Friday, January 1, 2010

Soalan Cepu Cemas Beserta Jawapannya Cepu Emas.. kih3x..


Akhir2 ini aku disogok dengan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kahwin..
huhuhu.. lemas dan rimas yop.. Pakcik2, makcik2..kawan2 lama yg baru jumpa aku, soalan ni memang x miss dari mulut diorang.

Ini antara soalan-soalan cepu cemas yang telah diutarakan kepadaku :

Soalan 1 : Bila ko nak kawin putri?
Jawapan 1 : Allah dah "ambik" dia kak..
(hehehe, poyo jerk jawapan aku, nak wat camne Allah dah "ambik" dia awal..bukan aku yang mintak..huhuhuhu )

Soalan 2 : Cuti sekolah ni bakal hubby ko x datang ke Putri?
Jawapan 2 : X, dia busy.
(selambanyer jawapan aku, jawab jer la ape2pun asalkan die berhenti bertanya sebelum aku naik rimas)

Soalan 3 : Ko bila nak kawin Putri, aku takut bercinta bagai nak rak, last2 kawin ngn org lain jugek.
Jawapan 3 : Erm...
(Tak pernah aku bercinta bagai nak rak ni, ingat aku macam dia le ni)

Soalan 4 : Ko tunggu buah hati ko ke Putri, awal ko keluar office.
Jawapan 4 : Buah hati aku jauh.
Soalan 5 : Jauh, kat mana?
Jawapan 5 : Kat "Syurga"..
(rasa nak tergelak jerk dengan jawapan spontan tuh.. )

Soalan 6 : Anak dah kawin?
Jawapan 6 : Belum lagi Pakcik.. Xnak kawin, hati dah hilang dah..
Soalan 7 : Kenapa lak? Kau tahu tak kawin tu nikmat.. Pakcik xde anak sebaya ko ni, kalau x boleh jerk pakcik bagi..
(soalan ni ditanya oleh seorang pakcik pada aku, dia siap ajar aku doa2 tuk dekatkan jodoh.. ade jugak ek spesis pakcik yg mcm ni.. bagus2, sejuk hati aku dengar nyer.. tq ek pakcik. InsyaALlah saya akan amalkan)

Inilah antara soalan-soalan yang telah diutarakan padaku 2 3 hari ni.. mungkin muka aku ni dah macam agak2 tua kot.. huhuhuhu.. Aku berterima kasih kepada pakcik2, makcik2, kawan2 kerana begitu "mengambil berat" pasal aku. Aku hargai sangat, aku suka sangat dengan soalan2 yang merimaskan dan melemaskan ini. Terima kasih ek :D

......................................................................


Hari tu aku gi Melaka, aku mengambil peluang untuk melawat Perigi Hang Tuah.. aku pelik tengok setiap orang beratur mengambil air perigi tu untuk dibawa balik. Kawan aku pun turut serta ambik air tu untuk buat balik, aku hanya tengok die ambik. Katanya nak letak dalam kereta, sebagai air bateri. Kat sebelah kami ade seorang pakcik busy membasuh muka dengan air perigi tu.. so aku ambik peluang nak interview pakcik tu memandangkan aku ni x pernah tahu khasiat air telaga tu. Xkan semua orang ambil air tu untuk dijadikan pengganti air bateri.

Aku : Pakcik buat ape dengan air tu?
Pakcik : Air ni boleh buat ubat macam2, kalau sakit, sapu jer kat mana2..
Aku : Oooooo.. ubat macam2 ek..
Pakcik : Ko sakit kat mana? Biar pakcik tolong jiruskan air ni..
Aku : Ala pakcik, saya sakit seluruh badan pakcik..
Pakcik : Kalau macam tu meh pakcik tolong mandikan ajerk..

aku ngn kawan2 aku tergelak sakan, mesra alam lak pakcik ni ngn aku. Tetiba pakcik tu tanye soalan cepu cemas kat aku.

Pakcik : Ko dah kawin?
Aku : Belum, kenapa pakcik?
Pakcik : Kalau belum baik ko basuhkan muka ko dengan air ni, InsyaAllah nanti berpusu2 orang minang ko.. Ko kene ambik air ni balik, buat mandi...
(mak ai pakcik ni, ado ko patut gi tanyo soklan macam tu kat tempat org ramai nih, huhuhu)

Aku : Eh, xpo pakcik.. "abang" saya ni ader.. (sambil tunjukkan pada kawan aku kat sebelah, mujur kawan sebelah aku tu lelaki, boleh ler jugak menstopkan soalan pakcik tu)
Pakcik : ooo... ingatkan belum ada.


