Beautiful Life
Pada suatu hari di sekolah..
Seorang murid bertanya kepada gurunya..
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan yang paling baik walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..
.....................................................................
Nota kepala lutut : Setiap kesilapan adalah pengalaman dan setiap pengalaman adalah ilmu. Jika kita bernasib baik, pengalaman pahit akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bijak dan cekal. Jika kita lemah, kesilapan itu akan memusnahkan kita. Alangkah malangnya jika kita dihukum atas kesilapan dan menjadi manusia yang tewas sehingga ke akhir hayat.
0 comments:
Post a Comment