Saturday, June 5, 2010

Ibadah 600 Tahun Pun Tidak Layak Masuk Syurga

Dipetik dpd satu ceramah oleh ustaz Dato Ismail Kamus:

Seorang ahli ibadah yang hidup selama 600 tahun telah menghabiskan seluruh hayatnya beribadah dan beramal soleh semata-mata dan meninggalkan semua kesenangan dunia.

Setelah dia meninggal dunia, Allah memerintahkan Malaikat supaya memasukkan ahli ibadah itu ke dalam syurga atas rahmat-Nya (Allah).

Ahli ibadah itu enggan masuk ke syurga atas rahmat Allah, sebaliknya meminta dia dimasukkan ke dalam syurga kerana ganjaran daripada amal ibadat yang telah dilakukannya selama hayatnya 600 tahun itu.

Atas permintaan itu, Allah memerintahkan Malaikat menimbang amalan yang dilakukan oleh ahli ibadah itu untuk dibandingkan dengan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya ketika di dunia dahulu. Setelah ditimbang, didapati pahala amalannya itu nilainya hanya untuk satu biji matanya sahaja. Oleh itu, Allah memerintahkan Malaikat supaya menghumbankan ahli ibadah itu ke neraka.

Mendengar itu, Ahli ibadah itu merayu supaya dia dimasukkan ke syurga atas RAHMAT ALLAH, bukan atas ganjaran daripada amal ibadah yang pernah dilakukannya.

Moral of the story:

Kalau ahli ibadah yang beramal dan meninggalkan kesenangan dunia selama 600 tahun itu pun tak layak masuk ke syurga atas amalannya, bagaimana kita?

Oleh itu, kita beribadah biarlah ikhlas, untuk mencari keredhaan Allah dan tanda syukur dan terima kasih kepada-Nya. Kita boleh berdoa dan mengharap Allah memberi rahmat-Nya dan memilih kita sebagai antara hambanya yang mendapat syurga, tetapi jangan sesekali menganggap ibadat kita adalah penyebab ke syurga...(iktibar untuk semua , terutama diri sendiri).


sumber : forwarded email

2 comments:

Al-Farosyah said...

Ya Allah, jadikanlah kami sebagai ahli SyurgaMu, Rahmatilah kami semua.. Ameen.

Putri said...

Al-Farosyah : Ameeennnn..