Sunday, August 8, 2010

Sunat Berbekam

Tadi kawan aku bagitahu sal berbekam, dan die telah buat.. aku rasa teringin sangat nak try.. manalah tahu kot2 ia mampu mengurangkan masalah yang aku hadapi sekarang.. tetapi aku takut kesannya negatif tuk aku..  Petang ni aku cube nak tengok kaedah berbekam ni.. tuk menenangkan hati aku ni, aku serachlah maklumat sal berbekam ni.. dan ini merupakan maklumat yang aku telah dapat :

Berbekam ni merupakan salah satu rawatan yang disuggestkan oleh Rasulullah SAW. dan ini merupakan antara hadis2 yang telah aku jumpe yang menyarankan berbekam daripada Rasulullah SAW.

Hadith Pertama:

Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)
Hadith Kedua:

Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

“Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)
Hadith Ketiga:

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)

Kaedah Berbekam :

-Ia juga dikenali sebagai bekam darah/ al hijamah dan kaedah ini adalah SUNNAH.
-Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
-Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
-Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.
-Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
-Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum baru.
-Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 2x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
-Diakhir rawatan bekam, kawasan yang telah dibekam akan disapu dengan alcohol swab untuk proses steril dan selepas itu disapu pula minyak but-but untuk memaksimumkan kesembuhan.
-Semua cawan bekam yang sudah digunakan akan dibasuh dengan teliti dan cermat dengan menggunakan cecair Dettol bagi proses STERIL/ NYAHKUMAN.

Nota kepala lutut : Disebabkan ia disarankan oleh Rasulullah SAW, petang tadi jugak aku buat.. moga2 dengan niat aku untuk mengamalkan sunnah dan dengan keberkatan Syaaban, aku diberi kesihatan dan memudahkan untuk aku menyambut Ramadhan nanti. Ameeennn.. Doktor yg buat rawatan tu pun kata kat aku camtu tadi disebabkan aku menggigil.. huhuhu, mujur aku x pengsan tengok darah, awl2 lagi aku pesan jangan tunjuk darah sebab aku ni kategori mabuk darah.. :(


Saturday, August 7, 2010

Pokke Angguk

pokke

bestnye kalu jadi cicak..
x perlu fikir ape2..
time lapar, baru cari makanan..
time mengantuk, baru cari tempat tuk berehat..
time kene kejar di pemangsa.. lari jerk..
kalau x sempat lari, tanggalkan ekor..
leh kelirukan musuh..
kalau x sempat selamatkan diri..
matipun x perlu dihisab..
alangkah bertuahnya cicak..

(nak jadi cicaklah, hihihi)

p/s : tension tul ngn blog ni.. skima jerk.. mcm bukan blog aku yg merapu2 ni.. mcm blog orang baik :(.. huhuhu, tapi aku bukan org baik.. rasa nak merapu tersekat.. bantai aje lah.. ni kan blog aku.. :P nampak je skima, tp orgnye kucar lanar.. hehehehe jom tengok citer You Are Beautiful.

Nota kepala lutut : tadi kawan aku cakap, die xleh tgk citer ni.. kalu korang xleh tengok, tu maksudnye korang kene download/ renew adobe flash player. hihihi.. best citer ni.. kalau tension mcm aku, better korang rilex jap.. bukak citer ni.. heroin die sweet sangat2.. macam aku.. (perasan comel, padahal huduh sikit dari katak :P)

Friday, August 6, 2010

Kejayaan Itu Bukan Milikmu

Jika hari ini kita seorang doktor yang  berjaya, jurutera yang disegani mahupun ahli politik yang dihormati, namun  pernahkah seketika kita merenung kembali siapakah di sebalik kejayaaan yang kita kecapi pada hari ini?
 
