Friday, January 1, 2010

Perbaiki Diri Anda, Maka Allah Akan Redha Terhadap Anda



Sekarang, aku banyak menghabiskan waktu terluang dengan membaca buku-buku yang boleh merangsang diriku untuk berfikir secara positif tentang kehidupan yang aku lalui.

Setiap orang mempunyai masalah, melalui masalah tersebutlah membuatkan kita lebih matang dalam bertindak tanpa dipengaruhi emosi. Jika dibandingkan masalah aku dengan masalah orang lain yang lebih hebat, aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku ruang untuk aku melalui dugaan ini secara lebih rasional walaupun pada mulanya aku tidak mampu untuk melaluinya. Allah memberi aku masalah dan Allah menunjukkan aku jalan penyelesaiannya. Ya Allah, aku begitu bersyukur kerana Kau mendidikku dengan pelbagai masalah. Kini kusedar, ujian-ujian yang kau sediakan di dalam hidupku adalah sebagai persediaan kepadaku untuk menerima "sesuatu" yang lebih berharga di dalam hidupku.

Setiap dugaan yang Allah sediakan untuk kita adalah bersesuaian dengan fitrah kehidupan kita yang Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Allah tidak akan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan sesuatu jika hambaNya tidak mampu untuk melaluinya. Setiap ujian yang diturunkan pada kita adalah untuk memberi peluang kepada kita meningkatkan keimanan kepadaNya jika kita redha dan sentiasa berfikiran positif terhadap Allah. Ia merupakan jalan untuk kita memperbaiki diri menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita.

Setiap kali kita diduga, anggaplah dugaan itu sebagai jambatan untuk kita melalui titian siratolmustakim nanti. Semakin banyak dugaan yang Allah berikan kepada kita, setiap kali itu jugalah jambatan kita semakin melebar dan melebar jika kita berjaya melaluinya dengan tabah tanpa sedikitpun berfikiran negatif kepada Allah. Allah sayang kepada hamba-hambaNya, Dia tidak akan sesekali menganiaya hambaNya, sebab itulah Dia sentiasa mencuba hamba-hambaNya untuk menghapuskan dosa hambaNya sehingga semua dosa kita terhapus. InsyaAllah.

Setiap kali Allah menguji kita, sepatutnya kita sentiasa bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk menghapuskan dosa-dosa kita kepadaNya. Semoga dengan ujian-ujian tersebut membuatkan kita mendapat tempat disisiNya. Amin-amin Ya Rabbala'laminnn..

coretan dari putri isyrak


6 comments:

Anonymous said...

when love getting away from you, and you getting tired seek the answer, when all the roads closed and you need wait for another ways.. yes, rest if you must. But don't you ever quit.

LadyBird said...

akak, knp spekong ni, nnti mkhlk jlman tu phm lak.. kih3x.. die asyik memantau jer blg putri nih..
report kat jenayah cyber baru padan muka.. hampeh.. dugaan betul ler ngn cinta orang india nih.. menakutkan..

Akak, cinta x pernah lari dr putri, die sentiasa mengekori putri.. I already have my hubby rite? ;).. :D.. hdp di dlm fantasy (mcm org gila, xpelah..jd gila kejap supaya org tak ganggu)

Anonymous said...

Im not talking about you....
Im talking about my self....! huwaaaaa....!!!!

LadyBird said...

huwa huwa huwa..
biar putri sambung nangis..
sorry sorry..
i think u talk abt me..
hehehe.. :D..
Kak, jadikan dugaan tu sebagai batu loncatan tuk akak memperolehi apa yang akak nak.. :) La tahzan.. la tahzan..
Setiap kesulitan itu disertai dengan kemudahan.. :D.. Allah bagi peluang tuk akak memperolehi "permata".. bukan senang tau nak dapatkan permata yang berkilau..
jangan putus asa..

Anonymous said...

hihihi.... "permata" yang akak ada ni pun memang "berkilau" pun.. hua hua hua....

LadyBird said...

:D..
alhamdulillah..
akak.. :D gambate kudasai..
putri xnak "permata"..
putri sedang berusaha nak jadikan putri sebagai "permata".. :)