Sunday, December 17, 2023

Sejarah Darjah 4 ; Unit 4 Sejarah Tempat Tinggal

  •  Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia. Unit ini menceritakan maklumat lengkap tentang bentuk muka bumi, sejarah dan tokoh setempat.
  • Dalam topik ini, anda perlu mengetahui meklumat lengkap, bentuk muka bumi, sejarah dan tokoh setempat di tempat tinggal anda.
Di Sinilah Saya Tinggal
  • Tempat tinggal kita mempunyai alamat.
  • Dalam alamat perlu ada Nombor rumah, nama jalan, poskod, nama bandar, dan nama negeri.
  • Contoh : Lot 3103 B Lorong Gagak, Kampung Durian Burung, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu.
Kawasan tempat tinggal perlu dihargai kerana mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.

Kawasan Tempat Tinggal Saya
  • Kawasan tempat tinggal kita mempunyai bentuk muka bumi berbeza seperti tanah tinggi, tanah pamah, pesisir laut, dan pinggir sungai.
  • Bentuk muka bumi mempengaruhi kegiatan masyarakat dan mempunyai keunikan tersendiri.
  • Contoh :
    • Miri, Sarawak - berbukit bukau dan tanah pamah. Membolehkan tanaman seperti kelapa sawit.
                                            - Batu berbentuk kuda laut dan mempunyai keunikan gua batu kapur.

Sejarah Tempat Tinggal

  • Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah yang tersendiri. Sejarah tempat tinggal menceritakan asal usul nama tempat dan peristiwa penting yang pernah berlaku.
  • Contoh Miri, Sarawak 
    • pernah dikuasai oleh kesultanan Brunei dan keluarga Brooke.
    • Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak 1910.
    • Diiktiraf sebagai bandaraya pada 1950 an.
  • Tanjung Puteri 
    • Nama asal Johor Bharu
    • Diasaskan oleh Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1855.
    • Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru pada 1866.
  • Ranau
    • Berasal dari perkataan Ranahon (kawasan sawah padi)
    • Pernah dijadikan kubu pertahanan Mat Salleh ketika menentang British.
    • Taman Negara Kinabalu yang terletak di Ranau diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada tahun 2000.
Tokoh Setempat
  • Individu yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada komuniti.
  • Mereka dikenali oleh penduduk setempat dan biasanya memegang jawatan tertentu dalam komuniti.
  • Contoh - 
    • Junaydie bin Sihan
    • Dilahirkan pada 10 Julai 1977
    • Bertugas sebagai Ketua Malim Gunung (orang yang bertugas sebagai penunjuk jalan semasa mendaki gunung) di Gunung Kinabalu.
    • Tugas beliau menjaga keselamatan pendaki serta membantu pihak Taman Negara Kinabalu dalam penjagaan alam sekitar.
    • Menyampaikan ceramah tentang tugas malim gunung dan membantu mempromosikan kawasan ekopelancongan berasaskan komuniti.
Cinta akan Negara
  • Kita harus bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal. Kita perlu menjaga kawasan tempat tinggal demi kesejahteraan generasi akan datang.

0 comments: