Thursday, May 6, 2010

Engkaulah WIRA di Medan Derita


Tersentuh hati melihat penderitaan mereka..
Semoga Allah memberi mereka ketabahan di dalam mengharungi kehidupan ini..
Setiap manusia yang Allah sayang akan diuji dengan pelbagai ujian..
Bila kita redha dengan setiap kesusahan kita, insyaAllah syurga ganjarannya..
Janganlah berkeluh resah jika ade musibah,
musibah yang Allah turunkan itu mempunyai nikmat yang tak pernah terjangkau di fikiran kita..
Janganlah bersedih jika hidup kita tak seperti orang lain..
Sebaliknya bersyukurlah sebab Allah pilih kita..
Kesusahan yang kita lalui dengan tabah..
Allah akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda di akhirat kelak..
Mungkin kerana kesusahan kita sekarang menyebabkan senangnya kita di akhirat nanti..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Allah terlalu sayang pada kita.. melebihi sayang seorang ibu kepada anak-anaknya..
Allah tidak akan sesekali mentaQdirkan sesuatu yang akan memberi keburukan kepada makhluknya.. 
Melainkan segala ujian tu merupakan rahmat dariNya.. 

0 comments: