Esok puasa..
Aku tak pasti bagaimana perasaan aku nak menghadapinya..
Ada perasaan gembira, sedih, bimbang..
Gembira sebab bulan Ramadhan ni bulan amalan digandakan.. Bulan berkat..
dan yang paling aku suka bulan Ramadhan adalah disebabkan bebas daripada molekul2 asap rokok berkeliaran di persekitaran office yang begitu memualkan..
Alhamdulillah sangat2 sekurang2nya paru2 aku dapat berehat daripada menapis asap2 rokok yang tanpa segan silu menerobos lubang hidung aku ni..
Sedih lak sebab mengingatkan Ramadhan dulu..
Ramadhan yang menampung pelbagai kenangan suka duka kehidupan..
Kenangan silam menguasai setiap ruang di dalam sel2 otak aku..
Sedih tul.. moga2 Allah tidak memberi ujian seperti tahun lepas..
Ya Allah, selamatkanlah aku daripada melalui ujian yang seumpama itu..
Ampunilah aku ya Allah..
Bimbang lak bila difikirkan larat ke aku nak berpuasa kat office..
Waaaaaa.. lembikla aku..
Berapa hari lak aku terpaksa ambik cuti untuk bulan 8 dan 9 ni ek..
Huhuhuhu.. xpelah.. pernah je aku ambik cuti sebulan :P..
Hihihihihihi..
Ape2pun,
Aku harap kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini akan membuatkan kehidupan aku tambah berkat, amalan aku bertambah dan yang paling penting hidup aku di bawah rahmat Allah..
Siapalah aku andai tiada rahmat Allah..
Sengsaralah dunia dan akhirat..
Ya Allah..
Jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik untukku..
Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai wadah untukku berubah menjadi muslimah yang lebih baik daripada sebelumnya..
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku ya Allah..
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku ya Allah..
Amin-amin ya Rabbala'lameeeennn...
0 comments:
Post a Comment