Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru


Sempena kedatangan hari guru ni.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu sepanjang kehadiranku yang sementara di dunia ini.

Ucapan ini pertama-tama sekali aku tujukan kepada ibu, Fatimah Abd Rahman. Beliaulah guru pertama aku yang mengajar Alif, Ba, Ta dan A, B, C, serta ayahku yang mengajar berjuang untuk hidup. Mengajar dengan caranya sendiri supaya bersifat cekal, tegal dan tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang aku.

Kepada guru2ku di Sek. Keb. Durian Burung terutama Cikgu Nan Teh Megat Omar dan Cikgu Mokhtar yang banyak membantu aku memberi tunjuk ajar walaupun dalam keadaan aku yang masih di dalam rawatan ketika itu. Beliau berdualah yang bertungkus lumus menjaga aku di sekolah, mengangkat aku ketika aku keletihan, merawat aku ketika aku lemah sepanjang aku berada di sekolah tersebut. Aku begitu menghargai jasa2 kalian. Dan tidak lupa juga kepada guru2 lain yang pernah mengajar aku di sekolah tersebut, Ustazah Chik, Ustaz Abdullah, Cikgu Hakim Khan, Cikgu Awang, Cikgu Nik Khamsiah, Teacher Jamilah, Cikgu Adnan, Cikgu Ripin (yg selalu denda aku) serta cikgu2 lain.

Kemudian guru2ku di Sek. Men. Keb. Sultan Ahmad, Cikgu Dzuneeka (mentorku), Cikgu Adila, Cikgu Rosnah, Cikgu Yusof, Cikgu Tan Yam Poy, Cikgu Ramlee Math, Cikgu Ramli Sejarah, Cikgu Adnan Math, Cikgu Asma, Cikgu Sopiah, Cikgu Mamat, dan semua guru2 yang mengajar aku di situ. Walaupun dulu aku nakal, ikut emosi, suka lawan cikgu, suka gaduh dengan kawan, tapi aku sebenarnya baik sangat.. huhuhu.. aku sayang sgt2 semua guru2 aku.. tapi guru yang aku sellau wat jahat aku mintak ampun dan maaf, aku tak sengaja membenci kalian, time tu aku masih belum mampu untuk berfikir dengan waras.. suka protes cikgu.. suka bentak cikgu.. aku harap cikgu2 aku tak ambik hati. Huhuhuhu.. Kepada cikgu yang tengking aku kat bilik guru sampai seluruh bilik guru dengar tanpa aku tahu kesilapan aku, aku dah maafkan.. dan diharap cikgu maafkan jugak sebab aku dengan muka selamba tanya cikgu, "cikgu marah saya ke?" dan kerana tu jugak cikgu semakin kuat marah.. huhuhu.. sory yer cikgu.. nak buat mcmn sebab x tahu tetibe kene tengking depan org ramai.. huhuhu

Dan selamat hari guru jugak kepada semua pensyarah di Kolej Teras Timur.. Dan di Universiti Sains Malaysia.. Terima kasih sebab mengajar aku dengan baik.. Jasa2 kalian akan tersemat kukuh di sanubari ini.. andaikata umurku dipanjangkan Ilahi, insyaAllah aku akan mencari kalian kembali..

Ucapan ini juga ditujukan khas kepada Ustaz Azhar Idrus yang banyak membantu menunjukkan aku jalan yang lurus.. Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat Allah sokmo.. Ameennn..

Akhir kata.. Selamat Hari Guru kepada guru2 di Malaysia ni..
Semoga menjadi guru yang baik..
Menjaga akhlak sebagai seorang guru..
Dan mencurahkan bakti dengan ikhlas..
Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah sokmo..

2 comments:

Rashid said...

salam

Moga kita semua menghargai guru.. dan akan menjadi 'guru' sentiasa..

Al-Farosyah said...

Selamat hari Guru buat diriku juga :D

Moga Guru-guru sedunia mampu melahirkan lebih ramai generasi Musleem yang gemilang serta berjaya dunia dan akhirat, Ameen.