Wednesday, May 19, 2010

Tips Penjagaan Rambut

Kebanyakan daripada kita dikurniakan rambut.. Ade rambut lurus, rambut kerinting, rambut ikal mayang, dan ade jugok rambut mcm bulu biri tu.. macam2 jenis rambut Allah kurniakan pd kita.. bergantung pd faktor genetik yang diwarisi oleh setiap individu. Dan tidak kurang jugak yang langsung tiada berambut disebabkan masalah masalah tertentu atau memang mereka suka membotakkan kepala. Maybe lebih selesa sebab malas nak jaga, ataupun disebabkan ketiadaan sikat. :P muehehehe..


Walau bagaimanapun, rambut ni merupakan mahkota wanita. Wanita ni kalau tiada rambut aka botak mmg dok berape nok comellah.. terpaksalah gune khidmat rambut palsu, atau terpaksa tanam rambut. :D.. Kalau zaman dulu2 wanita ni memang suke simpan rambut panjang.. paling pendek pun paras pinggang, dan paling panjang maybe lebih dari kaki mcm cerite mayang mengurai dalam tv tu. Zaman skrg, mcm2 fesyen rambut ade, dari sependek2 sampailah sehabis2 panjang.. ade cacak2, berpetak2, bersimpul2, semua ada bergantung kepada citarasa masing2. Warne pulak pelbagai jenis warna, ade hitam, kelabu, kuning, meroh.. malah ade berbagai2 warne yang bercampur2 mcm bendera Malaysia. Pelbagai kaedah dilakukan semata2 untuk mencantikkan rambut. 

Tapi, bagi wanita bertudung, kebanyakannya suka memotong pendek rambut mereka kerana sukar untuk menjaga. Tanpa penjagaan yang rapi, rambut yang cantik, bersinar, jadi kusam, berbintik2 dan pecah di hujung.. kadang2 rambut berbau disebabkan tertutup di dalam tudung dalam jangka masa yang lama. Oleh sebab itulah ramai wanita bertudung mengambil jalan ringkas dengan memotong rambut mereka sependek2nya.. 

Namun, masih ramai wanita bertudung yang masih gemar menyimpan rambut panjang. Walaupun bukan untuk  tatapan umum, cukuplah sekadar kepuasan peribadi. Bagi mereka yang suka menyimpan rambut panjang, ini adalah cara2 atau langkah2 penjagaan rambut yang saya dapatkan daripada salon perapian rambut di tempat saya dan ada juga saya dapat drp petua orang2 tua. Empunya salon yang saya selalu dapatkan perkhidmatannya suka memberi tip2 penjagaan rambut kepada pelanggan tetapnya. 

1. Sebelum tidur, pastikan sikat rambut terlebih dahulu.. supaya bangun tidur nanti xdelah rambut mengerbang macam pontianak harum sundal malam :P nanti husband tengok terus pengsan tak bangun2.. bukan senang nak cari husband baru, so husband yang ade tu jagalah betul2.. :P

2. Lepas bangun tidur sisirkan rambut dengan tangan dahulu untuk meleraikan kekusutan.. kemudian barulah gi mandi..

3. Syampukan rambut dan "massage"kan kepala, kemudian letakkan pelembab di bahagian atas, tepi telinga dan hujung rambut. X perlu lumur seluruh rambut, nanti rambut akan kelihatan berminyak. Kemudian bilas dengan air bersih sebersih2nya.

4. Keringkan rambut dengan tuala, elakkan gune pengering rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut kering dan tidak bermaya.

5. Elakkan sikat rambut ketika rambut basah untuk elakkan rambut gugur kerana ketika rambut bsh, cekaman akar rambut pd kulit kepala agak lemah. Kalau nak letak minyak, pastikan tidak terkena kulit kepala kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala berkelemumur.

6. Pakai tudung setelah rambut kering.

8. Pastikan rambut dibiarkan bebas tanpa diikat apabila berada di rumah. Untuk memastikan rambut boleh bernafas dan untuk mengelakkan rambut berbau.

9. Untuk melebatkan rambut, lumurkan santan. dan untuk melicinkan rambut rajinkanlah diri meletakkan perahan limau purut atau limau biasa.. 

10. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, amalkan meletakkan minyak kelapa yang dimasak sendiri. Walaupun baunya agak kurang menyenangkan, tetapi hasilnya begitu menakjubkan. ( yg ni xnak buat sebab busuk yg teramat. Kalau sesape suka baunya buatlah)


Selamat mencuba yer :P

8 comments:

seposeng karat said...

nie petua sendiri ke nie??
bese amal ke??

Putri said...

bukan petua sendiri.. petua yg diajar.. kebanyakan ape yg ditulis telah buat, cume santan ngn minyak tu mmmg x sentuh.. alahan baunye.. :P tryla jugak yer cik sepuluh sen

Al-Farosyah said...

Syukran atas perkongsian anda..

Putri said...

Sama-sama kak al-Farosyah..
cubelah praktikkan..
semoga mendapat rambut yg bersinar dan menawan :D

Al-Farosyah said...

InsyaAllah ;)

iman ruslan said...

Petua yang bagus.. terima kasih. Silalah lihat ni.
www.sfippa.com/14532094/real

iman ruslan said...

Petua yang bagus.. harap dapat cuba nanti.

Fatyn Nasuha Mokhtar said...

ye btol.. tips penggunaan santun sngat la berbaloi.. rambut makin lebat, hitam dan bermaya.. dulu rambut sy kering bila sy amalkan pengunaan santan ni dah 4 tahun, alhamdulillah rambut sy makin hitam dan lebat brmaya.. petua santan ni pun arwah nenek sy yg bgi tahu...soooo pada sapa2 yg belom cuba tu... cuba cuba cuba.. psti anda akan berpuas hati :D