"Allah menetapkan pada setiap anak adam bahagian mereka daripada dosa zina, dan di sana tiada jalan untuk terlepas daripada itu. Zina mata adalah pandangan, zina lidah adalah perkataan dan zina fikiran ialah harapan dan keinginan, dan hanya kemaluan yang membenarkan zina tersebut atau mendustainya (tidak melakukan)."
(Riwayat Muslim no. 2657)
Sentuhan tangan, ciuman kepada wanita yang haram, melangkahkan kaki ke arah zina, pandangan, sentuhan, perbualan haram bersama wanita ajnabi atau seumpamanya sama ada dengan fikiran atau bisikan hati. Semua ini adalah zina yang tersirat.
(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarh al-Nawawi 'ala Muslim, jld. a6, halaman 205)
Dalam kehidupan moden hari ini, remaja begitu terdedah kepada persekitaran yang berbaur zina seperti pergaulan bebas dan paparan media yang secara tidak langsung ",mempromosi" zina, sudah dianggap suatu yang normal dan biasa. Hanya iman yang boleh memagari kemaluan kita. Namun, tidak ramai anak muda yang sabar di dalam menjaganya.
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.

Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
"Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Rujukan : Ustaz Zahazan.net, Solusi 22
.........................................................................................................................
Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpa penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya." ( Anas r.a)

0 comments:
Post a Comment