 Ramai antara kita alpa dan bangga dengan kejayaan yang diraih dan merasakan bahawa kejayaan itu adalah kerana diri kita  yang telah berusaha keras. Apabila lulus peperiksaan, kita rasa itu hasilnya sebab kita rajin ulangkaji, kita rasa ia hasil penat lelah kita belajar sampai larut malam. Bila dapat naik pangkat, kita yakin itu sebab kita rajin buat kerja, kita rasa boss sayang kita. Namun, hakikatnya kita lupa, “tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah", jika Allah tidak mengizinkan, jangan kata untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, bahkan untuk memegang pen untuk menjawab peperiksaan pun kita tidak mampu. Begitu juga usaha kita untuk naik pangkat tidak mungkin berjaya tanpa izin Allah.
Ayuh sejenak kita muhasabah diri, tanpa keredhaan Allah, tanpa izin dan perkenan Allah, siapalah kita pada hari ini? Betapa hebat mana pun  kita, namun tidak mampu melawan takdirnya Allah. Betapa gigih usaha kita, namun jika Allah tidak mentakdirkan kejayaan itu untuk kita, namun tidak mampu sesiapa untuk mendapatkannya untuk kita.

Justeru, kepercayaan pada kekuasaan Allah akan sentiasa membuatkan kita ini menjadi manusia yang merendah diri kerana kita yakin bahawa setiap kejayaan kita adalah milik Allah. Hamba yang bersyukur itu menyedari bahawa setiap kejayaan yang diraih adalah sekadar pinjaman Allah. Setiap nikmat itu adalah bahagian yang menjadi amanah Allah untuk diuruskan. Natijahnya, insan yang menyedari Allah adalah penentu setiap kejayaannya akan meletakkan keredhaan Allah sebagai matlamat utama dalam setiap tindak tanduknya. Orang yang menyedari hakikat keterbatasan dirinya sebagai hamba akan menjadi insan  yang sentiasa bersyukur dan merasakan keagungan Allah. Kejayaan yang digenggam tidak akan menjadikan dirinya sombong bahkan menjadikannya dirinya semakin tunduk.

 Ayuh kita koreksi diri sendiri, insaflah... bahawa kejayaan ini bukan milik kita!

p/s : Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu ke sana kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri di dalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik.

Duniawi juga penting. Syurgawi lagilah penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!
 
Petikan daripada Forum.

Thursday, August 5, 2010

Sayap Terluka - Panji

Lagu yang sering dinyanyikan oleh kawan2 sepejabat.. 
Best lak dengar..


Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Dah lama kupuja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayap ku terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

( korus )
Ku tahu diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli
Rapuhnya cinta kita patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara aku rela
Menjadi mangsamu
Akanku simpan di nurani ini kenangan antara kita
( hingga akhir nanti oh... )

(2)
Kini kan tinggal cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus ku tunggu seribu tahun lagi

Lagu ni leh didownload di sini



Wednesday, August 4, 2010

Muzium Negeri Terengganu - Infrared Pictures

Gambar Original dari body

Manakala gambar ini adalah dihasilkan dari  kamera DSLR yang mengunakan fillter infrared (IR)... dan diberi sentuhan dari photoshop dengan mengunakan 7 layer,
dan setiap layer telah di replacekan warnanye serta di markskin kembali.

 
Gambar ni plak dari sudut yang berbeza. Jomlah ke Muzium Negeri Terengganu.


Fotografi infred adalah salah satu teknik dalam bidang fotografi untuk merakam cahaya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Filter digunakan untuk memantulkan hampir semua spektrum cahaya yang terlihat oleh kita dan membenarkan kemasukan cahaya infrared (IR) terus ke dalam kamera dengan syarat filem/ sensor dalam kamera tersebut harus sensitif terhadap cahaya infrared.

Penggunaan teknik tersebut boleh menghasilkan gambar hitam-putih yang kontra atau gambar false-colour, contohnya warna daun yang hijau segar akan kelihatan putih, pemandangan yang panas akan tampak seperti di musim salji dan seperti di dunia fantasi.

Gambar ini diambil dengan keizinan daripada flickr Limie :D TQ ek.

TQ jugak kepada AzzahHaryono kerana membantu menterjemah nota IR ini dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia. 

p/s : sekse gile nk fhm bhs indon, waduh.. pusing gue..

Tuesday, August 3, 2010

Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam


Inilah rupa Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Gambar ini diambil oleh pokcik.. :D
sorry pokcik, pinjam gambor sat..
berkenan dengan angle yang menarik..
:D

Al-Quran & Sains



Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walaubagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walaubagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri,  sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walaubagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

p/s : Petikan ini telah dihantar oleh seorang sahabat untuk dimasukkan di dalam blog syarikat, tetapi sumbernya tidak dapat dikenal pasti.  Tetapi saya tertarik untuk meletakkannya di sini. Semoga empunya artikel mengizinkannya. :)

Suratan Atau Kebetulan


Ya Allah,
Jika ini suratan yang telah Engkau catatkan untukku lalui,
Berikanlah petunjuk-Mu padaku supaya memudahkan aku untuk melayarinya dengan bahtera kehidupanku,
Berikanlah aku jalan supaya aku mampu mengemudinya ke jalan-Mu ya Allah.

