Sunday, July 11, 2010

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Thauban RA, yang bermaksud: 

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana mereka ada ditimpa penyakit, iaitu penyakit al-WAHAN. "Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-WAHAN?" Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


1 comments:

Anonymous said...

Benar apa yang disabdakan Rasulullah SAW. lihat je sekarang, umat Islam lebih ramai dari yang bukan Islam. Malah lebih ramai dari rakyat israel. Tapi ramai2 kita pun cumalah ibarat buih di laut je. tak mampu nak buat ape. sebab umat Islam jiwanya, akidahnya, imannya, juangnya suma makin lemah. ramai yang dah terikut2 budaya agama lain. contoh paling simple, jemaah kat masjid atau surau pun boleh dihitung barisannya.
lebih ramai yang cintakan dunia takutkan mati (takut pegi berjuang)..