Tuesday, February 9, 2010

Kata-Kata Berhikmah


Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang..
Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya..
Di mana ada keraguan, di situ kita menebarkan harapan..
Di mana ada kesedihan, di situ kita berkongsi ceria..
Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

-Cikgu Rashid



P/s : Putri petik kata-kata ini daripada laman blog Cikgu Rasyid, http://kerdipanbintang.blogspot.com Aku suka membacanya.. Selama ini mungkin aku menantikan kehadiran "kita" hadir apabila aku memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka.. Aku betul2 mendambakan kehadiran "kita" supaya aku mampu bangkit setelah aku terjatuh.

Tetapi apabila aku membaca kata2 ini, aku terpanggil untuk menjadi "kita" tersebut.. 

Seorang "kita" yang mampu menyayangi orang yang memerlukan kasih sayang, perhatian..
Seorang "kita" yang akan menghiburkan dikala seseorang mengalami kesedihan..
Seorang "kita" yang menaburkan harapan kepada seseorang yang telah putus asa..
Seorang "kita" yang menceriakan, membahagiakan seseorang yang berduka lara..
Dan seorang "kita" yang akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan..

Apabila kita telah menjadi seorang "kita".. kita tak perlu lagi rungsing.. dan sedih.. kerana sudah pasti Allah akan mengurniakan kita seorang "kita" untuk kita. Kerana Apabila kita sentiasa berbuat baik kepada orang lain, Allah akan sentiasa membantu kita apabila kita menghadapi masalah. Kerana hidup ini ada kitaran pasang surutnya.. Apabila orang ada masalah, kita tolong.. dan InsyaAllah apabila kita menghadapi masalah.. orang lain akan tetap menolong kita. 

4 comments:

cun09 said...

salam ^_^

canteeq ayat2 tuuu...buat saya juga berfikir tentang 'kita'

TQ

Putri said...

waalaikumusalam cun..
mari kita sama2 menjadi seorang "kita".. :D

Rashid said...

hmm hmmm... bersamalah kita puteri menjadi 'kita'..

Putri said...

Cikgu Rasyid : jom cikgu.. :D