Macam-macam karenah ek.. x sangka lak aku perlu melalui ini semua.. tq ek pakcik2 , makcik2 kerana nasihat korang.. ape2 doa yang korang ajar tu nanti aku amalkan.. petua2 tu belum tentu ek.. aku hanya leh dengar, terimanya belum tentu.. Hatiku setakat ini hanya untuk seorang, Allah dah ambik cinta hatiku.. aku perlu tabah untuk melaluinya.. :) chaiyok2.. hidup perlu diteruskan.. aku tak perlukan petua, aku perlukan orang tuk merubah mindset aku..

5 comments:

Al-Farosyah said...

hahahaha.... biasalah Putri. tu mentality orang.. diorang tak tau betapa seksa nak mencari. dah memang jodoh Allah nak bagi lambat nak wat camne? usaha dah dibuat, ikhtiar dah dicari. tapi kalau belum ketentuan takkan ketemu juga. bagi mereka yang kawin awal tu dah memang tertulis sejak azali yang diorang akan membina masjid seawal tu. akak pernah terkene gak masa org tanya, 'dia tu dah kawin ke?'. kawan akak jawab 'belum'. last2 dia cakap, 'hm, dia tu kene mintak ubat pastu sapu kat keningnya. nanti adalah orang yang berkenan'. pergh.... senangnya mulut berbicara. adakah minyak atau air dari sebarang perigi yang menentukan jodoh seseorang? adakah hanya apabila wajah kita berseri-seri dan cantik baru orang akan melamar kita? di mana hati? lelaki yang baik adakah memilih pasangan hidup yang cantik atau berseri sahaja? dah tentu dia akan memilih berdasarkan hati. cantik dan berseri-seri hanya bonus. tapi yang utama adalah adakah wanita itu berhati baik, setia, solehah, berperibadi mulia, tidak curang, tidak mudah menggadaikan maruah, dan yang menjaga agamanya? kerana yang kita nak adalah perkara yang kekal, bukan perkara yang memenuhi hawa nafsu dan sementara sahaja. kahwin mestilah nak seumur hidup. walau isterinya dah tua kerepot, masih suaminya sayang sebab yang dipandang si suami adalah hati, bukannya rupa. maaf Putri, membebel panjang di sini. sebab akak sensitif betol ngan perkara2 camni.. Wallahua'lam..

Putri said...

kelakar lak akak ni.. putri suke2 jer tulis tu.. diorang cakap pun dalam keadaan yang selamba, dan putri jawab dalam keadaan santai.. diorang gelak jerk time putri jawab tu.. xde emosi mempengaruhi.. maybe memang perangai putri yang bodoh2 dungu ni kot :P semua benda ambik ringan.. pernah makcik tu ckp kat putri. dia kata ko tu semua ambik mudah, nanti kalau laki ko orang ambik pun ko gelak2.. :P betul la tu kot.. kuang3x.. nak wat camne kan, kalau laki aku tu gatal.. nauzubillah dapat suami yang tak tahu dosa pahala ni.. ape2 pun, lelaki yg baik untuk perempuan yang baik kak.. :D

Al-Farosyah said...

waaaa!! tapi akak lain Putri, hati akak akan terguris kalau orang cakap camtu. cubala cakap perkara yang membina macam "takpelah, Allah belum datangkan jodoh, kalau dah ada, nanti dia datangla". atau yang pernah seseorang cakap kat akak "epal yang tinggi tak dipetik2 orang, adalah epal yang bukan sembarangan yang hanya orang layak sahaja yang boleh memetiknya". ha, camtu akak leh terimalah. ni? siap suh letak minyak kat kening.. waaaa!!!! huduh sangat ke daku ini??

Putri said...

ooo macam tu :)..
sesuailah akak..
akak lembut, baik, islamik..cara diorg cakap berbeza ngn akak..
putri lak jenis yang nakal, poyo, bodoh2 sikit.. suke gelak2.. sebab tu diorang selamba tanye macam tu.. :P

Al-Farosyah said...

bukan ape, akak kalau bab ni mmg sensitif habis. :)
hihihihi....