Tuesday, February 23, 2010

Jangan Kau Tangisi

Dah lama aku tak membeli novel.. dan dah lama aku tak menghayati bingkisan kata-kata puitis di dalam sebuah novel. Dahulu, aku memang hantu novel.. kawan-kawan sekelasku memang sekepala.. kami saling bertukar-tukar novel untuk dibaca. Novel yang paling kami suka adalah novel yang berkisar tentang dunia percintaan. Tetapi setelah aku mengenali dan merasai apa erti cinta dan sebuah perpisahan, sejak itulah aku meninggalkan hobiku ini. Kerana hatiku betul-betul membenci dunia percintaan. Ia hanyalah sekadar dunia khayalan yang direka oleh nafsu remaja semata-mata. Dan sejak itulah aku langsung tak melihat, apatah lagi memegang novel-novel yang berbentuk begitu. Termasuklah novel Ayat-Ayat Cinta yang begitu terkenal sekarang. Aku hanya mampu membaca beberapa helai sahaja, setelah itu aku rasa muak, setiap patah kata membuatkan aku rasa bohong..bohong..dan bohong. Itu hanyalah rekaan, bukan kenyataan. Pemikiran begitulah yang membuatkan aku mengelakkan diri dengan novel percintaan.

Tetapi, minggu lepas ada program untuk usahawan wanita diadakan di dewan pejabatku, mereka menyewa dewan kami untuk membuat program. Dalam program tersebut turut membuat jualan di perkarangan dewan utama. Aku menjenguk-jenguk gerai-gerai pameran di situ, dan aku terpanggil untuk menghampiri gerai buku-buku. Penjaga gerai itu asyik memujukku untuk membeli tafsir Quran dan buku-buku agama.. sambil-sambil aku membelek-belek buku tersebut.. aku menunggu penjaga gerai tuk men\mpromot novel-novel cinta lak.. tapi die langsung tak menyentuhnya. Aku pun, terus ke menghampiri novel-novel cinta yang disusun di situ.. Aku terus capai 2 buah novel.. membaca sinopsis dan membuat pembayaran. Kali pertama membeli novel cinta setelah hampir 10 tahun aku tak menyentuh novel cinta.

Inilah Novel yang aku main capai jerk kat gerai tu.. aku tak tahu kenapa aku membelinya.. mungkin kerana makcik penjaga tu yang menganggap aku ni baik kot.. sebab tu die asyik promot ke aku buku-buku agama dan tafsir Quran. Aku lak nak membetulkan tanggapan makcik tu yang aku ni memang "baik", so aku belilah novel cinta nih..

Ini novel yang pertama..

Dan ini merupakan novel kedua hasil daripada pilihan rambangku..

Lepas aku balik office.. kawan-kawan aku terkejut beruk melihat aku dengan novel-novel nih.. :P
Masing-masing bertanya adakah kerana aku baru menjadi "janda muda" menyebabkan aku bertukar sifat. Ape-ape je lah yang korang fikir, aku x heran langsung.. hehehe.. yang pastinye selepas sampai office dan selepas aku duk atas kerusi aku.. tetiba jer aku rasa nak hantar balik jer novel-novel nih.. huhuhuhu.. Apabila aku balik umah plak.. adik-adik aku lak terkejut beruk tengok aku membawa novel-novel nih.. masing2 bertanya aku ni buang tabiat ke.. :P Ape2 jelah.. kalau xnak baca sudah.. bagi pinjam kat orang.. dapat jugak pahala.. ek?

2 comments:

Rashid said...

hehe.. memori lama menjengah kembali..

Putri, tak salah kembali membacanya k. Benar dan salah kita cuba selami dan pelajari kebaikan darinya..

Putri said...

:D.. putri membeli tuk mendapat kekuatan memberi dan menerima cinta kembali.. hehehehe.. boleh ke camtu ek? :P