Saturday, February 20, 2010

Redah, Jangan Tak Redah..

Baru2 ni aku telefon SPA kat tempat aku biasa pergi..
Biasanya sebelum pergi aku akan tempah dulu sebab aku malas nak menunggu lama2..
Sebab kebiasaannya tempat tu memang penuh..
Lebih2 lagi musim cuti sekolah kerana die turut menyediakan perkhidmatan tuk pengantin..
Urutan, dandanan, baju2 pengantin, pelamin, gubahan bunga2.. Macam2 perkhidmatan diesediakan oleh beliau.
Aku suka stail yang dibuat oleh aunty tuh..

Seperti yang telah dijanjikan, aku bersiap2 kul 7 pg tuk pergi ke situ.. kerana kul 8 aku sepatutnye telah berada di situ. Kul 7.30 pg, aku berserta dgn family kakak ku bergegas ke situ.. dah sampai tu.. aku bergegas keluar.. aku bagi salam xde org jawab.. huhuhuhuhu.. pintu lak kebetulan tak berkunci.. kasut aku dah bukak dah.. Tanpa segan ape2.. aku pun terus bukak pintu.. maklumlah aku dah biasa dengan makcik tu.. aku dah biasa buat kedai tu macam aku punya.. kih3x.. Kedai tu mcm rumah jer susun aturnye..

Time aku bukak pintu tu.. aku pelik..kenapa spa tu bersepah2.. beg2 tercampak di ruang tamu.. bantal2 pun bersepah2 kat situ.. baju2 bergayutan.. aku jerit kat kakak aku kat dlm kereta.. aku cakap maybe family makcik tu dtg.. tp aku pelik, setahu aku anak2 makcik tu aku kenal.. bukan cara mereka macam ni.. pening aku.. Aku dah mula mengorak langkah nak masuk ke dalam rumah tu.. nak cari toilet sekali.. hehehe.. tetibe.. aku terpandang ade sesuatu bergerak2 di atas sofa.. aku pandang jer makhluk tu.. nampak macam lelaki.. aku berdiri statik jerk kat situ.. tergamam sebab aku dah duk dalam rumah tu... menuju ke dapur.. Tetibe aku terfikir yg ni rumah lelaki2 bujang.. aku duk pandang jer sekitar dlm rumah tu.. lelaki tu bukan anak kepada makcik tu.. lama jugak aku terkaku kat dalam rumah tu.. bila aku sedar, lelaki tu duk cakap ngn aku.. tp aku terus meluru keluar dan ambik kasut aku terus ke kereta dan blah mcm tu jerk..

Kesian kat mamat yg tidur tu.. aku kejutkan die.. lepas tu blah camtu jerk.. seram sejuk aku.. 1st time aku masuk rumah lelaki.. mujur kawan2 die x bangun lagi.. kalau x.. habis aku.. lagi malu.. main redah macam tu jerk masuk rumah orang.. Dalam hati aku duk terfikir.. mcm tu rupanya rumah lelaki bujang.. patutulah kat luar tu banyak sangat motor.. :).. tak terfikirlak aku time tu.. main redah jerk.. :D..

4 comments:

Semut Merah said...

mu wat naper ni.....

Putri said...

tlg kejutkan budak kat rumah bujang bangun tidur.. wakaka.. best per boss.. zasssss..

AnWaRnAiM said...

hek3 apeda..

Putri said...

AnWaRnAiM : hik hik hik..x salah kan? tlg kejutkan tuk wat sunat dhuha..