristiwa sejarah yang telah berlaku dan dapat menulisnya dengan baik.

SEBAB DAN AKIBAT DALAM PERISTIWA SEJARAH

Setiap peristiwa sejarah yang berlaku mempunyai sebab dan akibat.

Contoh 1 : Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik - 

                Sebab ; Menghargai murid yang cemerlang dalam bidang akademik.

                Akibat ; Murid belajar dengan tekun

Contoh 2 : Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 -

                Sebab ; British menjajah Tanah Melayu

                Akibat ; Rakyat berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Sebab dan Akibat dalam peristiwa sejarah akan menimbulkan perasaan ingin tahu tentang mengapa dan bagaimana serta kesan peristiwa sejarah yang telah berlaku. Maka kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah.

Mengetahu Sejarah mewujudkan perasaan Cinta akan Negara.

Diri Sendiri : Menguasai kemahiran ilmu sejarah mewujudkan semangat menyayangidan berbakti kepada negara.

Masyarakat : Semangat sayang akan negara dapat mengukuhkan hubungan dalam kalangan warganegara.

Negara : Hubungan kukuh dalam kalangan warganegara akan mewujudkan semangat mempertahankan kedaulatan negara.

0 comments: