Monday, January 4, 2010

Cinta Oh Cinta



Masuk tahun baru ni, macam macam2 masalah menyelubungi lubuk hati kawan-kawan aku..
isk isk isk.. aku jugak tempat yang diorang luahkan..
xpelah..memang aku ni sesuai tuk jadi kaunselor kot..
pening-pening..
Macam-macam masalah, campur tolak dengan masalah aku sekali.. masalah bersih menjadikan aku biol.. :P

Manusia ni macam-macam karenah ek, takde masalah nak cari masalah..
Masalah lama tak selesai lagi, cari masalah lain lak..
macam-macamlah korang ni..
Menjadikan aku yang "xde masalah" ni bermasalah jugak..

Xpe2x.. asalkan korang bahagia, meh sini kumpulkan masalah korang kat aku, aku tolong simpankan..
Mungkin tahun ni tahun bermasalah kot bagi korang (termasukla aku)..

Masalah daripada masalah tersebut adalah masalah cinta.. macam-macam hallah korang ni.. kenapalah dalam banyak2 masalah kat dunia ni korang suke ceritekan kat aku masalah cinta.. yang aku sendiripun x mampu nak selesaikan.. kuang3x.. oleh sebab aku ni pun menghadapi masalah "cinta" ni, aku taknak selesaikan masalah korang.. tapi aku nak menambahkan masalah korang, sebab korang sengaja mencari penyakit, termasuklah aku ni ha.. tapi aku takpelah, bakal suami aku Allah dah ambik, tapi korang lain.. sengaja mencari penyakit.. ngeh3x..

Yang korang ni satu hal, sebelum bercinta tu, check ler sape pasangan kekasih korang.. janganla laki orang lak korang kebas.. bahaya jugak zaman sekarang ni.. berkenalan secara maya.. cinta lahir dari hati jatuh ke mata.. kalau dulu, dari mata jatuh ke hati.. Oleh sebab itu sekarang ni, sebelum nak teruskan tu..check, risik, kalau dah puas hati.. just kahwin.. xyah ler bercinta.. buang masa jerk.. last2 menungging.. aku jugak yang korang carik.. huhuhuhuhu.. Ramai jer yang kenal melalui dunia maya, akhirnya berkahwin dan hidup bahagia.. tak salah mencuba.. :) contoh yang kita dpt tengok adalah Wardina dan pasangannya.. Ape-pun berhati2..

Yang dah bercinta tu plak.. bercinta lah baik2.. janganlah lepas puas bercinta.. senang2 korang tinggalkan pasangan korang.. ingat pasangan korang tu xde perasaan ke? Ingat.. kalau korang buat pasangan korang macamtu, lambat laun korang akan terima pembalasan yang sama atau jauh lebih teruk dari itu. Doa orang yang teraniaya ni dimakbulkan Allah.. Janganlah kerana dah jumpa gading bertuah, tanduk tak berguna lagi.. ingatlah ketika takde gading.. tanduk tu jugaklah yang support korang time korang susah, tanduk tu jugaklah yang bersengkang mata doakan kebaikan korang.. korang tak pernah fikir ke semua tu??? Sebabtulah sebelum korang nak bercinta ni, korang kene tanye diri korang.. bercinta kerana Allah ke kerana nafsu korang semata2? Kalau kerana Allah, gading ke, tanduk ke, akar ke.. InsyaAllah takkan ditinggalkan..

Bagi yang telah bercinta ngn suami orang lak.. fikirlah dua tiga kali sebelum nak kahwin tu.. dugaannya banyak.. tapi tak salah kalau nak jadi isteri ke-2, ke-3, mahupun ke-4.. jangan jadi yang ke-5 dah.. Kalau dah fikir masak2 tu, fikir negatif, positif.. baru boleh buat keputusan.. dan sekali keputusan dibuat.. jangan sesekali menyesal.. kehidupan perlu diteruskan..

