Tuesday, February 2, 2010

Siapakah Aku???

Yop..
Siapakah aku di matamu?
Apakah pandanganmu tentang aku?
Aku ni bagaimana?

Jawablah yop..
Aku merayu sangat2..
Siapakah dan bagaimanakah aku di matamu..

Adakah aku ini bukan manusia di hadapanmu?
Ataupun spesis haiwan berdarah panas barangkali..
Ataupun spesis karnivor, omnivor..
Apa? Reptilia.. or amfibia..

..

Ape2 ajelah yop..
Aku tak kisah apepun tanggapanmu padaku..
Asalkan aku tahu aku spesis Homo Sapiens..
Yang diciptakan oleh Allah..
Mempunyai aQal untuk berfikir..
beserta nafsu untuk dikawal..

Sebagai Homo Sapiens,
Aku mempunyai perasaan..
Aku mempunyai maruah..
Aku mempunyai harga diri..
So pleaselah..
Janganlah permainkan perasaan aku macam ni..


Aku yakin, kau juga Homo Sapiens sepertiku..
Sebab tu aku dengan rela hati memberikan hatiku padamu..
Dengan harapan kau menjaga hatiku sebagaimana aku menjaga hatimu..
Kerana kutahu..
Homo Sapiens tidak akan memperlekehkan Homo Sapiens yang lain..
Lebih-lebih lagi Homo Sapiens yang kau sayang..


Macaca pun sayangkan pasangan dia..
Sedangkan Allah tidak memberi Macaca aQal untuk menilai..
Dan berfikir..
Macaca tidak pernah mungkir janji..
Kasih sayangnya terlalu tinggi sesama sejenisnya..
Tetapi kenapa Homo Sapiens lebih teruk dari Macaca yang tidak diberi aQal..
Adakah Homo Sapiens dizaman cyber ini menggunakan aQal untuk menindas..
Aqal Homo Sapiens di zaman teknologi ni tidak mempunyai nilai..


Kerana apa?
Kerana ingin menguji keupayaan diri mempermainkan?
Menguji level aQal untuk mempengaruhi Homo Sapiens lain?
Untuk membandingkan siapakah lebih hebat..
Begitukah Homo Sapiens di zaman globalisasi ini?
Zaman janji tinggal janji..
Kata-kata bagaikan angin lalu..
Takde ape2 makna yang perlu dititik beratkan..


Kalau beginilah Homo Sapiens yang Allah kurniakan aQal..
Xde ertinya hidup di dunia ni..
Andaikata hidup tiada arah tujuan..
Baik bagi peluang spesis Macaca untuk mendominasikan dunia ni..
Itu lebih baik daripada Homo Sapiens yang hidupnya hanya melukakan hati Homo Sapiens lain..
Saling menjatuhkan sesama sendiri..
Lebih baik Macaca atau Rana sphnecephala utricularia atau Tripanoma Gondi mendiami dunia ini..
Mungkin dunia ini lebih aman dan tenteram..
Hidup di dalam populasi yang aman..
Ekosistem yang teratur dan bersih..
Itu lebih baik..


Lebih baik berkawan dengan spesis Rana..


p/s : Jangan dibaca entry ini..
Ini hanyalah coretan tak bernilai..
Hanya untuk memeningkan kepala yang sudah sedia pening..
So kalau xnak pening..
Jangan dibaca ya..
Sure korang menjadi pening kalau korang baca jugak..


-Peace n0 War-

2 comments:

Al-Farosyah said...

Banyaknyer istilah2 sains.. Sakit otak akak membacanya :p

Ha, dengar tu para Homo Sapiens!. Jangan memperlekehkan homo sapiens yang lain. Kang belasah nanti baru tau. hehehehe....

Putri said...

jom sama2 kite belasah..
nama jer Homo sapiens..