Ya Allah,
Andai ini rencana yang telah Engkau tetapkan,
Berilah ketabahan kepadaku,
Berilah aku ketenangan,
Supaya aku mampu melaluinya tanpa berkeluh resah.

Ya Allah,
Berilah aku cahaya hidayah-Mu, dan tanamkanlah keredhaan dalam hatiku,
Supaya aku mampu menempuhi apa jua yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah, jika ini taQdir-Mu untukku
Jadikanlah ia sebagai pemudah jalan untukku melalui titian sirat-Mu nanti.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim
Jadikanlah cabaran dan ujian ini sebagai jalan untukku lebih mendekatkan diri kepada-Mu ya Allah.
Tanamkanlah hatiku dengan kesabaran dan kesyukuran dengan segala nikmat pemberian-Mu.
Redhalah aku dengan taQdir-Mu ya Allah.

Ya Allah,
Aku hanyalah insan yang lemah,
Terlalu kerdil di sisi-Mu ya Allah,
Namun,
Ku mohon,
Kuatkanlah hatiku ini,
Kerana aku takut tersungkur,
Lari dari jalan-Mu ya Allah.

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa-dosaku,
Suluhkan penghidupanku dengan Rahmat-Mu ya Allah,
Limpahkanlah kesabaran dalam jiwaku ya Allah,
Hanya kepada-Mu lah aku berharap,
Kerana Engkau Maha Mengetahui diriku,Maha memahami hatiku, Kerana Engkaulah
Pemilik jiwaku.
Ameen, ameen, ya Rabbala'lameenn..



Boleh jadi Engkau Membenci Sesuatu Padahal Itu Baik Bagimu. Boleh Jadi Juga Engkau Menyukai Sesuatu Padahal Itu Tidak Baik Bagimu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetauhi Sedangkan Engkau Tidak Mengetahui Apa-Apa.
(surah Al-Baqarah ayat 216)


created by isyrak

Monday, August 2, 2010

Bulan-Bulan Islam


Allah SWT berfirman yang bermaksud : 

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). 
Surah Al-Taubah : 36.
..............................


Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata: 

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang..

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir 
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
 
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab 
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.
Syaaban 
bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan 
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
 
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah 
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah 
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa istiqamah dan iltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah Subhanahuwata’ala pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah Subhanahuwata’ala kelak.
Rejab sudah berlalu dengan kehadiran Syaaban yang sudah hampir ke penghujungnya, bagaimana persediaan kita menghadapi dan melakukan sedikit perubahan demi perubahan untuk menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak? Sama-samalah kita panjatkan kesyukuran dan doa kepada-NYA. Semoga Sya’aban ini menjadi penguat dan persedian kepada ibadah kita pada Ramadhan yang mendatang.
 

Sunday, August 1, 2010

Aku tension..
Setiap saat aku fikirkan bende yang sama..
Setiap saat aku berdoa bende yang sama..
Setiap detik bende tu akan menerawang menjelajah pelosok fikiran aku..
Bende tu terjah hati aku, carik2kan hati aku..
robek-robekkan organ2 aku..
sakit sangat2..
Aku tak mampu nak telan bende tu..
Aku tak mampu nak kunyah dan hadam bende tu..
Sebab bende tu terlalu menyakitkan..
Bende tu terlalu menghancur lumatkan diri aku..
Biasanya aku akan abaikan semua bende yang menggangu perjalanan hidup aku..
Tetapi bende ni terlalu kuat..
Aku takleh ignore..
Ia sentiasa menyelubungi diri aku..
Menghantui perasaan aku..
Ya Allah, hapuskanlah bende itu dari sanubariku..
Aku betul2 x larat menahan tujahan demi tujahannya lagi..
Or Engkau hapuskanlah ia..
Sebelum kehidupan aku lebih sengsara dan menderita kerananya..
Amenn ya rabbala'laminnn..