Ha, ni salah satu masalah jugak ni.. masalah bila terjatuh cinta dengan orang jauh.. orang luar negara.. aku bukan cakap kat org lain, ni pengalaman diri aku sendiri.. dan salah sorang drp kawan aku menghadapi masalah yang sama.. so aku ambikla peluang ni tuk aku nak bgtahu mslh2 yg bakal timbul jika terjatuh cinta ngn org "luar". Cinta ni memang x kenal sape.. sape2 jer leh terjatuh cinta.. tapi cinta ngn org luar ni memang byk risikonyer.. kita terpaksa berubah hampir 95% kehidupan kita tuk merealisasikan impian kita tu.. kalau berjaya alhamdulillah. Tetapi kene prepare dari segi perbezaan cara beragama(walaupun Islam tetapi banyak bezanya masyarakat kita ngn luar), budaya, adat resam.. tp kalau x berjaya.. mungkin boleh timbul kes pembunuhan.. ade satu kes ni kawan seuniversiti ngn aku dibunuh dengan kejam oleh buah hatinya warga pakistan kerana kes cemburu.. kes anak dilarikan ke negara asal pasangan, kes murtad.. macam2 kes melibatkan warga asing.. so berhati2lah.. Warga luar ni agak agresif, mcm2 yang diorang akan lakukan untuk mencapai matlamat diorang..

Oleh sebab itu, berhati-hatilah apabila nak meletakkan cinta hati korang.. pilih tempat yang sepatutnya.. dengan cara yang betul/halal. Yang penting perbetulkan niat.. kalau niat tu betul, kalau gagal pun..xdelah korang luak ape2.. Gagal tu boleh mematangkan hidup korang.. Buat korang tabah.. Kalau korang tabah, Allah akan naikkan darjat korang, insyaAllah..

Kalau yang masih belum menemui cinta hati tu.. janganlah korang gusar.. lambat laun insyaAllah korang akan diketemukan jugak dengan jodoh yang telah Allah tetapkan tuk korang.. Janganlah korang main redah jerk mencari cinta.. main terima jerk.. x kira penagih dadah ke.. semua korang bedal.. yang penting ada cinta hati.. Tu cara yang silap, cara orang yang tak percaya jodoh, ajal, maut ni di tangan Allah.. cara ni bakal menempah masalah jugak ni.. Janganlah korang merendahkan diri korang semata2 untuk mendapatkan cinta dari manusia.. Janganlah korang menangis2 meraung2 semata2 gagal mendapat cinta daripada manusia.. Alangkah baiknya kalau korang menangis dan meraung kerana tidak berjaya mendapatkan cinta dari Allah..

p/s : ni adalah motivasi tuk diri sendiri, xde kene menggene dengan org lain.. salah satu cara tuk terapi jiwa.. merungkai simpulan2 hati.. :D. kalau terkena kat korang, ampun dipinta.. maaf di mohon.. huhuhuhu.. :P

6 comments:

Semut Merah said...

hehe....
walau sejauh manepun korang pegi @ si die pergi, walau selama manepun berpisah, kalau dah itu jodoh yang Tuhan tetapkan, InsyaAllah, korang akan bersama,mungkin bukan hari ni, tp sok luse sape tau...

Putri said...

Mantop nasihat dari semut merah..
betul kata2 semut tuh.. ungkapan yang membuktikan penyerahan seluruh jiwa raga pada Allah..
Jodoh tu ketetapan dari Allah, kalau dah jodoh, berpisah, bergaduh bagai nak rak sekalipun akhirnya akan bersatu jugak.. perpisahan tu hanyalah sebagai ruang untuk memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku, supaya diri lebih bersedia untuk menjalani alam rumah tangga.. chaiyok2x.. kata2 yang membina.. :)

Al-Farosyah said...

Soal cinta @ jodoh ni pape pun berbaliklah semula pada Allah. Solat istikharah dan minta petunjuk Allah sungguh2, insyaAllah Allah akan beri 'wisdom' jodoh kita yang sesuai. andai kata jodoh yang Allah tentukan dikunjungi dugaan, itu adalah salah satu dugaan yang diberi pada pasangan tu. samada sabar @ tak, dan Allah nak melihat pada siapa kita akan bergantung dan mengadu nasib. tapi akak doakan moga kita semua akan ditentukan dengan jodoh yang baik, Amin..

Putri said...

Tq kak Faroshah.. jazakillah.. berkesan sungguh di hati putri nasihat tu.. :).. berserah kepada Allah, buat solat istikharah :).. moga2 mendapat jodoh yang baik kan akak.. anggap dugaan yang datang tu adalah untuk menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah.. :(( tetiba jer rs nak nangis.. huhuhu.. tq kak atas kata2 itu..

Al-Farosyah said...

huhuhu.... akak share je. akak pun tetiba nak nangis ni....

Putri said...

:P .. jom nangis sama2.. putri dah lama x nangis ni.. tapi semalam kecundang jugak.. malu jerk kat diri sendiri sebab lemah..