Friday, August 13, 2010

Mahmudah vs Mazmumah

Dalam aku mencari kekuatan diri, bermonolog sendiri.. mencari sisa-sisa kekuatan dalaman tuk aku jadikan tonggak dalam meneruskan perjuangan hidupku yang entah berapa lama lagi bersisa.. 

Saban hari aku cube berbicara sendiri.. mohon agar Allah membekalkan kekuatan untukku menempuhi liku-liku kehidupan yang masih aku perlu terokai sebelum aku menutup mata.. Jauh di sudut hati, aku betul2 terasa putus asa.. namun, aku kuatkan kenyakinan yang rahmat Allah akan sentiasa mengiringiku jika aku tetap berusaha dan bersyukur kepada-Nya.

Setiap manusia akan diuji berdasarkan keupayaan dan kemampuan yang Allah telah berikan padanya.. Allah tidak akan memberi ujian jika ujian tersebut tidak mampu untuk dirinya menanggung.. Setiap saat Allah melatih kita untuk menjadi kuat dengan memberi ujian yang pelbagai untuk kita tempuhi.. Ujian demi ujian dan cabaran demi cabaran terpaksa kite tempuhi dan lalui bermula dari kita dilahirkan sehinggalah tibanya saat kematian kita.. semua ujian2 tersebut bukanlah diberi sia-sia tanpa sebab.. Hanya Allahlah yang mengetahui rahmat di sebalik setiap kejadian yang ditimpakan pada kita.. 

Dalam aku bermuhasabah diri.. aku terbaca coretan di dalam Solusi edisi-22.. berkaitan Sifat Mahmudah dan Mazmumah yang menghuraikan tentang sifat MENGHARAP dan PUTUS ASA. 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut" 
(Surah al-anbiya' 21 : 90)

Seorang Mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.

Hadis Qudsi telah menyebut, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :

"Aku terlalu dekat dengan prasangka hamba-Ku. Maka hendaklah dia berprasangka 
terhadap-Ku atas apa yang dia inginkan." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh sebba itu, kalau kita hendaklah kebaikan, hendaklah sentiasa berprasangka hal-hal yang baik-baik. Doakan benda2 yang baik. Jangan sesekali biarkan lintasan-lintasan negatif menguasai hati. 

Manakala sifat Mazmumah yang telah dihuraikan dalam majalah ni plak adalah berlawanan dengan sifat Mengharap iaitu Putus Asa. 

Secara jujurnya aku cakap, aku dah hampir putus asa.. terlalu putus asa.. aku meneruskan perjalanan hidup ini dengan keputus asaan.. Aku redah je ape yang ada depan mata tanpa ada apa2 perasaan.. kalau ade duri di perjalanku, aku redah jerk..kalau terluka aku letak ubat.. kalau ade orang tolong alihkan duri2 tu.. aku bersyukur sangat2.. tapi kalau setiap kali orang tu alihkan duri tu.. aku rasa menyampah sangat2.. sebab duri tu akan sentiasa mengekori hidupku walaupun orang berusaha untuk membuangnya.. duri itu dah sebahagian dari diriku, kecuali die sama2 pikul duri tu bersamaku.. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, Sesungguhnya tidak yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang yang kafir."
(Surah Yusuf 12:87)

Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah: Hai hamba2-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Zumar 39 : 53)

Ya Allah, ampunilah dosaku.. ampunilah kesilapanku.. InsyaAllah aku akan sentiasa berusaha selepas ini.. tunjukkanlah jalan untukku meneruskan kayuhan langkahku yang masih bersisa ini untuk aku mendapat kehidupan yang lebih diredhai-Mu.. ameeeennn...

Tip-tip Mengelakkan daripada Berputus Asa

# Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.

# Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

# Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.

# Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.


Nota kepala lutut : Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat berputus asa.. ameeennn..


"Kita tidak dapat nak penuhi semua kehendak, kita tidak dapat buat sesuatu serentak dan kita tidak dapat puaskan hati semua pihak"


"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan." 

"Perjuangan ibarat tiram di laut. Dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, namun akhirnya dibalas mutiara.."

0 comments: