Tuesday, August 17, 2010

Kematian Suatu Kemestian

Pagi tadi, time on the way gi office..
Abang aku citer kisah kawan die yang balik berbuka puasa di rumah mertuanya hari Ahad baru2 ni..
Mereka sekeluarga balik kampung di Kuala Terengganu untuk berbuka bersama-sama family..
Pagi Semalam (pg Isnin) selepas bersahur, mereka bertolak balik dari Kuala Terengganu ke KLIA kerana kawan abg aku tu keje di KLIA.

Entah macamana, nak dijadikan cerita,
Mereka sekeluarga kemalangan di Seremban.
Aku tak sempat nak tanye kenderaan ape yg langgar mereka. 
Tetibe je rs xleh nk cakap, so dengar je lah time tu..

Isteri, dan kedua-dua anak kembarnya meninggal..
dan adik bongsu terpaksa ditahan di wad ICU,
masih belum tahu keadaan macamana

Dia pulak patah tulang rusuk..
Time pengebumian tu..
Dia pergi ditolak dengan kerusi roda..
Hanya mampu melihat dan menangis,
Tak mampu nak berbicara.. :(

Sedih plak aku dengar.. 
Semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang terpilih..
Amin-amin ya Robbala'lameeenn..


Kematian ni sentiasa mengekori kita..
Entahkan esok entahkan lusa plak giliran kita..
:(
Setiap hari kite dengar kematian menjemput sahabat2 kita..
Bilakah kematian akan menjemput kita pulak?
Bersediakah kita untuk menempuhinya?
Cukupkah bekalan akhirat kita yang telah berjaya kita kumpul?
Atau bekalan dunia je yg kita mampu kumpul selama hidup kita di dunia ni?

Ya Allah,
Kau matikanlah aku ketika aku dalam redhaMu ya Allah..
Ketika segala dosaku telah terhapus dengan RahmatMu ya Allah..
Ketika timbangan amalanku melebihi dosaku ya Allah..
Ketika hutang2ku terlangsai ya Allah..
Ketika pintu syurga terbuka untukku ya Allah..
Ketika pintu neraka tertutup untukku ya Allah..
Aku tak layak untuk meminta syurgaMu..
Namun aku takj berupaya menahan api nerakaMU..
Ampunlahkan dosa2ku ya Allah..
Ameeenn2 ya Robbala'lameeenn..

"Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)"

2 comments:

Rashid said...

salam

hmm hmm .. kita ini datang.. satu roh satu jasad. Bila sampai masa nanti ...

Moga kita dalam lindunganNya sentiasa.

LadyBird said...

wsalam cikgu..
insyaAllah.. moga sentiasa di dalam lindungan Allah.. ameeennn..